Monday 22 August 2011

Mengempeng Aje.....

        Awal2 semasa kelahiran Iman, mama x nmpak corak penyusuan Iman mcmne sbb mama pun galakkan Iman menyusu setengah jam skali sampai kejut iman dr tido suh susu. Gara2 mama takut Iman kena jaundice dan sbb nak elak bengkak susu. Tp selepas 2 minggu kelahiran, Iman dah start kuat menyusu dan mama mula risau sbb 1 jam skali iman menyusu. Tapi setelah search info di intenet, rupe2nya bayi yg baru lahir atau berusia sebulan ke bawah memang normal menyusu 8-12 kali sehari. Malah perkara ini harus diterima positif oleh ibu kerana ini menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan. Susukan bayi sebelum dia menangis.
Kadang2 sesetengah ibu rase susunya x cukup,tu sbb baby asik melekap tapi jgn risau selagi baby menyusu, susu akan tetap terhasil.So ibu tak boleh stress atau tak cukup rehat sbb itupun bleh menganggu pengeluaran susu. Jika stress hormon oksitosin (hormon yg penting untuk pancutan susu keluar) akan dihalang oleh hormon2 stress tu.
Ibu juga mesti memperbanyakkan minum air masak dan makan makanan yang berkhasiat untuk menampung keperluan kalori yang hilang semasa proses penyusuan. Yang ini memang mama ade makan amalkan tp blum jumpe lg supplement yg benar2 sesuai untuk tambah susu bdn. Setakat ni cuma try minum soya Nutri 99 ngan mkn sawi putih je. ok gak la skali pam dpt ar dlm 4-5 oz. 

      
        Menyusukan anak juga adalah satu tuntutan dalam agama dan hak anak sebagaimana firman Allah dlm surah Al-Baqarah ayat 223.

Dalam ayat yang mulia ini Allah Ta’ala menjelaskan tentang hak menyusu bagi seorang anak dan kewajiban seorang ibu untuk menyusuinya serta kewajiban bagi seorang ayah untuk mencukupi keperluan mereka baik mereka . Allah Ta’ala berfirman…

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةُ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودُُلَّهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدْتُمْ أَن تَسْتَرْضِعُوا أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآءَاتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُوا اللهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرُُ {233}


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 233). 

 Imam  As-Syafie berkata:

"Sihat atau tidaknya anak itu adalah bergantung samda anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan"



Kelebihan menyusukan anak:

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T memberi pahala satu kebaikan. Bila ibunya semalaman tidak dpt tidur kerana menjaga anaknya yg sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah. 

 Mudah-mudahan dgn entri ni mama lebih cekal dan bersabar demi membesarkan Iman. Tak kiralah ape org kate anak yg menyusu ibu ni suke mengempeng ke ape sbb Mama nk Iman membesar dgn sihat dan mama pun dpt pahala. 

Burping Session

   
           Entry ni mama buat sebab kesukaran mama nk suh Iman sendawa lepas menyusu. Mama takut sbb sejak akhir2 ni byk sgt kes baby meninggal sbb tersedak susu (Naudzubillah..). So mama pelajari teknik2 nk sendawa ni dr youtube tak taula berkesan ke tak..tp mmg teknik mama selama ni mmg salah kot tu sbb Iman susah nk sendawa. Ok mari kita baca sket pasal sign yg baby tunjuk klau dia nk sendawa k...

• Bayi menyebut bunyi "Eh" kerana dadanya merasa tak selesa dan seperti "terjerut" dalam cubaan ingin sendawa(burp). "Eh" terhasil hasil pengecutan otot dada dan bunyi ini selalu kedengaran dalam siri yang pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin keluar.

Untuk menghasilkan bunyi "eh" anda, sedut udara memenuhi dada anda, tahan dan tutup mulut/tekak anda.Seterusnya, cuba tolak angin didada anda itu keluar dengan menggunakan otot-otot dada. Sekarang, buat bunyi dengan membuka sedikit mulut/tekak untuk beberapa saat sahaja , bagi membenarkan sedikit udara dilepaskan. Inilah bunyi "eh". Ianya pendek dan tajam dengan bunyi "E" yang nyata dan breathy "H" (H yang seolah-olah dihembus hidung, seperti orang sedang berlari).

Bayi perlu untuk di sendawakan bukan sahaja selepas minum, tetapi pada bila-bila masa sepanjang hari, mengikut keperluannya. Jika keperluan ini tak dipenuhi, bayi mungkin mengalami kesukaran untuk menyusu atau tidur. Kegagalan memenuhi kehendak "burp" bayi ini akan membawa kepada kitaran masalah yang tak berkesudahan:-
A) menyendawakan bayi ketika "eh" dihasilkan akan membantu mengelakan angin dari ditolak ke bahagian bawah abdomen dan menyebabkan kesakitan.Angin yang tertolak ke bahagian bawah abdomen ini dikenali sebagai lower trapped air dan inilah salah satu punca kembung perut yang amat ditakuti oleh ibubapa kerana menenangkan bayi yang sedang kembung perut bukan perkara yang mudah.

B) Menyendawakan bayi ketika "Eh" dihasilkan akan mengurangkan kadar muntah susu bayi. Ini kerana, bayi yang disusukan tanpa dibantu sendawa terlebih dahulu (apabila diminta), akan menyebabkan susu yang ditelan berada di atas lapisan gas. Apabila gas naik, susu juga akan turut naik dan bayi akan muntah.

C)Kegagalan mengenalpasti bunyi "Eh" akan merencatkan tidur bayi kerana ramai bayi yang akan membuat bunyi "Eh" ketika tidur, boleh menyambung tidur semula jika diangkat dan dibantu untuk sendawa. Ibubapa yang gagal memahami maksud ini akan cenderung menyangka bayi lapar atau cepat-cepat memeriksa lampin bayi dan perbuatan ini akan menyebabkan bayi terjaga dari tidur.

Saturday 20 August 2011

Misi Penyusuan.....Chaiyok!

Gadget Penyusuan
       Kalau nak dibandingkan dgn otai2 yg menyusukan anak secara ekslusif mama rase mama blum capai tahap tu lagi. Masih jauh dan rupe2nya byk sgt cabarannya. Tabik spring kepada ibu2 yg berjaya menyusukan anak sepenuhnya smpai 2 tahun tu. Antara cabaran2 yg mama lalui setakat ni:

1)    Bila Iman kena jaundice seminggu selepas kelahiran, ramai yg menggesa mama n papa pakai susu formula sbb takut baby x cukup susu. Sampai nurse klinik kerajaan yg rakan bayi pun suggest perkara yg same. Tak kurang juga yg cdgkan susu kambing.Huhu mase tu mama dah nk menangis bile ade yg ckp susu bdn mama tak sesuai untuk Iman sebab mungkin darah tak same. Mmg tertekan sbb mama dah niat nk wat akikah hari ke 7 tp kalau jaundice Iman tak baik dan kena warded mmg x jadi la. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketabahan hati Mama tetap suskan Iman setiap 1 jam skali tanpe campur susu lain. Seminggu mama tak tido dan ulang-alik ngan papa 2 hari skali dr bndr penawar ke hospital kota tinggi untuk check jaundice Iman. Thanks to Papa gak sbb x lemahkan semangat mama dan sentiasa ingtkan mama susu ibu yg paling bagus untuk Iman.Hasilnya alhamdulillah jaundice Iman dari 18 turun kpd 10 shj dlm mase seminggu.


Stok EBM. Mama Boleh!!

2)       Iman sgt kuat menyusu. Bukan 1 jam skali tp setengah jam skali.cabaran jugak tu. Macamana mama nk pam wat stok.Tapi rasenya anak lelaki mmg mcmtu kot. Mama sampai sekarang terpikir gak mungkin susu sikit kot tu yg Iman x puas. Tp bila tgk Iman sampai termuntah2 nyusu tak mungkin plak kan...Nasib la papa ade bley tlg mama masak pagi2 sblum papa gi keje. Kdg2 klau x sempat tu yg mama x tahan sbb Iman lgsung x bley kena tinggal dan nak mama pangku je. Sayang anak mama ni..manje betul...hehe. So skrang mama pam sambil menyusukan Iman sebelah menyebelah. Paling byk dpt 4 oz tu pun skali je dan biasenye dpt 2 oz je. Huhu cukup ke nnti Iman nk minum rumah BS nnti. Tapi diam x diam dah 30 paket jugak stok EBM yg mama dah kumpul dlm freezer. Thanks to papa yg support abes2an siap jd tukang sorak mase ma tgh pam susu.hehe...

3)       Masalah pam. Mama tak tau la klau mama sorang je ade masalah mcmni. Mama dah try pam tp dpt sket je dlm 2 oz skali pam. Itupun sbb pam mase Ian tgh nyusu. Mama takut kat tempat keje nnti mama nk pam tak kuar langsung je. Mungkin sbb Iman nyusu setiap 1 jam skrang ni jd B belum sempat penuh??atau Mama kurang mkn supplement tambah susu?Ni mama akan kaji nnti. Lagi satu time pam susu meleleh di tepi corong dan sedutan pun mcm x brape kuat. Mungkin ade carenya cuma mama yg tak tau teknik2 mengepam dgn betul kot.. Ni pun nak kena study balik.

In the Making Of Bantal Busuk Iman.....

Tido ayam je ni...
               Nampak tak mende alah warna putih corak binatang2 atas bedung Iman tu..haha..itulah bakal bantal yg jd bantal busuk Iman nnti. Mama saje je beli untuk bg Iman lena tido. Yelah kdg2 baby suke ade mende yg boley comfort bdn dia mcm kain atau ujung2 bantal tu kan..comel tgk baby tido smbil peluk bantal busuk. Tp bantal ni special sket sbb filling dia ialah bean sprout husks so amatla lembut dan selesa. Kalau Iman taknak biar mama yg gune..hehe.

Ring Sling ...Ceciterr...

Ring Sling "Mama Patch"
             Ceritanya arini nak pegi beli baju raya kat angsana tp punyela ramai org smpai parking kat Angsana pun penuh tak boley masuk. Yelah penangan bonus raye tahun ni setengah bulan gaji wat kktgn awam..so beraya sakan la korang ditambah ngan s'porean yg memborong baju2 murah kat cni. So dgn hampanya mama terpaksa la shopping baju raye kat Kipmart je. Itupun dlm mase setengah jam je papa kasi mase sbb papa duk ngan Iman dlm keta. So mama cuma sempat capai baju kurung n tudung je. Alang2 dah kuar ni gi kedai baby Faboulous Mum kat Tmn Sutera. Cadangnye nak beli storage bag tp sbb lame dah mama ngidam benda ni mama pun beli jugak..Ape dia???RING SLING....bukan ape senang nk bwk Iman mase raye nnti...cheh mcm ar nk beraya sakan taun ni..hehe...mama choose green colour sbb papa suka warna ni.Harap2 papa nk pakai ring sling ni gak sbb lelaki pun bley gune ape. Tak salahkan???hehe. So pic mama akan update bile raye nnti yee...bg video dulu care nk guna mende alah ni...

 








\

Thursday 18 August 2011

Iman Dah Sebulan...Syukur....

Jom ar main ngan saya...


Assalamualaikum & Hi everyone! My name is Muhammad Iman Haikal. I love my mama n papa sooo much! Thanx for reading my mommy's journey of giving birth to me. luv u alls...

Luv u too sayang....Iman dah sebulan maknenye time untuk cucuk...hehe...hari ni mama n papa bwk Iman gi injection hepatitis B di klinik tmn sri orkid. Appointment sblum pukul 9, tp biasela lame kena menunggu. Iman sgt baik, tido je di pangkuan papa smpai lenguh2 lengan papa dibuatnya..hehe.. pukul 11am baru turn Iman smpai dan nurse ambil ukuran berat dan tinggi Iman :

                                            Berat : 4.4 kg
                                             Tinggi : 54cm.

Maknanya Iman membesar bagai johan dengan susu mama. Sejuknya hati mama dan rase nk menyusukan Iman sepenuhnya semakin membuak2. Insyallah Iman selagi mama sihat, mama akan bg Iman susu badan sepenuhnya sekurang2nya smpai Iman 6 bulan dan balik ni mama nk pam susu byk2 wat stok. hehe. Mama pun suh nurse check jaundice Iman sbb kulit Iman nmpk mcm kuning tp alhamdulillah bacaan 5.6 maknanya xde jaundice pun. Mungkin sbb kulit Iman kuning langsat kot.hehe. BCG pun nurse kate menjadik dan Iman diberi dos hepatitis B di peha kiri. Nurse kate injection ni x mendatangkan demam. Iman nangis kejap je pastu mama peluk Iman diam dah. Anak mama mmg kuat kan....Ok next appointment 15 september bile Iman masuk 2 bulan k..jgn lupe...

Wednesday 17 August 2011

Majlis Akikah dan Cukur Jambul ......23 Julai 2011

Ustazah Rahmah sdg mentahnik Iman dgn kurma dan madu
Salah satu dari kaedah menyambut kelahiran bayi dalam Islam ialah melaksanakan tuntutan sempena hari ke 7.Tuntutan itu ialah memberikan nama yang baik, membaca doa ketika memberi nama anak, menaqiqahkan anak, mengkhatankan anak dan  bercukur rambut. Alhamdulillah, niat papa, mama, nenek dan atuk terlaksana juga apabila hari ke 7  tuntutan ini berjaya dilakukan dlm majlis yg sederhana tapi penuh barakah. Semoga selepas ini Iman cepat membesar dan jadi anak yg soleh dan taat perintah agama. Cuma berkhatan tu belum lg sbb iman msih kecil lg kan... Majlis diadakan pukul 2 pm di rumah nenek kat bandar penawar. Kumpulan yasin wanita diketuai Ustazah Rahmah yang juga org yg bertanggungjawab mentahnik dan membacakan doa semasa nama iman diumumkan. Iman wtpe mase tu???huhu..tido je dr mula majlis sampai abes....hehe..

Majlis Iman tp tuan punye bdn tido je...
makcik2 Iman (dari kiri): mak nabila,mak uyun,mak irah, mak fatin n mak long
Iman dah botak....thank u papa..cukurkan iman

Sunday 14 August 2011

Pengalaman Bersalinku.. Bolehke Dilupakan???

  



Hadirmu umpama dunia yg baru wat mama n papa...syg Iman..

Sehari Sebelum.....14 July 2011

     Tarikh 14 July adelah saat2 yg aku nntikan selama ni.Tp nape arini mcm rase tak berdebar pun  sbb aku rase tarikh due date ni tak betul dan tak mungkin aku kuar tanda2 nk bersalin dlm waktu terdekat ni. Hari ni pun aku ade appointment dgn klinik tmn orkid pukul 2pm so pg tu aku cuma mengemas2 je brg2 yg nk bawa ke hospital dan buat checklist yg terakhir.

        Pukul 2pm hubby anta ke klinik kebetulan dia pun cuti arini. Sampai ke klinik org ramai mcm biase tp aku smpai agak awal so nurse bertugas blum ade lg. Bile smpai giliran msuk bilik doc tak disangka2 satu statement doc yg wat aku terkejut dan teringat smpai arini, doc tu ckp "Awak watpe lg kat cni..pegi hospital tarikh due awak arini dan awak ade diebetes. Patutnya awak kena pegi pg td pukul 8 dan kena induce. Klau wanita hamil ade  diabetes risk dah smpai tarikh due kita kena pakse bersalin sbb takut uri rosak dan bahayakan kesihatan baby". dan doktor tu pun dgn paniknya terus call nurse yg tulis appointment dlm buku merah kenapa x follow up aku suh gi hospital..siap kena "mangkuk" skali ngan doc tu. Yela aku pun tak salahkan nurse tu sbb dia ikut je arahan doc pakar sebelum ni yg suh aku wat appointment lg minggu ni. Salahkan aku???owh tidak..aku lg ar tak tau aku kena bersalin arini gak sbb aku ikut je ape yg buku merah tu dah bg date. So bila dah disergah ngan doc tu aku mula panik gak. Dia suh aku siap2 bwk brg g hospital ptg tu jugak. Bayangkanle aku yg tak brape sedia nk menyerah diri gi hospital..x ke haru???
   
         Pukul 4pm, aku melangkah kuar klinik cari papa n kitorg try cool down n balik rumah semyg asar dulu. Papa pun mcm nervous gak kot..hehe tp sbb taknak aku lemah smgt dia cool je. Aku tak call pun mak sbb aku nk smpai hospital nnti dan sahkan betulke aku kena warded arini baru aku confirm ngan mak. Taknak penglaman kali pertama pegi hospital aritu menyusahkan mak plak nk dtg  lagi. Sampai di hospital mmg sah aku kena warded dan induced esok ari. yg kelakarnye aku jumpe budak india Nandini dan maknya yg aku jumpe sblumnya same2 kena warded ngan aku jgk. Proses nk masuk hospital pun agak lame smpai pukul 7.15pm baru siap dan aku pun dpt bilik no 4A Second Class. Tp yg x best dan agak seram aku sorang je dlm bilik tu so mlmni kalau takde kes lain maknenye aku sorang ar tido kt situ..mmg confirm tak nyenyak ar. Memandangkan mase mkn hospital dh terlepas papa belikan aku nasi goreng pataya je tapau kat luar dan papa pun kena balik sbb waltu melawat dh abes. aku dh telefon mak tp mak hanya boley masuk esok hari sbb undang2 kat cni suami je bley masuk bukan pd tempoh melawat tp tu pun skjp je. Aku pun termangu sorang diri tp tak sunyi sgt sbb nurse mmg mase setiap satu jam skali amik tekanan darah aku. Hmm  kelakanya masuk hospital tanpe ade sakit papekan....nntikan le penangannye esok..hehe.time ni aku lum tau lagik..

 Masanya Nan Tiba... 15 Jul 2011

ni namenye nasi goreng pekak...takde rase pape...ni la bfast kt spital..hehe

           Pukul 5 am aku dah bersiap mandi. Yela nurse semalam dah pesan mandi awal sbb dlm pukul 6.30am aku akan di induce. Klau arini aku tak rase nk bersalin esok akan induce lagi..limitnye cuma 3 kali selepas itu kena Czer la gamaknye kalu tak rase lagi..seram gak dgr smpai aku tak dpt lelap mate pun..Kebetulan mlmtu aircond hospital rosak dah aku pun kepanasan so mandi jela...papa pukul 4 am dah sampai dan semyg kt masjid sebab nk bwkkan brg2 keperluan aku yg xde. thanks papa mmg saat2 mcmni aku perlukan kekuatan pd suami sbb aku rase mcm semangat aku separuh pd dia..hehe..manje ke aku???..tak kot tp mmg aku perlukan seseorg sbb pengalaman ni betul2 baru untuk aku dan tak tau ape kesannye dan rasenya.

           Pukul 7am baru aku dipanggil untuk masuk ke bilik rawatan untuk induce. Aku dan sorg kakak yg dah overdue 9 ari bergilir masuk tp aku masuk dulu. Smpai je situ sorg doc melayu lelaki Daniel namenya dah siap sedia ngan ubat induce.huhu budak lagi doc ni so aku mmg malu tp nk wat camne hospital ni bukan bapak aku yg punye nk pilih2 doc.hehe. Agak sakit gak mase dimasukkan ke "situ" tp aku dah lupe sakitnye mcmne sbb sakit bersalin lg sakit..hehe. So aku tak dibenarkan berdiri walaupun ke bilik air selama 1 jam..kena baring jela dan aku disorong guna wheelchair ke wad semula.

         Pukul 11.30am. Aku dpt sorang kwn seblah katil yg pregnant tp kena sakit jantung. dia belum smpai due date. tak byk sgt amik tau pasal dia sbb aku dah rase sket contraction time ni. Aku cuma baring je smbil baca surah maryam dan doa2 yg aku tulis kat notebook. Alhamdulillah sakitnye berkurangan dan aku bley tido lagi smbil menunggu waktu melawat pukul 12.30 nnti.Pukul 12.30 mak sampai dgn ayah dan uyun. Aku dah rase sakit time ni tp masih bley gelak2 lagi dan siap semyg lagi kat katil sbb aku takde kuar tanda pun lagi. ayah ngan papa gi semyg jumaat so mak dan uyun tunggu diorg je. Lauk tghri pun aku mkn dgn berselera je dan mak pun bg kate2 semagat kat aku dan dyla pun ade call gak.

       Pukul 2pm, mak nak balik sbb mase melawat dah nak abes dan aku pun dipanggil ke bilik rawatan lg skali tanpa aku tau ape tujuan. Tak sempat jumpe papa dan aku pun pegi ke bilik rawatan tu. Smapai sane ade doc lelaki yg muda chinese yg nk wat VE. Mmg ini la saat sakit aku bermula sbb doc ni mmg tak pandai wat V.E dekat 5 minit dia check bukaan dan masih tak reti nk anggarkan. Dia serahkan pd nurse dan baru dia yakin bukaan 1.5cm je yg mane bacaannnye same mcm pg td.&^%^%^#@@!$ betul. so dua kali aku kena V.E dan hasilnye balik wad tanpe pakai wheelchair aku terpakse langkah slow2 sbb sakit sgt. Dlm tempoh pukul 2pm smpai pukul 4.30pm waktu melawat seterusnya aku mmg rase mcm dah nk patah pinggang dan sakit sgt2 bdn hinggakn mak dan ayah dtg aku dah menangis kesakitan. Mak dan ayah bacakan doa je dan bg semangat kat aku. Papa pun urut2 bdn dan cuma bley bg aku kekuatan moral je. Time tu tak putus2 aku berdoa dan mengerang sakit. Papa panggilkan nurse dan lg skali diorg wat V.E dan cuma sahkan bukaan 2cm dan rahim aku masih tebal lg. huhu..sedih dan kecewa gak rase sakitnye yg mcmni tp bukaan masih mcmtu lg. Klau takde bukaan ubat hanya boley masuk esok jd aku risau spnjg mlmni aku rase dah nak mati menahan sakit. itu je yg berlegar2 dlm otak aku.

     Pukul 7pm, Makanan mlm sampai dan mak, ayah  pun dah balik. Papa pun cakap nk balik kjp amik brg dan mandi sbb dia dr pg td menunngu aku kat spital. Aku cuma mampu menangis tahan sakit kat hujung katil dan cuma bley pandang je nasi dpn mata sbb dah takde selera. Mmg sakitnye sampai baring pun tak bley sbb pinggang n kaki rase nk terpisah 2. itu yg aku rase ar. Bile nurse dtg dan nmpak aku yg dah tak thn sakit dia kate dia akn tgk labour room kalau2 ade kosong dan aku bley duk sane. Penyelesaian dia lg menakutkan aku sbb aku mcm takut dgr perkataan labour room tu time ni. So bile confirm ade tempt nurse terus tolak aku pakai wheelchair dan suh aku call papa amik semua brg2 aku. So aku tanpa sempat mkn ape2 cuma sempat capai air selusuh dan minyak yg ayah bg je. Perasaan mase ni mmg takut tp sakit mengatasi rase tu cuma aku nk kuarkan je baby ni cepat2 sbb dah x thn sgt2. Aku call papa dan nasib baik papa ade kat masjid tak balik rumah terus.

     Masuk kat labour room dlm pukul 7.30pm dan aku pun dibaringkan kat katil. Air dimasukkan kat tgn aku. Aku blum nmpak kelibat papa lg dan aku risau sgt2 sbb  hp pun aku x sempat bwk. So aku suh nurse panggilkn suami aku diluar sbb aku mmg sangat2 perlukan seseorang mase ni. Bile papa dah sampai mmg muke dia nmpk risau tp sempat gak amik pic aku kat katil labour room tu. Nurse dtg psg CTG, pecahkan air ketuban dan masukkan ubat di sebelah kiri tgn aku untuk cepatkan bukaan. Mase pecahkan air ketuban aku dpt rase perut sedikit ringan ttp kesannya selepas tu mmg sgt dahsyat ditambah lg dgn kesan ubat. Contraction dtg setip 10 minit skali dan setiap kali ia dtg rase mcm nk tercabut nyawa.  Nurse dan doc hanya biarkan suami dan aku dlm bilik tu cuma dtg skali skala semak bacaan CTG takut2 baby dah lemah sbb air ketuban dan dipecahkan. Bile nurse yg agak peramah masuk aku tanya bile nk check bukaan seterusnye dia kate mungkin dlm pukul 12.30am nnti. Astaghfirullah..aku rase mcm nak marah jugak nape terlalu lame nk tunggu tp nasib ade papa bg semangat suh aku tunggu dan bersabar. Tiba2 rase sejuk je belakang badan aku rupe2nye byk darah yg keluar dan inilah agaknya mak kate aku kembar darah sbb mmg darah aku byk berbanding air ketuban yg dipecahkan  td cuma sikit je.

      Pukul 10.30pm contraction dtg setiap 5 minit skali dan aku rase mcm nk mati. Mmg tak bg ruang langsung untuk aku bernafas. Dekat sini la pernafasan mmg ambil peranan. Nasib baik juga pegi kelas antenetal ngan papa dulu.Bile doc check laluan 6cm je yg dah terbuka dan aku mmg down abes dan cuma minta papa tolong aku mengucap kat telinga aku sbb aku rase mcm nk mati sgt2 dan aku minta maaf kat papa byk2 kali. Nurse ade gak wat V.E dan sakitnye mmg tak terkate. Pukul 12.30 pm laluan dah 9cm dan nurse suh aku mengiring sbb takut aku meneran belum smpai masenye. Aku dgn susah pyhnye mengrining dan setiap kali contraction dtg aku pegang leher papa kuat2 dan tarik bajunye..huhu mmg sakit giler sehingga nurse pasang pagar ditepi katil barula aku pegang besi katil kuat2 smapai lebam dua2 tgn aku. Pukul 1.00am bile dah rase nk meneran aku jerit dekat nurse aku dh tak thn dan nurse pun panggil doc. Dlm 6 org di labour room tu seingat aku dan aku pun cuba untuk meneran tp tenaga aku mmg dah hilang. Nurse n doc kate aku salah teknik meneran dan aku mcm nk bergaduh ngan diorg waktu tu sbb aku dh cuba sedaya upaya masih tak berjaya smapai pukul 1.30 am kepala baby dah turun dan aku masih lg takde daya. Mmg sgt penat hinggakan rase contraction mule ilang dan aku cuma berserah je. Papa pun dah tak tau nk tolong mcmne dan time ni la doc cdgkan aku di Vaccum je sbb takut baby lemas. Tp dia mmg takut2 kan aku sbb risiko mmg ade bile baby kena vacuum. Aku dah x larat dn klau bley mmg aku serahkan pd diorg je nk wat ape2 pun.
        
          Setelah nmpak aku redha je diorg mule psg alat vacuum dan kaki aku diikat pd tiang katil dan beberapa org nurse lg masuk untuk membantu. Time ni aku betul 'dikerjakan" bile 2 org tekan perut aku kanan dn kiri sambil doc vacuum dan lebarkan lg bukaan . Mmg ngeri time ni dan aku pun rase mcm ade kekuatan plak meneran dgn tibe2. Tepat pukul 1.57am aku dpt rase mcm meluncur je baby kluar dan rase sakitnye ilang tiba2 tp rase sedih yg dtg bile baby tak nangis pun dan semua nurse dan doc berkejar bawa baby aku kluar dr bilik. Suami aku pun disuruh kluar dan tinggallah aku tertnya2 samada baby aku hidup ke mati????mmg saat ni lg takut dr rase nk bersalin sbb setelah bersusah pyh klau baby aku mati aku rase baik aku pun mati same.Aku cuma mampu nangis je sbb aku tak bley bangun lg dan setiap nurse yg dtg aku tnye mcmne keadaan baby aku. sorg nurse  pun tak nak ckp dan ini buatkan aku marah dan hampir aku nk bgun tgk sendri keadaan anak aku. Nasib baik nurse yg baik sket masuk dan ckp baby aku dh diberi oksigen dan doc akan rawat dia. Barula ku lega 50% je sbb blum tau keputusannya. Mmg saat ni aku tak pk diri sendri melainkan baby je walhal time tu mmg aku rase luka bersalin mmg teruk sgt.

Selesai sudah..... 16 Julai 2011

      Pukul 2.30am barula baby dibawa masuk dan ditunjukkan pd aku jantinanya. Alhamdulillah baby boy tepat seperti ramalan dan Iman pun dibaringkan sebelahku. Perasaannnye????sangat2 sayu, insaf dan bersyukur. Takde anugerah dan rase yg paling hebat dlm idup aku bile aku tgk wajah Iman dan ilang semua sakit2 td. Aku mcm orang yg dah pro amik Iman dr nurse dan baringkan di sisi ku dan terus bg susu badan wpun aku sendri tak pasti betul ke tak care aku. Cuma dpt rase gak Iman hisap tp cuma sekejap je sbb Iman kena dimasukkan ke NICU sbb kesan vacuum td. Aku pasrah je sbb  time ni baru aku rase bdn aku lemah dan baru sedar luka aku blum dijahit lg. Mase jahit satu lg sakit yg tak terucap dan mmg pengalaman yg x ley lupe sbb dijahit tanpa bius dekat setengah jam oleh doc chinese lelaki.

       Pukul 3am aku ditolak masuk ke wad 4B tanpe Iman disisi. katil aku diujung dan sayup2 aku dgr bunyi baby nangis dan mmg sayu sgt sbb baby aku takde. Teringat plak janji aku pd diri nk breastfeed Iman setengah jam lepas lahir tp tak dpt ditunaikan. Aku tertido kepenatan dan dlm pukul 5am aku terbangun bile teringatkan Iman. Aku gagahkan diri jugak nk Bf iman dan aku bgun pelan2 dr katil pegi ke bilik air bersihkan bdn dan tukar baju. Mmg darah terlampau byk time sampai ke lantai  tp sbb teringatkan Iman aku jln jugak perlahan2 menyusur ke kaunter depan mintak izin pd nurse jumpe baby nk susukan. smpai kaunter kecewanya bile nurse kate awak tak dibenarkan jumpe baby dan bley jumpe pukul 9am esok dgn izin doc je. Aku dikatakan mamai oleh nurse td dan suh aku berehat je. Mmg betul2 aku marah dan nangis je time tu dan cuma dpt sms papa je mengadu. Pelik tul hospital rakan bayi tp aku tak diberi peluang untuk bfeed anak aku sendri. Aku yakin time ni mesti Iman dah diberi susu formula. Redha jela...mmg bukan rezki aku dan Iman. Aku baring balik di katil dan tido dlm menangis. Baru aku rase sakit bdn dan letih yg belum ilang. Sabar ye Iman..mama dtg jugak nanti...

      Pukul 8am aku tersentak bgun. Katil aku betul2 ditepi tingkap so cahaya terang kejutkan aku. Aku mcm mimpi je semua yg jadi semalam dan tiba2 sedih lagi bila nmpk katil baby yg kosong disebelahku.Lagi skali janji nurse aku ingat bley jumpe baby pukul 9 am. So aku cadang nk sarapan sket supaya ade tenaga untuk pergi ke NICU. Tapi yg sedihnya bile aku angkat bdn rase sakit yg amat sgt. Sarapan pun takde sbb aku bgun tido dh lewat diorg dah kemas sarapan tu agaknye. Aku cuma dpt tarik beg cari roti dan air untuk dptkan tenaga sket. Kemudian aku bgun jugak pegi bilik air dan tunggu doc. Tp malangnye bile doc sampai di katilku dia kate aku hanya bley melawat baby ngan suami waktu melawat 12.30am nnti. huhu kecewa lagi so aku cuma baring saje, call dan sms untuk ilangkan boring.

       Pukul 12.30am, papa dtg dgn macaroni dan sup ayam yg mak wat. Tp time tu lunch dah smpai dan aku pun dah mkn sket2. Mmg selera ilang sbb rindukan Iman dan sakit seluruh bdn. Aku cpt2 ajak papa ke NICU dan papa amik wheelchair supaya senang aku nk gerak. Huhu mmg jauh rupenye NICU dr wad 4B ni rupenye. Kalau aku jln pg2 buta td rasenye aku pengsan sblum smpai sane.hehe. padanla nurse tu x bg. Sampai kt NICU kitorg masuk dan dgr suara baby bersahut2 nangis. Tp mmg naluri mama n papa kuat sng je nak jumpe Iman. Mule2 nmpk Iman mama mcm x percya mulut yg kecil, idung yg terletak, bulu mata panjang dan bentuk muka yg bulat tak tau rupe sape ye. hehe. mmg mcm mimpi la. Mama belum brani nk amik Iman time ni tp mmg bergenang jugak air mate sian tgk Iman tinggal sorg2 kat cni sepanjang pg td. Mesti Iman nangis jugak cari mama kan...Lame juga kitorg dlm tu dan mama cuba beranikan diri dukung dan susukan Iman dgn bantuan papa. Time melawat abis dan papa kena balik so mama pun terpakse lepaskan Iman untuk balik semula wad. Mama kena sihatkan bdn lpsni dan dtg lg tgk Iman. Itu janji mama time tu...

      Pukul 3.00pm doc panggil aku ke bilik rawatan untuk check jahitan. Aku rase nervous jugak sbb time ni doc wat V.E lg nk pastikan saluran air kencing tak tertutup dgn jahitan. Tp nasib baik x l brape sakit sgt sbb doc pompuan. Aku ade masalah time tu untuk buang air kecil dan besar tp disebabkan aku teringatakn Iman aku cuma ckp ngan doc aku bley kencing tp kuantiti sket. So doc kate aku bley kuar wad ptg ni kalau xde pape masalah. Memang itula yg aku nak sbb aku nk jumpe Iman sgt2. Tak kisahla mcmne sihat ke tak aku mmg nk kesana gak.

      Pukul 4.30pm aku dah bersiap nk kluar wad tp bukan untuk balik rumah. Papa dah aturkan aku pindah ke bilik menunggu untuk ibu2 yg nk menumpang jaga anak di NICU. So aku kemaskan brg dan pindah ke situ. Bilik tu mcm asrama ade 7 katil je dan satu bilik air tetapi kedudukan betul2 di sebelah NICU. Walaupun nmpk dekat tp untuk aku yg tak bley berjalan sgt ni mmg jauh sgt2 sbb NICU tu kena masuk ke bhgn dlm untuk jumpe baby. Bile papa dah pastikan semua ok papa pun balik dan aku pun terus jumpe Iman. Time ni mmg betul2 aku lega sbb aku sendri yg dpt uruskan Iman. So walaupun pengalaman zero aku buat jugak. sedih tul bile aku smapai Iman tgh nangis dan aku pun terus susukan dan tukar lampin. Aku kat NICU dr pukul 6.30pm sampai pukul 8 mlm menguruskan iman. Kemudiannya aku dtg lg pukul 9pm sampai pukul 12,30pm.Balik ke bilik baru aku rase amat letih tp puas ati sbb dpt jaga Iman.


Permulaan Cabaran Baru Buat Mama....17 Julai 2011

        Pukul 4.30 pg mama dah tersentak bangun teringatkan Iman. mcm terngiang2 Iman nangis nk susu. So sejuk2 pg tu mama gagahkan diri jugak pegi tgk Iman. Kat NICU keadaan memang sepanjang mase bising ngan bunyi baby nangis dan aircond sejuk sgt2 . Tp 24 jam doc dan nurse ade wat keje diorg sbb baby silih berganti keluar masuk.Pukul 7.30 am nurse dtg mandikan Iman dan mama pun tgk gak carenye.Iman mmg baik sgt jarang nangis dan mama sng sgt susukan iman sbb iman mmg pndai menyusu bdn.T bdn mama sakit time tu sbb tak bley langsung buang air dan susu pun mcm kuar sket je. So mama ngan papa pegi rumah makcik siti kt tiram tempt ain gi urut lps bersalin. Tp makcik tu tak same urut mcm mak ani so masalah mama masih same lps urut tu. So dlm sakit tu ptg pukul 3pm mama pegi jugak jenguk iman.

Selesai sudah.... 18 Julai 2011.

        Dalam pukul 11 am mama dpt brita yg Iman bley kuar wad dr nurse bertugas. Tp belum pasti lg tunggu kelulusan doc ptg tu. Tp sebelum tu Iman masih jaundice lg so Iman kena letak bwh lampu.Sedey gak nk tinggalkan Iman time tu tp mama kena lunch dulu. Waktu lunch papa dtg  bwkkan nasi mak enon tapaukan. Sedap tul lauk ikan bilis tumbuk ngan lada hitam, ikan kurau masin, sayur sawi ngan nasi. Ptg tu pukul 2pm mama dtg jenguk Iman balik dan doc sahkan Iman bley kuar wad arini. Mama suka sgt2 so dlm pukul 4.oopm mama dah tukarkan baju Iman sementara tunggu papa siapkan doc2 untuk keluarkan Iman dr wad. Tp yg pelik time tu HSI kate BCG tak diberi sbb ubat tak dibuka pd aritu. bIle terpikir balik menyesal pulak mama bile biarkan Iman kuar wad takde BCG aritu. Tp masalh mama pulak bila dah masuk hari ke 2 mama masih belum bley buang air kecil dan besar. Rase sakit sgt dan mama amik keputusan pegi jalan ke wad 4B tnye dorg same ade bley jumpe doc semula untuk check jahitan balik. Tp malangnye diorg suh daftar balik kat wad pesakit luar so mam balik semula ke NICU berjln kaki menahan sakit. Mmg betul2 dugaaan time ni.

         Pukul 5pm papa dtg dan kita pun kuar wad. Tp mama kena pegi wad pesakit luar dulu untuk dptkan rawatan masalah mama plak. Tp mase rawatan ambil mase sampai 3 jam menunggu.Pukul 8.30pm baru dpt kuar wad dan atuk ngan nenek pun smpai untuk amik kita balik ke penawar.


So mcmne kenangan ni panjang tul kan...kalau takde sape2 baca pun biarla aku je yg baca sbb aku nk biar jd memori seumur hidup. hehe. Sebenarnye byk lg yg tak ditulis kat cni sbb nk berblog skang pun curi2 mase Iman tido. Ok next entry nnti aku cite mase majlis potong jambul dan Akikah Iman k....







        







Friday 5 August 2011

Menyambut Kelahiran Putera Kesayangan

Iman di riba mama semasa di NICU

Iman semasa hari pertama di rumah nenek  slps kluar hospital
Salammmmmmmm..........dah lame tunggu peluang nk wat entry tentang kelahiran Muhammad Iman Haikal putera kesayangan mama n papa. Ni baru dpt kesempatan itupun curi2 je ni sementara Iman tido. Mane ye nk mula? Terlalu byk pengalaman manis, gembira, takut dan mcm2 lagi dugaan sepanjang menyambut kelahiran org baru dlm hidup kami. Tapi alhamdulillah, yg penting bersyukur kerana Allah kurniakan Iman yg comel, sihat dan aktif sepertimana yg mama dan papa panjatkan doa sepanjang mengandungkan Iman.
Sikit biodata tentang Iman:

Nama Penuh: Muhammad Iman Haikal bin Mohd Syahabuddin
Date of Birth: 16 Julai 2011 @ 14 Syaaban 1432 
Masa: 1.53am
Berat: 3.17kg
Tempat Kelahiran: Hospital Sulatn Ismail, Johor Bahru 

Sepanjang kehamilan memang byk dugaan yg kena aku hadapi. Sebelum ni asik tertanya2 sakitnya macamana dan sekarang barulah aku tau takde sakit yg dlm dunia ni bley same dgn sakitnya nak bersalin dan aku sgt2 bersyukur dpt lalui tu semua dgn selamat. Itu sbb mase sakit klau bley taknak amik ape2 ubat untuk mengurangkan sakit tu dan cuma minum beberapa teguk air selusuh je sbb aku nak sakit tu biar natural sbb Allah sendri dah janjikan sakit bersalin tu penghapus dosa. Tapi memang diakui sesape nak bersalin ni harus cukup ilmu didada terutama teknik2 nk meneran dan kawal penafasan mase sakit.klau tak..mmg panik dan giveup. Itu yg kdg2 mcm2 komplikasi berlaku seperti baby lemas, tumpah darah dsb.Ok entry seterusnya nnti cite psl pengalaman bersalinku untuk kenang-kenangan dan dikongsi bersama. hehe..


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...