Friday 5 August 2011

Menyambut Kelahiran Putera Kesayangan

Iman di riba mama semasa di NICU

Iman semasa hari pertama di rumah nenek  slps kluar hospital
Salammmmmmmm..........dah lame tunggu peluang nk wat entry tentang kelahiran Muhammad Iman Haikal putera kesayangan mama n papa. Ni baru dpt kesempatan itupun curi2 je ni sementara Iman tido. Mane ye nk mula? Terlalu byk pengalaman manis, gembira, takut dan mcm2 lagi dugaan sepanjang menyambut kelahiran org baru dlm hidup kami. Tapi alhamdulillah, yg penting bersyukur kerana Allah kurniakan Iman yg comel, sihat dan aktif sepertimana yg mama dan papa panjatkan doa sepanjang mengandungkan Iman.
Sikit biodata tentang Iman:

Nama Penuh: Muhammad Iman Haikal bin Mohd Syahabuddin
Date of Birth: 16 Julai 2011 @ 14 Syaaban 1432 
Masa: 1.53am
Berat: 3.17kg
Tempat Kelahiran: Hospital Sulatn Ismail, Johor Bahru 

Sepanjang kehamilan memang byk dugaan yg kena aku hadapi. Sebelum ni asik tertanya2 sakitnya macamana dan sekarang barulah aku tau takde sakit yg dlm dunia ni bley same dgn sakitnya nak bersalin dan aku sgt2 bersyukur dpt lalui tu semua dgn selamat. Itu sbb mase sakit klau bley taknak amik ape2 ubat untuk mengurangkan sakit tu dan cuma minum beberapa teguk air selusuh je sbb aku nak sakit tu biar natural sbb Allah sendri dah janjikan sakit bersalin tu penghapus dosa. Tapi memang diakui sesape nak bersalin ni harus cukup ilmu didada terutama teknik2 nk meneran dan kawal penafasan mase sakit.klau tak..mmg panik dan giveup. Itu yg kdg2 mcm2 komplikasi berlaku seperti baby lemas, tumpah darah dsb.Ok entry seterusnya nnti cite psl pengalaman bersalinku untuk kenang-kenangan dan dikongsi bersama. hehe..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...