Friday 23 December 2011

Ayam Panggang Homemade Ala2 En Kenny







Ayam Golek, Salad dan Garlic Mashed Potato



Owh..tak sabo nak mkn..tp kena snap pic dulu..



Terima kasih ye Pn Hernee atas resepi yg ditempel di blog tu, dapat jugak merasa ayam panggang home made ni. Ini adalah percubaan pertama dgn menggunakan oven baru. Hehe...Memang menjadi dan abah Iman pun cakap sedappp..Sebenarnya dah 2 kali dah buat baru entry ni sempat ditulis. Bahan2 sgt limited so sy menggunakan ape yg ade di dapur je. Untuk dessert mmg tak sempat nk wat sbb terpaksa masak sambil berlari ke depan tgk iman watpe. Bila Iman nak susu terpaksalah stop semua kerja. So, dgn bhn2 dan masa yg very limited berjaya juga akhirnya..Ok, ni resepi ayam yang saya follow dari blog Hernee

P/S : Ada tambahan bahan2 lain mengikut kesesuaian dan bhn2 yg saya ada.

Ayam Panggang
Bahan-bahan:
  • 1 ekor ayam (bersihkan dan tidak perlu dipotong kecil)
  • Bahan-2 untuk make up ayam :
  • 3 biji bawang besar
  • 4 biji bawang putih
  • 1 inci halia
  • 2 atau 3 sudu besar sos lada hitam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 ketul kiub ayam Knorr
  • 2 sudu besar gula pasir
  • 2 sudu besar herba campuran (oregano dan rosemary) sy guna jintan, ketumbar yg telah disagai dan ditumbuk halus
  • 1 1/2 sudu teh garam halus
  • Sedikit air untuk mengisar kesemua bahan make-up.
  • Sedikit mentega
  • 2 biji lemon  (untuk perahan dan hiasan)              
Cara-cara:
  1. Campur kesemua bahan make-up dengan sedikit air dan kisar.
  2. Lumurkan keseluruhan bahan tadi diluar dan dalam ayam yang telah dibersihkan. Perahkan lemon.
  3. Perap selama 1 1/2 jam atau semalaman lg sedap.
  4. Sapu sedikit mentega keseluruhan ayam dan bakar/panggang. Bakar selama 1 1/2 jam atau sehingga ayam masak. Semasa membakar, selepas 1/2 jam pertama, sapukan ayam dengan minyak n campuran rempah yang menitis. Ini supaya ayam tidak terlalu kering.
  5. Hidangkan bersama kentang goreng, coleslaw dan kentang putar.(sy hidang dgn salad, mashed potato je)

Resepi untuk garlic mashed potato pun saya ambil kat blog Hernee
Bahan-bahan
  • 8-9 biji ubi kentang saiz besar (kalau guna Russet potatoes lebih gebu) - saya buat 5 biji je
  • Air yg cukup untuk merebus + 3 ulas bwg putih diketuk
  • 3 sudu besar butter
  • 2 sudu besar mayonaise
  • ½ cawan susu segar/ fresh cream (sy bancuh susu tepung je pekat2)
  • 1 sudu kecil black pepper
  • Bahan-bahan untuk gravy : (gravvy ni saya buat lebih untuk simbah kat badan si ayam tu )
  • 2 ulas bawang putih dicincang halus
  • 2 sudu kecil black pepper
  • 2 sudu besar Worcestershire sauce ( kite gune brand lea&perrin) – lupa beli, saya gantikan dengan sos tiram
  • 4 sudu besar kicap manis + 1 cawan air
  • 2 sudu besar tepung jagung + dgn sedikit air ( untuk memekatan gravy)
  • 1 sudu kecil stock ayam ( kalau buat steak/grilled chicken, guna airnya lg sedap)
  • sedikit minyak untuk menumis bawang putih - saya guna minyak zaitun.
Cara-cara
  1. Kupas kulit ubi kentang dan potong nipis2. Rebuskan dalam periuk – isi air cukup-cukup menutupi ubi dan campurkan sekali bwg putih yg diketuk. Tabur sedikit garam. Rebus hingga empuk dan tosskan air lebihan.
  2. Campurkan butter, mayonaise, susu segar dan black pepper kedalam ubi kentang yang telah direbus tadi dan lecekkannya.Kalau takde potato masher, gune electric mixer/ bontot botol sos pun boleh. Lepas dah hancur & smooth, siap lah mash potato tu.
  3. Untuk Gravy : Tumis bwg putih dan black pepper hingga wangi.(jgn sampai garing sgt..tak sedap)
  4. Masukkan semua bahan-bahan lain kecuali air tepung jagung. Masak hingga didih.
  5. Sambil kacau, tuang air tepung jagung sikit2 sampai gravy tu tak pekat, tak cair.( kalau suka pekat2, tambah lagi..ikut selera masing2)
  6. Untuk serve, tuangkan gravy atas mashed potato tadi dan ENJOY!
Resepi salad pula: (ini resepi sy sendri)
Bahan-bahan:
  • Sebotol mayonnaise saiz kecil
  • 10 biji baby tomato
  • 1 batang daun saleri
  • Capsicum warna hijau,merah dan kuning
  • Daun Salad
  • 1 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Minyak zaitun
Cara-cara: 
  1. Potong daun saleri dan capsicum nipis2. Campurkan daun salad dan baby tomato.
  2. Gaulkan dgn mayonnaise dan taburkan lada hitam.
  3. Titiskan sedikit minyak zaitun dan gaulkan semua bahan hingga mesra. 
Mane mak saya ni..masak tak abis2 lagi..

1 comment:

  1. wah dh mnjadi ye..hehehe..sdpkn..sbijik rase kenny rogers..so dh jimat dh x yah g pakcik kenny kecuali kemalasan nk msk mlnda.. hehehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...