Tuesday 5 July 2011

Jom Tengok Wayang.....


TRANSFORMERS 3 : DARK OF THE MOON
Rentetan drpd cite KL Gangster aritu yg rasenye dlam rating "bolehla tengok", Papa n Mama pun berkunjung lg ke U Mall untuk menyaksikan filem yg dah mencecah 1 Billion Pecah Panggung ni iaitu cerita Transformer 3 : Dark Of The Moon.

       Untuk sesapa yg mengharapkan jln cerita yg menarik, rasenye tak pyh tgkla sbb mungkin anda akan tertido semasa 20 minit penayangan bermula.papa kah itu???hehehe. Tetapi kalau nk tgk teknik CGI yg mantap dan kesan audio yg menggegarkan anak dlm kandungan memang anda tak kecewa ar. Tapi rasenya klau dah peminat transformers kan bley je trima aksi2 autobots yg tak logik seperti bley menangis, buat lawak dsb ade aku kesah??haha.


       Sinopsis  :
Autobots yang diketuai oleh Optimus Prime kembali menentang musuh utama, Decepticons. Selepas kekalahan Decepticons pada 2009 dalam Transformers 2 : Revenge of The Fallen, mereka datang sekali lagi untuk menuntut bela daripada Autobots.Dalam Transformers 3 ini, Autobots dan Decepticons terlibat dengan pergelutan di ruang angkasa yang sangat berbahaya melibatkan AS dan Rusia. Sekali lagi, khidmat Sam Witwicky dan kawan robot beliau diperlukan untuk menyelesaikan pergelutan tersebut.Terdapat beberapa karakter baru termasuk watak jahat dalam bentuk Shockwave. Karakter tersebut sudah lama digunakan dalam Transformers di mana ia merupakan pemimpin Cybertron apabila Autobots melawan Decepticons di angkasa.

        Kepada lelaki2 di luar sane yg menggemarkan Megan Fox rasenye anda tak kecewa dgn kemunculan
watak Carly (supermodel Rosie Huntington-Whiteley) yg same seksi dan sekadar penyeri majlis hehe. Klakarnya baju dia yg berwarna putih dgn skirt pendek tu tak terkoyak dan kotor pun walaupun dah terseret byk kali kat jln raye. Dan tambah klaka lagi satu-satunya sebab Optimus tak mati kat situ ialah kerana Carly telah berjaya mensaiko Megatron apekah hebat sangat awek ni???hehe. Lagi satu perkara tak berapa logik bile sebesar2 Decepticon iaitu Starscream boleh kalah di tangan Sam Witwicky dan Tentera US yg halus mcm semut. Biaselah tentera US mesti nk tunjuk dia hebat gak kan..


        Okeyla byk sgt komen pun tak gune. Tgk jela sendri ye...Mama kasi 3 dari 5 bintang je rating cite ni sbb ade kelemahan2 yg tak bley nk diterima sgt. lagi satu cite ni wat mama sakit perut sbb Iman asik mengeras je mungkin sbb bunyi kuat sgt kot..haha..kesimpulannya pompuan ngandung tak boleh jd pengulas filem kerana emosi baby anda mempengaruhi rating filem..hahahaha...
Penonton yg ke 1 billion...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...