Saturday, 24 December 2011

Kenapa Baby TIDAK Boleh Makan Sebelum 6 bulan?

     
Tengok mama..sy dah boleh panjat so bolehkan mamam..


            Bulan depan Iman dah masuk 6 bulan. Tertanya2 jugak aku agak2 Iman dah sedia belum untuk diberi solid food? Mungkin isu ni agak sensitif untuk ibu2 lain sebab kebnyakan ibu yg aku tanya dah mula bagi anak mereka solid food atau susu dicampur nestum cair seawal umur 4 bulan atau ada yg kurang dari umur tu. Sebab yg paling utama ialah baby tak cukup susu dan kelihatan lapar. Entry ni bukan untuk menyalahkan ibu2 ni sbb aku pun kadang2 tergerak nk bagi Iman makan sbb nmpk dia lapar (terutama bila nmpak aku makan sampai keluar air liur) dan kesian kdg2 bila dia nak susu je. Ibu mana yg sampai hati kan?kalau boleh biar kita berlapar asalkan anak dapat makan? betultak?? tu sbb kdg2 aku balik keje walaupun penat mengharung jammed perkara pertama aku buat ialah susukan Iman sampai dia kenyang. Lepas tu baru aku uruskan benda2 lain. So untuk ibu2 diluar sana yg ada baby di bawah umur 6 bulan silalah kongsi info ni. Tak salah kita timba ilmu dan amalkan untuk kesihatan jangka masa panjang anak kita. Kadang2 pandangan orang tua dan kawan2 memang penting tapi kesannya nnti kita juga yg menanggung kan? So, berpeganglah pada prinsip anda sendiri. Info ni aku ambil dari http://www.mohdramli.com/kenapa-bayi-tidak-boleh-diberi-makan-sebelum-6-bulan/#ixzz1hV2LwUmQ. Selain daripada itu aku pun dah selidik dari sumber2 rujukan lain , memang baby TIDAK boleh diberi makan sebelum usia 6 bulan. SO, Iman sabar yeee...Jom tengok ape logiknya:

Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.
WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.
Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:
  • Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
  • Anggapan bahawa bayi lapar.
  • Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
  • Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.
Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali.

1. Sistem penghadaman yang belum matang

Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses pencernaan pertama.


Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu adalah berbeza).
Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai untuknya?

2. Masalah kesihatan jangka masa panjang

Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat, menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing manis, buah pinggang dan sebagainya?
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.
Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?


3. Masalah dalam penyusuan

Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2 tahun.
Sayangilah masa depan anaka-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga kesihatannya.
Source : http://mysuperkids.net


Tanda- tanda baby sudah bersedia diberi solid foods ialah:

1. Baby sudah boleh DUDUK - Tidak kiralah sama ada baby itu sudah duduk sendiri ataupun sudah stabil apabila didudukkan. Ini kerana esofagus berada dekat dengan tulang baby..so kalau baby duduk maknanya makanan akan masuk dengan selamat ke dalam perut mereka. Dinasihatkan juga ibu2 jangan beri solid food dgn cara baring. Bahaya!! sebab takut tersedak susu. 

2. Baby dah boleh MENGGELENGKAN KEPALA - Apabila baby dah mampuuntuk menggelengkan kepala maka baby sudah boleh untuk mencuba dan menghabiskan saki baki makanan di dalam mulutnya sebelum kita menyuapkan lagi makanan. Malah dengan menggelengkan kepala, mereka akan memberi tanda bahawa mereka tidak mahu makan atau sudah kenyang.

Kesimpulannya selepas umur 6 bulan, susu ibu bukan lagi makanan utama dan baby perlu diperkenalkan dgn mknn pejal (bukan makanan pelengkap) yg bertujuan mengajar baby merasai pelbagai tekstur dan rasa. Namun, kalau baby menolak, just sabar dan jgn memaksa baby utk makan sebab mungkin baby belum betul bersedia

P/S:
Kalau boleh jangan lah beri baby kita makanan di dalam botol atau tin ye..sebab makanan tersebut mempunyai bahan pengawet. 
Yang paling penting..beri mereka makanan semulajadi, tanpa bahan perisa. 
Beras perang juga amat bagus untuk baby.


1 comment:

  1. tq.info yg amt bguna.my bb da 4 bulan..da bole duduk dgn stbil apbila didudukan,tp x bole duduk sndri lg..mengeleng2kn kapale pun da bole bila die da xnk bf..cmane tu?? Die seolah2 da pndai nk sesuatu dlm mulut dan mengunyah2,tambhan ble tgk org makn

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...