Tuesday 6 September 2011

Kenapa Cair????



Sebelum mkn supplement (kiri) dan selepas mkn susu lebih pekat (kanan)

Selamat Hari Raya dan Maaf Zahir & Batin...

Raya ni tak sempat nak update gambar2 raya sebab jadual raya padat dan sibuk dgn persiapan untuk anta Iman ke rumah Pak Ti (maksu). Saje buat entri ni sbb baru terjumpa petikan tentang susu ibu yg cair. Sebelum ni tak tau plak mmg kadangkala susu cair bukan disebabkan susu makin sikit atau tak berkhasiat. Hakikatnya susu ibu memang tak sama dgn susu formula kerana ia berubah mengikut cuaca dan masa.Supplement juga memainkan peranan untuk kepekatan susu. Seronok plak tgk susu klau pekat mcm nmpk lebih khasit.hehe...

       Jika mengepam payu dara untuk tempoh yang lama berbanding biasa atau dilanjutkan dengan sesi penyusuan, susu yang diperah itu kelihatan lebih pekat. Sepanjang sesi penyusuan atau pengepaman berlangsung, susu akan sedikit demi sedikit berubah daripada foremilk (kelihatan cair) kepada hindmilk (lebih berlemak).
        Salah satu keunikan susu ibu yang mungkin tidak diketahui ramai adalah ia berubah mengikut cuaca. Sekiranya hari panas, susu yang dihasilkan lebih cair daripada biasa supaya bayi mendapatkan lebih banyak air. Jika cuaca sejuk pula, susu menjadi lebih pekat dan berlemak berbanding biasa.
        Malah, jika meninggalkan susu perahan di dalam bekas buat seketika, didapati dua lapisan terbentuk iaitu berlemak (hindmilk) dan cair (foremilk). Kandungan susu ibu adalah 88% air! Jadi, tidak hairanlah mengapa lapisan yang cair itu lebih banyak daripada yang pekat.
Ini merupakan sebab utama mengapa bayi kurang daripada enam bulan tidak perlu diberikan sebarang tambahan air. Dia hanya perlu minum susu ibu semata-mata!
        Sebagai panduan untuk memastikan bayi membesar dengan normal, purata pertambahan berat badan bagi bayi yang menyusu secara esklusif dalam tempoh 0 hingga 4 bulan adalah 142g hingga 198g seminggu.
Secara amnya, bayi yang menyusu susu ibu akan menggandakan berat badannya ketika lahir setelah mencecah 3 atau 4 bulan. Apabila mencecah 1 tahun, berat badannya adalah 2.5 atau 3 kali berat ketika lahir.
Kajian (Kent 2006) ke atas ibu dan bayi(1-6 bulan) yang mengamalkan penyusuan susu ibu di Australia mendapati:
  • 28% bayi menyusu dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 14% bayi menyusu dari kedua-dua belah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • 58% bayi menyusu sama ada dari sebelah payudara untuk setiap sesi penyusuan.
  • Kebanyakkan bayi bangun malam untuk menyusu sehingga 6 bulan.
  • Purata jumlah sesi penyusuan dalam sehari adalah 6-18 kali.
  • Jumlah susu yang diminum untuk setiap sesi penyusuan adalah dalam lingkungan 30-135 ml (1-4.6 oz)
  • Ibu yang menyusukan secara esklusif menghasilkan susu antara 500-1350 ml (17 oz – 44 oz sehari)
  • Pengambilan susu harian bayi yang menyusu susu ibu tidak berubah dan stablil dari 1 hingga 6 bulan
Bila dah dpt info macamni barulah lega dan terasa bersemangat balik nak mengepam. Tapi kena amik gak supplement untuk tambah susu badan dan beri tenaga sbb menyusukan baby mmg penat. Selepas mencuba supplement ni dlm 2 minggu hasilnya amat memuaskan bila sekali pam dapat dlm 5 oz untuk sebelah B je. Cadangnya nak beli double pump ar nanti supaya boleh jimat masa dan lebih produktif.Hehe.. supplement tu ialah Shaklee Trial Pack.. Terima kasih kepada Dilla Jalil @ mamaqaireen.blogspot.com sbb sudi bg info tntg shaklee sbg milk booster ni.. 

Vita-C, Vitalea,Alfalfa Complex dan B-Complex



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...