Thursday 22 December 2011

Roti Naik & Serikaya & Serawa Durian



Roti Naik, Serikaya dan Serawa Durian.
                

              Oleh kerana brg2 keperluan nk buat kek belum lengkap, saya mencuba resepi lain yg agak mudah tapi kena exercise sket terutama semasa menguli doh. Tapi kalau korang nak tau sabda Rasulullah S.A.W "Sesungguhnya setiap wanita yang menguli tepung gandum dgn Bismillah Alllah akan berkatkan rezekinya" dan sabdanya lagi "Wahai Fatimah, untuk setiap wanita yang mengeluarkan peluh ketika membuat roti, Allah akan membuatkan 7 parit diantara dirinya dan api neraka, jarak antara parit itu adalah seperti langit dan bumi." So semangat tak nak wat roti? Hehe .Resepi amik dari blog http://www.jintanmanis.com/roti/30-rotinaik (Terima kasih ye sudi share). Tapi saya ubah sedikit dgn gunakan bahan-bahan yang sedia ada di dapur. Untuk tambahan sy buat 2 jenis kaya..serikaya dan serawa durian.

Roti Naik

BAHAN-BAHANNYA 

500 g tepung gandum (lebih sedap guna tepung hongkong)
250 ml air
50 g susu tepung (sy ganti 1 cawan susu cair)
3/4 camca teh bread improver (sy guna shortening)
180 g gula perang (brown sugar) ( sy guna 3 sudu besar gula)
100 g mentega ( sy guna 2 sudu besar butter)
11 g yeast segera ( sy guna satu packet mauripan)
1 camca teh esen vanilla
Beberapa titik pewarna kuning

Cara-Caranya

1. Satukan semua bahan2 di atas dalam satu bekas besar, kecuali mentega. Uli hingga menjadi doh, masukkan mentega sedikit demi sedikit sambil terus menguli hingga menjadi doh yang kenyal. Bulat2 kan doh dan biar 45 minit atau naik. Petua mak saya : uli doh hingga tidak melekat di tangan. Tabur tepung sedikit jika ia melekat.

2. Tumbuk doh untuk membuang udara, bahagikan kepada 6 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit mentega. Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar kan 20 minit atau hingga naik. Saya sapukan kuning telur pada permukaan doh.


Lihatla betapa cute satu2nya loyang yg sy ada..hehe


3. Bakar dalam oven pada suhu 180C selama  20 minit. Sapu mentega pada permukaan roti sejurus dikeluarkan dari oven. Sejukkan sepenuhnya sebelum dihidang.

Serikaya

Bahan-Bahan
1 cawan gula + 1 cawan air - buat gula hangus dan sejukkan
1 cawan gula + 3 biji telur - dipukul sehingga sebati
1 ½ cawan santan
2 sudu makan tepung jagung- dibancuh dgn sedikit air
Cara
1. Masukkan adunan telur yg dipukul dgn gula ke dalam periuk. Masukkan santan dan tepung jagung. Kacau sentiasa, guna api sederhana.
2. Kalau nak wangi, bubuh 2 helai daun pandan... disimpulkan.
3. Masukkan gula hangus, kacau hingga pekat/mendidih.(lbh kurang 20 minit)
4. Akhir sekali masukkan sedikit pewarna hijau, masak lagi lebih kurang 5 minit.


 Serawa Durian 

5 ulas durian.
Santan dari 1/2 biji kelapa
seketul gula melaka
1 gelas air
Sehelai daun pandan
 

Cara

  1. Masak gula melaka dgn  segelas air.
  2. Masak santan dgn daun pandan sehingga mendidih,tuangkan air gula melaka dan kacau rata.
  3. Masukkan durian,kacau shingga pekat sedikit dan tutup api. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...