Tuesday 5 July 2011

Klinik Kesihatan Sri Orkid


         Pagi tadi ade appointment dgn doktor pakar di Klinik Kesihatan Taman Sri Orkid. Kat sinilah tempat mama check up pregnancy setiap bulan. So arini difahamkan appointment mama yg last so papa anta mama seawal jam 7.50 am untuk daftar. Mase Papa turunkan mama kat parking nmpk mcm x ramai org je sbb pintu klinik masih tertutup dan hanya buka satu je di ruang pendaftaran. Mama pun masuklah dgn membawa buku merah n botol kecil untuk check weewee..hehe...Itu diaaaaa....bile masuk je tgk tempt duduk semua penuh dan mama dpt no ke 122.biar trueee........diorg ni berkhemah ke kat cni dr semalam?? So dgn perut yg lapo blum bfast mama pun menunggu giliran di bilik no 2 semata2 nk jumpe doktor pakar.siap kena bayar RM5 untuk kepakarannya

        Jam menunjukkan pukul 9.45 am..name mama baru dipanggil di bilik no 2 untuk pemeriksaan tekanan darah oleh misi. Berat badan dan air kencing dah mama prepare pagi2 lagi td. So nurse suh gi bilik 8 untuk periksa HB darah dan tunggu semula untuk jumpe doktor pakar di bilik 1. Hmm... pukul 10.22 a.m baru nombor 122 giliran Mama terpampang di screen so mama pun masuk jumpe doktor pakar lelaki rupenye. Menurut doktor mama takde masalh semuanya ok kecuali diabetes je kena kuarngkan ambil makanan waktu malam. so resultnye yg mama paham sket2:

BP (tekanan darah) : 100/60 mmHg
Hb (kecairan darah) : 11.0 gm%
Oedema : none
Pulse: 70 per minute
Weight : 68kg
Uterus : Palpable
Fundal Height: 38cm
Diagnosis: Diabetes mellitus in pregnancy, childbirth and the puerperium. (ni kate doktor ade diabetes tp bleh dikawal melalui makanan n x perlu insulin)

        Selepas jumpe doktor pergi ambil no lagi kat farmasi untuk ambil vitamin Asscorbic Acid (Vitamin C), Folic Acid, Ferrous Fumarate dan Vitamin B Complex. Lagi skali mama kena tunggu no giliran 1793, tapi mase tu no yg dipanggil baru 1752. huhu mama menunggu lagi dekat 11.10am baru dpt ubat. sampai2 terlentuk2 kat krusi di tgh2 org yag ramai,bau yg mcm2 dan baby yg menangis bersahut2an..huhu fobia rasenye nak pergi klinik mcmni.Sampai giliran mama boley nurse situ tanya mama nak ape mama nk mengamuk dengan muka yg x blur. Rupe2 nya doktor yg agak pakar tu tak link name mama ngan farmasi so diorg takde rekod mama nak uabt ape. nasib semuanya setel sebelum mama bertukar jd ijau bila nurse call doktor. hmm itulah dia keje gomen.

       Penantian dah berakhir???owh tidak..lg skali mama mengelek lg buku merah pegi bilik no 2 semula dan mama ditendang ke bilik 14 pulak untuk wat appointment. Di bilik 14 Mama tunggu lagi dekat 15 minit baru name dipanggil. So...doktor masih nk wat appointment lg mase tarikh due date mama 14 July ni untuk pemeriksaan dan bg surat refer kpd hospital besar untuk bersalin. Lepas dah dpt tarikh tu baru mama jumpe ngan papa kat luar. Sian papa muka dah x hensem dah dgn mate garfield setelah menunggu darpd pukul 7.50am sampai pukul 11.55am baru semuanya settle.Huhhh....sempuuutttttttttt...







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...