Friday 6 January 2012

Tinggal Kenangan.... Allahyarham Pak Jo 31/12/11




 Allahyarham bapa saudara ku Pak Jo (Kiri gambar) semasa majlis persandinganku 25/7/11

Disaat menjadi saksi majlis nikah kami (baju kemeja merah)

Disaat beraya bersama anak2 sedara  2 tahun lepas (diri no 3 dari kiri)



Entry ni khas untuk mengenang kembali allahyarham bapa saudaraku iaitu adik kpd mak aku yg kembali ke rahmatullah secara mengejut pada pukul 2am 31 Dec 2011. Takziah ku ucapkan pd makcikku Makba dan sepupuku Izzat, Ajim, Ja'in dan Faten. Walaupun dah seminggu rasanya semua anak2 sedara dan adik beradik arwah masih sebak dan masih tak percaya pemergian arwah secara tiba2 tanpa ada penyakit kronik cuma mengalami kesukaran bernafas semasa hari kejadian. Tapi takdir Allah tiada siapa boleh menghalang, Arwah pergi selepas seminggu sebelumnya sempat berkumpul menyambut harijadi anaknya Izzat dah Ajim yg masing2 sudah bekerja sendiri.

Terkenang semula cerita mak semasa ayahku dulu kerja tentera laut, arwah dan pakcikku sorang lagi yg membantu menguruskan mak yg sedang mengandungkanku. Semasa kecil jugak, rumah arwah di Pandan tempat aku dan kakakku melepak klau tak bersekolah. Arwah memang seorang yang sangat mudah mesra dgn sesapa saje dan sepanjang mengenalinya memang arwah tak pernah marah. Aku dan sepupu2ku pun amat rapat mcm adik beradik dan kami membesar bersama2. Jadi kehilangannya amat memberi kesan kpd kami. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Semoga ikatan kekeluargaan kami lebih kuat selepas ini untuk memberi semangat kpd keluarga arwah yg hilang tempat bergantung. Al-fatihah........




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...