Wednesday 7 September 2011

Breastfeed Pun Boleh Kembung Perut???




Ubat Colic yg Pead Dr. Chum beri

              2 hari sebelum raya Iman menangis tak benti mlm tu dr pukul 11pm sampai pukul 2am. Kebetulan pulak Papa shift malam sampai pagi dan mama tinggallah terkulat2 melayan Iman yg menangis tak benti. Mama memang ingatkan Iman batuk berkahak dan sakit tekak sebab bila disuakan susu memang Iman menolak2 sampai ilang suara nangis. Terpaksa mama call papa suh balik pukul 3am tu jugak. Bila papa balik Iman dah reda plak itupun lps dah diurut dan sapu minyak. Esoknya nk balik pontian mama dah xde mood langsung mengenangkan Iman yg masih nangis lg so decide gi Klinik Pakar Kanak2 dan jumpe dgn Pead Dr. Chum petang tu jugak.
              Rupenya Dr. Chum kata Iman kembung perut. Dia just ketuk2 perut Iman dah tau sebabnya. Hehe nampk mama ni takde pengalaman smpai baby kembung pun tak tau. Takpe belajar dr pengalaman kan...Sebabnya mama memang tak sangka Bfeed pun bley kembung. Puncanya mama tak tau mungkin sbb mama mkn yong taufu mase teman papa berbuka semalamnya kot...atau kesan sehari sebelum tu mama ajar iman minum stok EBM guna botol dan susu tu yg sejuk sgt ke..So biasela kita belajar dr yg berpengalaman ye....(rujukan dari Blog Diyaluna dan SusuIbu)

Untuk elakkan baby yang bfeed kembung perut kita mesti amalkan dan elakkan beberapa perkara:

1. Susukan baby di sebelah breast sehingga well drained sebelum bertukar ke breast sebelah lagi (sekiranya dia mahu)
    Supaya baby mendapat foremilk (susu yg cair) dan hindmilk(susu yg pekat). Kalau kita kerap switch breast baby akan minum lebih foremilk yg cair menyebabkan dia muak dan muntah, menangis, angin (gas), kerap kentut, najis yg cair atau warna hijau. Ini disebabkan juga perut baby yg minum byk sgt foremilk akan menyebabkan ia berkumpul di usus dan tak dpt diuraikan sepenuhnya oleh enzim. Ibu juga hendaklah susukan baby tanpa ikut jadual 1-2 jam skali supaya gas tak berkumpul di perut baby disebabkan dia lapar. So untuk dptkan foremilk dan hindmilk yg balance susukan baby hingga dia tido dan melepaskan nipple sendiri di breast sebelah dan hanya switch jika baby mahu. Kalau baby dah taknak pam susu tu sehingga breast kosong. Huhu..tulis memang senang nak buat kenalah buangkan sifat malas tu ye...hehe...

2. Berhati2 dengan pemakanan anda
       Ini yg mcm susah nak dibuat tapi memang perlukan pengorbanan bila dah decide nk Bfeed ni. Apa yang ibu makan akan disalurkan kpd baby mereka. Sebenarnya Dairy product seperti cow’s milk yang di ambil oleh ibu adalah ‘penyumbang’ besar kepada masalah colic pada baby. Sistem penghadaman bayi yang belum matang kadangkala mengakibatkan mereka tidak dapat memproses protein di dalam susu lembu seterusnya menghasilkan gas di dalam usus. (Anda tidak perlu minum susu untuk menghasilkan susu). Antara makanan lain yang boleh menyumbang kpd "angin satu bdn"..hehe:

  • Dairy product (cow’s milk, dadih,yogurt, icecream)
  • Bawang merah
  • Coklat
  • Kekacang seperti kacang tanah, taugeh, kacang hijau
  • Citrus fruit
  • Jagung
  • Gandum
  • Tomato
  • Strawberry
  • Artificial sweeteners
  • Minuman berkafein
  • Brokoli
  • Kobis dan bunga kobis
  • Sesetengah jenis pisang
Tapi bergantung juga kpd individu yg ptg kita kena alert kalau 4 jam selepas kita mkn sesuatu dan rase perut kita bergas atau angin so next time jgn mkn lagi atau kurangkan pengambilan mknan tersebut ya...


3. Urut baby anda
        Bukan orang dewasa je suka diurut tau..baby pun macamtu jugak. Klau baby kembung perut biasanya dia akan menendang2 dan lututnya dibengkokkan mcm menahan sesuatu of course la thn sakit perut kan...perutnya pun keras semacam. So ape yg boleh kita wat ialah tiarapkan badan dan perut dia di atas lutut kita dan urut bhgn belakang dan keting dia dgn minyak yuyi atau minyak telon. elok gak kalau amik tuala dan seterika kasi panas sedikit dan tuam pd perut baby. Lepas tu..dia akan terkentut2 sambil tersenyum...huhu..chumelnya...Cara ni bukan saja tunggu baby kembung baru wat..tp tiap2 ari sapu minyak yuyi pd kaki, perut dan pelipat2 dia spya tak mudah sejuk n masuk angin dan sesekali bley tuam  perut dia gak.


4. Elakkan risiko angin masuk ke dlm perut baby.
         Gelembung udara (angin) boleh masuk kedalam perut baby anda melalui botol susu yang digunakannya. Gunakan botol anti colic seperti Botol MAM. Apabila angin terperangkap dalam perut si kecil, perut menyangkakan ianya adalah makanan lalu merembeskan asid utk mencernakannya walaupun sebenarnya tiada apa2 dan acid ini boleh menyebabkan kesakitan dan rasa tidak selesa. Yang ini mama memang dah prepare awal2 bg stok EBM guna botol MAM. Nape la dulu2 zaman kita takde botol mcmni. Ia memang dah design untuk anti colic dimana ia mengelakkan gelembung udara mase baby menghisap.Tapi Iman still kembung gak..hehe..so lpsni mamanya kena jaga makan ye...



MAM Anti- Colic Bottle



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...