Sunday 3 July 2011

Cara Untuk Mengurangkan Kesakitan Sewaktu Bersalin


Bile tanya pengalaman sakitnya nak bersalin ni mmg byk sgt version yg mengelirukan dan kadang2 mengerikan. Sesetengah yang lain pula mengandaikan sakit senggugut cuma 1:10 sakit bersalin.Tp yg pasti setiap orang lain pengalamannya dan setiap anak yg dilahirkan pun berbeza tahap kesukarannya. Kesimpulannya sakit nak bersalin ni mmg akan dilalui setiap wanita yg nak bergelar Ibu cuma tempoh dan cara bersalin saja yg berbeza.Sebab itulah Allah janjikan mati syahid pd wanita yg berjuang untuk melahirkan anaknya sehingga ke penghujung nyawanya sendri. Petikan ni mama refer dr majalah Mami & Baby tentang rahsia untuk bersalin tanpa kesakitan. Tak tau la berkesan ke tak ye...
  • Sentiasa kekal sihat
          Wanita hamil yg dpt kekalkan bentuk bdn mereka lebih cenderung untuk kurangkan rase sakit bersalin. Sebabnya mereka lebih yakin dan tak terdedah pd ubat2an yg membahayakan kandungan. Contoh aktiviti2 yg baik untuk kekalkan stamina mase bersalin ialah berenang, berjalan, atau buat senaman pra natal.
  • Ikuti Kelas Bersalin
          Dapatkan ilmu2 dr kelas antenatal mengenai cara2 mengawal pernafasan semasa contraction, posisi betul untuk tidur, duduk dan berdiri ketika hamil,  cara untuk menenangkan diri supaya anda kurang risau dan sekaligus memudahkan proses kelahiran bayi anda.
  • Ganggu perhatian anda
          Bagi ibu yg pertama kali hamil, waktu bersalin yg aktif selalunya akan berakhir dlm purata 12 hingga 14 jam OMG lamanyeee...Oleh itu, apabila kontaksi bermula, anda akan merasainya pd bhgn bwh belakang atau jika bhgn bwh abdomen anda terasa kejang, bertenanglah.. boleh kee??..Jika anda kerap risau sejak dr awal lagi ditambah dgn kontraksi dan pernafasan yg terlalu kuat, anda akan cepat penat. Regangkan diri anda dgn berjalan, mandi atau ape sahaj yg boleh merehatkan anda.emm.. baca doa je byk2.
  • Makan dengan berhati2
          Anda boleh makan snek yg ringan pd peringkat awal bersalin semasa anda masih lg berada di rumah untuk keklkan tahp tenaga anda. Mak kate makan telur setengan masak 2 biji untuk tenaga. Harus elakkan makanan yg sukar dihadam kerana perut yg terlalu penuh menyebabkan loya dan muntah semasa peringkat aktif bersalin ke terberak??hehe.minum air siap2 mase di rumah lg untuk elak dari rasa nyahhidrat.
  • Lakukan urutan pada badan
          Satu kajian yg dijalankan wanita bersalin yg yg menerima urutan drpd pasangan mereka dilaporkan kurang rase sakit dan kegelisahan semasa lahirkan anak berbanding mereka yg tak mendapat urutan. Urutan yg lembut yee... Urutan yg bagus adalh di bahu dan leher dlm beberapa jam sebelum bersalin.
  • Jangan Berbaring
          Sentiasa duduk di sepanjang waktu bersalin boleh memberikan kebaikan graviti  kepada anda. Kepala bayi anda sedang menekan serviks anda untuk menolongnya untuk membesarkan pelvis.  Cara2 lain yg boleh buat berdiri, melutut atau bercangkung. Kak lin kate nurse selalu suruh baring mengiring je mase kontraksion mungkin takut baby terkeluar cepat sblum bukaan pelvis sepenuhnya.
  • Berfikiran terbukalah terhadap pengambilan ubat2an
           Kaedah epidural adalah salah satu teknik pembiusan sama ada untuk mengurangkan kesakitan (analgesia) atau untuk kegunaan semasa pembedahan (anestesia). Dalam kaedah ini, pesakit akan sedar dan teknik untuk membius ialah dengan memasukkan ubat bius setempat ke kawasan epidural pada bahagian tulang belakang.Ubat bius ini akan merebak dan akan menyekat saraf kesakitan daripada berfungsi. Kesannya rangsangan kesakitan tidak akan sampai ke otak untuk ditafsirkan sebagai kesakitan.kaedah pembiusan epidural diperkenalkan di mana ia adalah teknik yang paling berkesan dan selamat berbanding kaedah konvensional lain seperti suntikan ubat penahan sakit, gas entonox dan sebagainya Biasanya kesan-kesan sampingan  epidural mudah diatasi dan tidak berbahaya seperti terketar-ketar, mengantuk, sakit belakang, sakit kepala, loya (dapat dikurangkan dengan ubat penahan muntah) dan tekanan darah menurun (boleh dielakkan dengan pemberian cecair melalui infusi sebelum prosedur dimulakan dan diteruskan ketika penggunaan epidural).
  • Kerap bernafas
          Pernafasan yg bercorak juga bley menolong anda untuk fokus semasa kontraksi. Dengan menarik nafas secara perlahan diantara waktu kontraksi yg kuat blay menolong anda untuk berehat dan bertenang. Semasa bersalin, lakukan strategi ketenangan yg bley menolong anda pd setiap hari spt pernafasan yg panjang, memikirkan tntg tempat yg menarik, mendengar muzik atau baca lah doa memudahkan bersalin.

           Oleh itu, ingat walaupun terdapat halangan semasa bersalin dan kelahiran, setiap kelahiran akan berakhir juga. Ini menandakan kehidupan yg baru bg anda dan bayi anda. Ramai juga wanita dpt melaluinya so kenapa anda tidak bolehh???hehe ini ayat mama. Sebab itulah waktu bersalin yg sgt sukar akhirnya adelah sgt berbaloi bg anda. Mama harap lps dah bersalin dah x ingt dah sakitnya mcmna bile tgk muka Iman ..hehe





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...