Sunday 20 November 2011

Nak Tido Dengan Mama....










Berita buruk untuk golongan lelaki yang bergelar Bapa...nasihat kontroversi ini adalah dari pakar kanak-kanak, dilaporkan bahawa bayi anda sepatutnya tidur di sisi ibu mereka sehingga berumur sekurang-kurangnya tiga tahun. Pakar mendakwa bayi yang berusia dua hari jika diletakkan di atas katil tidur sendirian mendapati bayi berkenaan kurang tidur berbanding bayi-bayi yang terlena di sisi ibu atau atas dada ibu.

Seperti yang dipetik sari Dailymail, pakar tersebut juga menyatakan bahawa jantung bayi berada di bawah tekanan sebanyak tiga kali ganda apabila bayi itu tidur di atas katil sendirian tanpa ibu di sisinya. Tidur berjauhan dikhuatiri menjadikannya lebih sukar untuk ibu dan bayi menjalin hubungan kasih sayang malah boleh merosakkan perkembangan otak, dan membawa kepada kelakuan buruk apabila bayi itu membesar. Dr Nils Bergman, University of Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur di atas dada ibu mereka untuk beberapa minggu pertama. Selepas itu, mereka harus tidur bersama ibu sehingga mereka berusia tiga atau empat tahun.


Iman skrang memang hari2 pun nk tido kat katil mama. Tujuannya senang nk ngempeng. Mama dah blajar cara nak menyusukan smbil baring. Tp memang tak selesa ar. Masalh tidur Iman masih tak selesai lagi. Memang susah nk tidur lagi2 klau musim panas. Takpelah asalkan Iman cukup tido waktu siang mama dah syukur dah.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...