Monday 22 August 2011

Mengempeng Aje.....

        Awal2 semasa kelahiran Iman, mama x nmpak corak penyusuan Iman mcmne sbb mama pun galakkan Iman menyusu setengah jam skali sampai kejut iman dr tido suh susu. Gara2 mama takut Iman kena jaundice dan sbb nak elak bengkak susu. Tp selepas 2 minggu kelahiran, Iman dah start kuat menyusu dan mama mula risau sbb 1 jam skali iman menyusu. Tapi setelah search info di intenet, rupe2nya bayi yg baru lahir atau berusia sebulan ke bawah memang normal menyusu 8-12 kali sehari. Malah perkara ini harus diterima positif oleh ibu kerana ini menandakan keperluan bayi untuk menyusu tinggi maka ia akan menghantar isyarat ke otak bahawa penghasilan susu ibu harus ditingkatkan. Susukan bayi sebelum dia menangis.
Kadang2 sesetengah ibu rase susunya x cukup,tu sbb baby asik melekap tapi jgn risau selagi baby menyusu, susu akan tetap terhasil.So ibu tak boleh stress atau tak cukup rehat sbb itupun bleh menganggu pengeluaran susu. Jika stress hormon oksitosin (hormon yg penting untuk pancutan susu keluar) akan dihalang oleh hormon2 stress tu.
Ibu juga mesti memperbanyakkan minum air masak dan makan makanan yang berkhasiat untuk menampung keperluan kalori yang hilang semasa proses penyusuan. Yang ini memang mama ade makan amalkan tp blum jumpe lg supplement yg benar2 sesuai untuk tambah susu bdn. Setakat ni cuma try minum soya Nutri 99 ngan mkn sawi putih je. ok gak la skali pam dpt ar dlm 4-5 oz. 

      
        Menyusukan anak juga adalah satu tuntutan dalam agama dan hak anak sebagaimana firman Allah dlm surah Al-Baqarah ayat 223.

Dalam ayat yang mulia ini Allah Ta’ala menjelaskan tentang hak menyusu bagi seorang anak dan kewajiban seorang ibu untuk menyusuinya serta kewajiban bagi seorang ayah untuk mencukupi keperluan mereka baik mereka . Allah Ta’ala berfirman…

وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلاَدَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَن يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ وَعَلَى الْمَوْلُودِ لَهُ رِزْقُهُنَّ وَكِسْوَتُهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ لاَ تُكَلَّفُ نَفْسٌ إِلاَّ وُسْعَهَا لاَ تُضَآرَّ وَالِدَةُ بِوَلَدِهَا وَلاَ مَوْلُودُُلَّهُ بِوَلَدِهِ وَعَلَى الْوَارِثِ مِثْلُ ذَلِكَ فَإِنْ أَرَادَا فِصَالاً عَن تَرَاضٍ مِّنْهُمَا وَتَشَاوُرٍ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْهِمَا وَإِنْ أَرَدْتُمْ أَن تَسْتَرْضِعُوا أَوْلاَدَكُمْ فَلاَ جُنَاحَ عَلَيْكُمْ إِذَا سَلَّمْتُم مَّآءَاتَيْتُم بِالْمَعْرُوفِ وَاتَّقُوا اللهَ وَاعْلَمُوا أَنَّ اللهَ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرُُ {233}


“Para ibu hendaklah menyusukan anak-anaknya selama dua tahun penuh, yaitu bagi yang ingin menyempurnakan penyusuan. Dan kewajiban ayah memberi makan dan pakaian kepada para ibu dengan cara ma’ruf. Seseorang tidak dibebani melainkan menurut kadar kesanggupannya. Janganlah seorang ibu menderita kesengsaraan karena anaknya dan seorang ayah karena anaknya, dan warispun berkewajiban demikian. Apabila keduanya ingin menyapih (sebelum dua tahun) dengan kerelaan keduanya dan permusyawaratan, maka tidak ada dosa atas keduanya. Dan jika kamu ingin anakmu disusukan oleh orang lain, maka tidak ada dosa bagimu apabila kamu memberikan pembayaran menurut yang patut. Bertakwalah kamu kepada Allah dan ketahuilah bahwa Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan.” (Al-Baqarah: 233). 

 Imam  As-Syafie berkata:

"Sihat atau tidaknya anak itu adalah bergantung samda anak disusui oleh susu ibu atau tidak walaupun sekali susuan"



Kelebihan menyusukan anak:

Setiap tegukan dari susu ibu, Allah S.W.T memberi pahala satu kebaikan. Bila ibunya semalaman tidak dpt tidur kerana menjaga anaknya yg sakit, maka Allah memberi pahala seperti memerdekakan 70 hamba ke jalan Allah. 

 Mudah-mudahan dgn entri ni mama lebih cekal dan bersabar demi membesarkan Iman. Tak kiralah ape org kate anak yg menyusu ibu ni suke mengempeng ke ape sbb Mama nk Iman membesar dgn sihat dan mama pun dpt pahala. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...