Sunday 27 November 2011

Susu Kambing Bagus Ke?





Misi untuk pencarian susu kambing berjaya akhirnya melalui facebook http://www.facebook.com/powergoat keluaran AnaEdar. Sila "LIKE" fb diorang sebab jika bertuah dpt ar 2 sachet  free mcm mama dapat...hehe.



Selain itu mama ade beli susu kambing fresh Haji Nasir Goat Farm di Ulu Choh.Susu kambing fresh ni dibekalkan sampai kat Skudai.
HAJI NASIR GOAT FARM
pembekal susu kambing segar
pembekal kambing hidup untuk aqiqah dan korban
pembekal baaka kambing jenis seanaan
0197551270- nasir
lokasi- ulu choh
 Kenapa mama nak minum susu kambing?Setelah diamati byk rupanya khasiat susu ni..tambahan Iman plak jenis alah laktosa, so mama kena cari juga susu yg sesuai untuk keperluan mama salurkan ketika menyusukan Iman. Jom kita tengok ape bestnya susu kambing ni....layannn.....

SEJARAH SUSU KAMBING 

NABI ADAM
Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.


NABI IBRAHIM
Merupakan penternak kambing yang agong.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing- kambingnya.Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.


NABI ISA
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

NABI MUHAMMAD SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith)
Dipetik dari Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com.


Peristiwa Israk Mikraj
Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak , Madu dan Susu kambing. Baginda memilih susu kambing (“minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”).

Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa. Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.

Dinasti China
2,500 tahun dahulu puteri-puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing.

Hindu
Masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan:
-Meningkatkan Daya Ingatan
-Ketahanan Badan 

KELEBIHAN SUSU KAMBING

- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

KHASIAT SUSU KAMBING


Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja

Manfaat untuk Ibu Mengandung: Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana  ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. 

Manfaat Untuk Ibu Menyusu: Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu.

 Manfaat untuk Bayi dan Kanak2: Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.



 Kandungan potassium & calcium yg tinggi serta kandungan sodium yang rendah.
Dapat membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.



Mengandungi bahan riboflavin
Untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.



Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi
Dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).



Mengandungi faktor anti barah.
Kandungan mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.



Kandungan PH beralkali
Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.


Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda


2 comments:

  1. how the price for fresh goat milk dari Hj Nasir's Farm ? Camna in terms of kuantiti dia?

    ReplyDelete
  2. Salam asha, sy dah byk kali beli jugak tp untuk sendiri minum..mmg fresh tapi payah nk dpt bekalan kena order dari kawan. Untuk baby sy alhamdulillah dari umur setahun lebih smpai sekarang 2 tahun 6 bulan masih bfeed dan minum susu karihome(susu kambing dari new zealand). Nampak banyak perubahan dari segi kesihatan dan mental.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...