Friday 16 December 2011

Makin Kurus La...



Iman pun kurus jugak..
Sape baca entry ni sila jgn muntah ijau ye.. Hehe. Ni sesi bukan untuk ngampu diri sendri tp kenyataan der...Terima kasih atas bantuan dua hero mama yg support mama fully breastfeed ye..sape lagi papa n Iman laa..Masa sebelum kawin berat 50kg, selepas kawin 53kg, mase pregnant 68kg dan KINI beratku cuma 52kg. Alhamdulillah..yg penting sihatkan..Tapi ada part2 tertentu yg belum kembali ke tempat yg asal..iaitu..P.E.R.U.T...biasalah kan org x rajin nk berbengkung. Rase mcm nak pakai bengkung semula ar pasni. (Hangat2 taik ayam kah???). Tapi terbaca plak cara2 nak kekal langsing selepas bersalin dan petua nak kempiskan perut secara alami. Ade gak petua2 kecantikan diri yg lain khas untuk wanita lps melahirkan anak.  Jomlah klau nak cuba:

Rawatan perut kendur

 Ambil sebiji limau nipis perah airnya pada piring, setelah itu ambil sedikit kapur sirih, gaulkan dgn limau nipis tersebut. Ketika hendak tidur anda sapukan bhn td pd perut anda. Lakukan 44 hari berturut2, perut akan kelihatan licin dan tidak berkedut2.

Mengempiskan perut.

  • Ambil beberapa helai daun jambu batu, halia sebesar ibu jari dan sedikit kapur sirih..Daun jambu batu ditumbuk halus bersama halia setelah itu bubuh sedikit air dan campurkan kapur sirih, gaul rata ramuan td. Kemudian sapukan pd perut dan biarkan kering. Amalkan petua ini setiap malam untuk hasil yg memuaskan. 
  • Ambil lada hitam kira2 2 setengah genggam kemudian ditumbuk halus, dicampur dgn sebiji ragi tapai, digaul bersama cuka bercampur air asam jawa. Ramuan ini disapu pd perut sebelum pemakaian bengkung.Seelok2nya pada waktu pagi setelah bertungku.
  • Ambil 5cm halia bara (halia cina), 10 biji lada hitam dan 30 ekor ikan bilis. Tumbuk semua sampai lumat dan perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas pagi dan malam, setiap hari sewaktu dlm pantang

Mengekalkan bentuk badan langsing selepas bersalin.

  • Berbengkung sehingga 44 hari untuk langsing, menjaga peranakan supaya tidak jatuh dan elakkan sakit pinggang.
  • Bertungku-Lakukan setiap hari selama satu atau 2 minggu. Tujuan untuk mengecutkan perut dan menghancurkan darah beku
  • Menyusu badan -Bermurah hati dan ikhlas memberi bayi susu bdn anda selama 2 tahun sebaik-baiknya agar bentuk bdb tak berubah.
  • Senaman untuk kempiskan perut:
A. Knee Circle


1. Baringkan diri anda dan pastikan punggung rata di atas lantai.
2. Letakkan kedua tangan di sisi tubuh sebaris dengan lantai.
3. Secara perlahan-lahan, angkat kedua belah kaki anda sehingga lutut berada di atas perut.





Pada posisi ini, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

4. Kemudian, gerakkan lutut anda ke arah kanan sehingga ke posisi sekitar 45 darjah.
5. Pastikan keadaan perut dan bahagian atas tubuh anda tetap menghadap ke atas.





Pada posisi ini juga, cuba anda tahan dalam kiraan 5.

6. Seterusnya, luruskan semula lutut dan kaki anda ke lantai.

Ulangilah senaman ini sebanyak 10-15 kali dan buat dalam 2 set. Selepas habis 2 set, tukar pula posisi ke sebelah kiri untuk langkah no.4.
Bagi posisi kanan, buat juga dalam 2 set. Di mana setiap satu set mengandungi 10-15 kali ulangan pergerakan.


B. Side Chop

1. Memula, anda berdiri tegak dan buka sedikit kedua-dua belah kaki.
2. Pegang dumbell atau "medicine ball" seberat 2 atau 3 kg.
3. Turunkan badan anda kira-kira separuh bongkok.
4. Kemudian tarik kedua-dua tangan anda menghala ke sebelah kiri bahagian bawah badan.







Pastikan ketika tangan berada di sisi badan, lutut anda tetap menghala ke arah depan.


5. Kemudian, bawakan tangan anda menghala ke atas sebelah kanan secara perlahan-lahan.
Ulangi senaman ini sebanyak 2 set di mana 10-15 kali ulangan pergerakan untuk setiap set.

Selepas itu, ulang semula langkah di atas tetapi tukarkan pada arah yang berlainan; iaitu pada langkah no.4 dan no.5 ya.

C. Back Extension


1. Memula, anda perlu berlutut dengan kedua lutut dan tapak tangan mencecah lantai.

2. Pastikan bahagian kepala hingga punggung anda dalam keadaan lurus.

3. Kemudian, secara perlahan-lahan angkatkan tangan kiri anda ke atas. Pada masa yang sama, angkat juga kaki kanan anda.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...