Thursday 15 December 2011

Iman At 5 Months....



Penatla saya belajar meniarap...



Nama saya Iman. Harini umur saya genap5 bulan. Hobi saya sekarang suka meniarap sambil hisap jari dan lengan. Favorite drink saya ialah susu mama saya. Tiap2 pagi mama saya bawak sy jalan2. Tp selalunya dekat je..pastu mak sy cium dahi sy dan tingglkan sy kat makcik tu dan naik keta tak  tau pegi mane?tp sy tak kisah sbb  mak saya selalu tinggalkan fresh milk 5 botol untuk sy minum. Makcik pun slalu main2 ngan sy smbil pujuk sy minum susu pakai botol.huhu saya tak suka botol...Bila mak sy ambil selalu hari dah gelap dan sy pun dh ngantuk. Tp sy tetap suka main2 dengan mama n papa bila sampai rumah. Tapi biasanya tak lama sy ngantuk dan mau mama saya saja layan saya. Time ni la sy dpt susu sambil baring2 dan tunjuk skill terbaru saya.. ooo bestnya klau mama ngan papa ada selalu kat sebelah sy kan....hehe..
Mungkin ini dialog Iman klau dia bley ckp kan...rasa mcm bersalah plak pagi2 dah anta iman gi BS pastu dah maghrib baru amik. Nak wat camne nak mama nak keje cari rezeki kan.. Klau papa balik cpt bley ar amik awal sket tapi pukul 6.30 gak sbb takut iman nak susu plak.Klau dah kat rumah sendiri maunya iman nak botol kan...pandai anak mama ni...OK Iman mama doakan Iman jadi anak yg soleh, sihat dan cepat belajar k. Terperanjat jugak haritu Iman dah maju ke depan (menyelar) tapi tupun sbb nk susu kan...takpe cuba lagi k...


Jom tengok perkembangan Iman n kawan2 Iman yang lain.



Duduk dengan sendiri

Pada waktu ini, perkembangan fizikal bayi anda meningkat semakin cepat dan pantas. Jika di ditiarapkan dia dengan mukanya memandangkan ke bawah, dia akan meregangkan tangan dan kakinya dan melengkungkan bahagian belakangnya, dan sekiranya bayi anda terlentang memandang ke atas, dia akan mengangkat kepala dan bahunya. Dia juga mungkin akan duduk seketika tanpa bantuan -- namun anda haruslah berada berdekatan untuk menyediakan sokongan dan mengelilingi bayi anda dengan bantal untuk menahannya jika terjatuh. Galakkan bayi anda bermain sambil meniarap: ini akan memaksanya mengangkat kepala dan dada untuk melihat alat mainan atau wajah anda, dan akan membantu untuk menguatkan otot lehernya dan meningkatkan kawalan kepala yang penting untuk membolehkan dia duduk dengan sendiri. Jika anda mengampu bayi anda dengan meletakkan tangan di bawah ketiaknya sambil membiarkannya mengimbangi kakinya atas peha anda, dia akan melompat ke atas dan ke bawah. Masa ini bayi anda dengan senangnya boleh juga membawa objek ke mulutnya untuk di periksa dengan menggunakan mulutnya.

Ini Iman belum boleh buat tapi mama akan sentiasa suh iman meniarap. Jangan asik nak dukung je k..

Mengulangi bunyi yang disukainya 

 

Bayi anda sedang menambah bunyi-bunyi baru ke dalam himpunan bahasanya, dan mungkin kegemarannya pada masa ini ialah meniup air liur berbentuk seperti raspberi, iaitu berbuih-buih. Pada usia ini, adalah merupakan tabiat biasa jika bayi-bayi mudah terpesona dengan salah satu kebolehan barunya yang mana mereka akan mengulanginya untuk masa yang agak panjang. Ini adalah proses perkembangan yang normal. Kebanyakan bayi akan memahirkan diri dengan sesuatu kebolehan terlebih dahulu sebelum beralih kepada kebolehan yang lebih susah. Oleh itu, mendengar bunyi yang sama yang diulang beberapa kali oleh bayi anda boleh membuatkan anda rasa tak sabar, tetapi eloklah jika anda bersabar buat masa ini sebab fasa ini akan menyediakan anda untuk menghadapi fasa di mana perkataan “tidak” dan “kenapa” akan disebutkan bertalu-talu apabila bayi anda sudah boleh berjalan.

Ini Iman selalu buat. Buat buih2 kat mulut pastu habis basah baju. Klau mama ngan papa berbual suka tengok je mcm nak pahamkan apa yg kitorang ckp. Takut sgt mama ngan papa ngumpat pasal Iman.

Cukup kuat untuk makan sendiri

Walaupun bayi anda mungkin berupaya untuk memegang botol susu sendiri, jangan dudukkan bayi anda dan membiarkannya makan sendiri. Bayi anda akan berupaya duduk sendiri dengan lebih baik dan menggenggam objek kecil hanya selepas usia enam bulan. Pada bulan ini, anda perlu terus menggunakan waktu makan untuk mendakap, memegang dan memanjakan bayi anda – tidak lama lagi bayi anda akan menjadi sangat berdikari dan akan mengelak ciuman dan dakapan anda. Bayi anda mungkin telah menunjukkan tanda-tanda yang dia sudah bersedia untuk makanan pejal -- jika dilihat pengurangan refleks menjelir lidah secara automatik dan peningkatan minat terhadap makanan yang sedang dimakan oleh anda dan orang lain. Walau bagaimanapun, hanya susu ibu atau susu formula yang diperlukannya sehingga dia berusia enam bulan.

Mane Iman??tu dia tgh tgk ayam Kenny Rogers dgn penuh minat..

Iman dah ready ke nak makan?hehe mcm kecik lagi ar nak kasi makan. Biarla Iman minum susu Mama puas2 k sayang. Bulan dpn kita blaja makan.

Belajar mengenai sebab dan akibat

Kebolehan bayi anda untuk berinteraksi dengan anda, orang lain dan persekitarannya meningkat setiap hari. Pada peringkat ini bayi anda mungkin akan mula bermain-main sebab dia telah mula memahami bahawa tindakan-tindakan kecilnya akan membawa kepada hasil tertentu. Dia mungkin akan menjatuhkan objek hanya untuk melihat anda mengutip objek tersebut atau untuk melihat bagaimana dan di mana objek itu jatuh. Walaupun ini terasa amat memenatkan, namun begitu, lebih baik anda cuba membiasakan diri dengan tabiat ini. Dalam masa beberapa minggu nanti, tindakan bayi tersebut akan dituruti dengan gelak ketawanya yang amat meriah.

Mampu melihat objek kecil dan perbezaan warna lembut

Bayi anda semakin mahir dalam mengesan objek yang sangat kecil dan menjejaki benda-benda bergerak. Pada peringkat ini, bayi anda mungkin boleh mengenali objek selepas melihat hanya sebahagian daripada objek tersebut – justeru membina asas untuk permainan sorok-sorok yang akan anda mainkan dengannya pada bulan-bulan berikutnya.

Sebelum ini bayi anda sudah belajar membezakan antara warna-warna terang yang sama. Sekarang dia akan mula dapat mengasingkan perbezaan-perbezaan yang kurang ketara antara warna-warna lembut.

Mempertajamkan deria terhadap bunyi

Bayi anda sekarang sudah sedar dari mana datangnya bunyi dan dia akan terus berpusing ke arah bunyi baru. Salah satu cara paling menarik untuk menarik perhatian bayi anda adalah dengan menggoyangkan satu set kunci. Peranggu angin juga adalah penarik perhatian yang bagus. Sekarang, bayi anda mungkin akan memerhatikan mulut anda dengan rapi apabila anda sedang bercakap, dan cuba untuk meniru pengubahan (fleksi) dalam nada suara dan mengungkap bunyi-bunyi konsonan seperti “m” dan “b”. Bayi berusia lima bulan sudah boleh mengenali bunyi nama mereka sendiri. Perhatikan bagaimana anak kecil anda memusingkan kepalanya bila anda memanggilnya atau bercakap mengenainya dengan orang lain.

 Klau mama ngan papa berbual suka tengok je mcm nak pahamkan apa yg kitorang ckp. Takut sgt mama ngan papa ngumpat pasal Iman ye. Kadang2 Klau jerit iman boleh panggil mak.

Mudah mengalihkan perhatian

Apabila bayi anda mula meragam di pasaraya pada bulan ini, anda mungkin boleh mengalihkan perhatiannya hanya untuk sekejap masa. Cuba melekakannya dengan membuat muka-muka yang lucu atau menyanyikan lagu dan bermain tangan. Menepuk tangan anda atau memberikan dia sesuatu untuk dipegang juga boleh mengalihkan perhatiannya.

Iman sekarang dah kenal orang. Kalau muka orang yg dia x kenal biasanya payah sket dia nk senyum. Dia akan tengok muka org tu ngan mata bulat tak berkelip. Pastu kalau x suka..nangisleee..huhu.Tapi klau ngan atuk & nenek boleh gelak2 besar lg.

Perkembangan pelbagai emosi 

Nak buat lawak ar tu...
Bayi tidak boleh menzahirkan perasaan mereka secara kompleks seperti orang dewasa. Walaupun mereka dapat memberitahu anda bila waktu mereka marah, bosan atau gembira, mereka tidak boleh meluahkan rasa kasih sayang ataupun berjenaka pada beberapa bulan pertama, tetapi perkara ini akan mula berubah. Setelah berumur lima bulan, bayi anda akan menunjukkan ikatan yang kuat dengan anda dengan menghulurkan tangannya apabila dia mahu didukung dan menangis apabila anda meninggalkan bilik. Bayi anda juga mungkin akan mula memeluk dan mencium anda. Dan dia juga mungkin akan mula memahami lawak jenaka – dia akan ketawa pada mimik muka yang kelakar dan akan cuba membuat anda ketawa juga.

Bagi kebanyakan ibu bapa, di sinilah keseronokan bermula. Anda akan mendapati diri anda kembali dan menyertai dunia bayi semula apabila anda membuat muka-muka mengarut dan bunyi-bunyian yang ganjil, serta bermain pantomim dan membuat mimik muka.





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...