Wednesday 4 January 2012

Goodbye 2011...Welcome 2012






Rasanya belum terlambat nak ucapkan Selamat Tahun Baru 2012. Dah bertalih tahun dah tapi aku baru sempat nak mencoret2 kat blog arini. Orang lain pun ada masa 24 jam sehari tapi napa aku rasa aku bz sangat. Kalau nak ikutkan banyak perkara menarik yg berlaku tahun lepas yang membuatkan aku amat2 bersyukur pd Allah dan tak kurang juga peristiwa yg menyedihkan.


Tahun 2011 banyak merubah hidup aku. Pertama, aku dikurniakan baby boy dan melalui pengalaman mengandung dan bersalin, kedua aku dah pindah keje dan ketiga pemergian insan2 yg rapat (kembali ke rahmatullah) . Tahun ni juga kawan2 ramai yg menamatkan zaman bujang ( hana & suami, ejal & echa) dan tak kurang juga cousin (ain n ijah) dan member2  yg dpt cahayamata (dyla, gie dan suria). Oppss..tak lupa jugak tahun ni menyaksikan aku hampir mencapai objektif exclusive breastfeeding selama 6 bulan dengan hampir ZERO stok EBM.Hehe kalau pikir mcm mustahil smapai aku sendri pun tak caya boleh ketahap ni.Alhamdulillah.. Mungkinkah sampai Iman 2 tahun??Insyallah...


Kesimpulannya, tahun 2011 memang tahun permulaan menempuh hidup baru. Tahun yg jugak menyaksikan peralihan generasi keluarga aku. Aku jugak semakin jadi rajin dan kurang tido berbanding dulu2 (ni ayat angkat bakul sendiri ke?). Ape harapan untuk tahun hadapan?aku takde set azam yg tinggi2 cuma aku mintak dgn Allah beri aku kesempatan untuk buat yg terbaik untuk hidup aku di dunia dan akhirat sementara hayat ni masih ada. Semua nikmat ni Dia yang punya dan aku mintak dikurniakan rezeki yg berkat dan kesihatan yg berpanjangan.


Ape azam korang untuk tahun 2012? Aku doakn berjaya dan diberkati olehNya. Kepada ibu2 di luar sana teruskan la jadi "superwoman" untuk family anda. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...