Saturday 28 January 2012

Demam Campak...Dugaan Di Hari Raya Cina...



Hari pertama demam..masih tersenyum..

Yeyyyy Raya cina lay laaa (sudah datang)......Ini bermakna cuti panjang dari hari sabtu sampai selasa (21-24 Januari). Aku dah berkira2 cuti ni nak bayar puasa, nak wat stok susu, nak wat kek, nak jalan2. Tetapi sesungguhnya berangan2  memang la best tapi realiti bila sampai harini aku landing kat rumah jek....huhu..Ini gara2 heroku si chumel Iman kena DEMAM CAMPAK. walauuweyy...Iman yg alhamdulillah tak pernah kena demam diduga dgn sakit mcmni berjaya membuatkan kedua2 mama dan papanya tak lena tido, makan tak kenyang dan mandi tak basah. Huhu macmni rupanya penangan anak sakit yee..baru ku tau...rasa kalu sakit tu boleh dipindah nak je aku amik semua rasa demam tu pada Iman (emosionalnya aku..hehe). 


setelah disahkan demam campak..tumbang terus hero mama..

Mula2 aku ingatkan Iman hanya kena demam biasa hari Rabu .Tapi BS memang dah ckp kepala dia rasa panas lain macam. Aku tak kisah sanagt sbb selalunya memang mcmtu tapi bila keesokannya hari khamis kebetulan abah Iman keje shift malam so aku jaga Iman tak dapat tido sgt sbb Iman mcm tak selesa dan batuk2. Aku pun amik cuti emergency sbb kesian tengok Iman dah lemah tak bermaya. Panasnya pun makin menjadi dan aku dan abah Iman cuma jelum kepalanya dgn towel. Nasib atuk ngan nenek Iman ada bagi petua rendahkan suhu bdn dgn watkan air asam jawa. So memang tak pakaikan Iman baju pun tinggal pampers je sbb bdn dia semuanya panas. Bergilir2la aku dan abah Iman malam tu berjaga takut suhu bdn Iman naik tinggi. Demam Iman berlanjutan sampai hari Sabtu walaupun dah diberi ubat demam, batuk dan antibiotik. Hari sabtu, suhu badan Iman semakin pulih tapi timbul ruam2 merah yg ketara pada pipi,kepala dan badan tapi kaki takde plak. Iman menggaru2 tak selesa lalu aku bawa ke klinik dan doktor sahkan kena demam campak.

Doktor cuma beri ubat calamine losyen (sapu) dan ubat gatal (makan). Menurut doktor memang ruam campak kelihatan selepas pesakit 3 hari demam dan suhu bdn turun. Doktor tak bagi minum air kelapa sbb Iman masih kecil tapi doktor sarankan air 100 plus dicampur dgn air masak dan diberi minum pd baby. Sukatannya setengah 100 plus + setengah air masak. Air 100 plus tu hilangkanlah dulu gas dgn cara menggoncangnya. Air 100 plus ada garam yg mungkin membantu memulihkan tenaga sbb demam campak ni selalu badan akan jd tak bermaya dan otot2 bdn sakit.


 Apa itu demam campak?
Demam campak ( Rubeola ) adalah jangkitan akut pada kanak-kanak disebabkan virus measles. Pesakit demam campak biasanya mengalami gejala jangkitan saluran pernafasan dan disertai ruam pada kulit. Penyakit ini sangat mudah menular kepada orang lain melalui titisan cecair dari mulut dan hidung semasa bercakap, batuk atau bersin.

Bagaimana pun kebanyakan kanak-kanak di Malaysia telah kebal (immun) pada penyakit ini sejak adanya program campak kebangsaan.

Apakah tanda-tanda demam campak?
Antara 10 – 12 hari selepas dijangkiti penyakit, pesakit mula menunjukkkan tanda dan gejala demam campak seperti:

* Demam tinggi
* Batuk, selsema dan sakit tekak
* Mata berair dan sensitif kepada cahaya
* Sakit otot

Dua atau tiga hari kemudian timbul ruam-ruam, bermula dibahagian muka dan kepala kemudian merebak kebahagian badan, tangan dan kaki. Ruam akan kekal selama 4 – 7 hari. Semasa ruam timbul, suhu badan biasanya sangat tinggi.

Demam campak boleh menjangkiti orang lain dalam masa seminggu sebelum timbul ruam sehingga 4 hari selepasnya.

Adakah setiap demam yang disertai ruam merupakan demam campak?
Tidak. Deman campak sering dikelirukan dengan penyakit Rosela Infantum yang disebabkan oleh virus lain tetapi mempunyai ciri-ciri yang sama dengan deman campak melainkan selepas 2–3 hari ruam timbul, demam biasanya akan berkurangan.

Apakah kesan demam campak pada kanak-kanak?
Kebanyakan kanak-kanak yang menghidapi demam campak akan sembuh dengan sempurna. Bagaimana pun kadangkala boleh terjadi komplikasi yang serius terutama golongan yang menghidapi kekurangan zat makanan dan mempunyai imum sistem kekebalan yang rendah.


Antara lain komplikasi yang sering terjadi adalah:
* Jangkitan pada telinga
* Jangkitan paru-paru (Pneumonia )
* Jangkitan pada otak (encephalitis)
* Cirit birit

Kes yang serius boleh berakhir dengan kematian.

Bagi wanita hamil pula, boleh menyebabkan keguguran atau kelahiran pramatang.

Bagaimana merawat demam campak?
Tiada rawatan yang spesifik tetapi hal-hal berikut dapat mengurangkan gejala :
* Panadol untuk mengurangkan demam
* Hindari cahaya terang kerana ia menyakitkan mata
* Berehat dan minum air yang cukup.

Ruam tidak perlu dirawat kerana ia akan hilang sendiri.

Pesakit dinasihatkan untuk tinggal di rumah supaya tidak menjangkiti orang lain. (4 hari selepas ruam timbul).

Bolehkah demam campak dicegah?
Boleh. Demam campak boleh dicegah melalui pemberian suntikan immunisasi MMR (Measles, Mumps and Rubella) pada usia 12 bulan dan kemudian ketika berumur 7 tahun. MMR adalah vaksin yang selamat. Adalah tanggungjawab ibubapa untuk memastikan anak mereka mendapat immunisasi.

Sekiranya anda terdedah kepada pesakit demam campak sila dapatkan nasihat doktor atau petugas kesihatan. [
myhealth.gov.my]      


Petua Untuk Mengurangkan Demam Campak

 

daun semambu
 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...