Entry ni mama buat sebab kesukaran mama nk suh Iman sendawa lepas menyusu. Mama takut sbb sejak akhir2 ni byk sgt kes baby meninggal sbb tersedak susu (Naudzubillah..). So mama pelajari teknik2 nk sendawa ni dr youtube tak taula berkesan ke tak..tp mmg teknik mama selama ni mmg salah kot tu sbb Iman susah nk sendawa. Ok mari kita baca sket pasal sign yg baby tunjuk klau dia nk sendawa k...
•
Bayi menyebut bunyi "Eh" kerana dadanya merasa tak selesa dan seperti
"terjerut" dalam cubaan ingin sendawa(burp). "Eh" terhasil hasil
pengecutan otot dada dan bunyi ini selalu kedengaran dalam siri yang
pendek-pendek seperti "eh, eh, eh" kerana bayi cuba menolak angin
keluar.
Untuk menghasilkan bunyi "eh" anda, sedut udara memenuhi
dada anda, tahan dan tutup mulut/tekak anda.Seterusnya, cuba tolak angin
didada anda itu keluar dengan menggunakan otot-otot dada. Sekarang,
buat bunyi dengan membuka sedikit mulut/tekak untuk beberapa saat sahaja
, bagi membenarkan sedikit udara dilepaskan. Inilah bunyi "eh". Ianya
pendek dan tajam dengan bunyi "E" yang nyata dan breathy "H" (H yang
seolah-olah dihembus hidung, seperti orang sedang berlari).
Bayi
perlu untuk di sendawakan bukan sahaja selepas minum, tetapi pada
bila-bila masa sepanjang hari, mengikut keperluannya. Jika keperluan ini
tak dipenuhi, bayi mungkin mengalami kesukaran untuk menyusu atau
tidur. Kegagalan memenuhi kehendak "burp" bayi ini akan membawa kepada
kitaran masalah yang tak berkesudahan:- A) menyendawakan bayi ketika
"eh" dihasilkan akan membantu mengelakan angin dari ditolak ke bahagian
bawah abdomen dan menyebabkan kesakitan.Angin yang tertolak ke bahagian
bawah abdomen ini dikenali sebagai lower trapped air dan inilah salah
satu punca kembung perut yang amat ditakuti oleh ibubapa kerana
menenangkan bayi yang sedang kembung perut bukan perkara yang mudah.
B)
Menyendawakan bayi ketika "Eh" dihasilkan akan mengurangkan kadar
muntah susu bayi. Ini kerana, bayi yang disusukan tanpa dibantu sendawa
terlebih dahulu (apabila diminta), akan menyebabkan susu yang ditelan
berada di atas lapisan gas. Apabila gas naik, susu juga akan turut naik
dan bayi akan muntah.
C)Kegagalan mengenalpasti bunyi "Eh" akan
merencatkan tidur bayi kerana ramai bayi yang akan membuat bunyi "Eh"
ketika tidur, boleh menyambung tidur semula jika diangkat dan dibantu
untuk sendawa. Ibubapa yang gagal memahami maksud ini akan cenderung
menyangka bayi lapar atau cepat-cepat memeriksa lampin bayi dan
perbuatan ini akan menyebabkan bayi terjaga dari tidur.
No comments:
Post a Comment