Sunday 13 November 2011

Rahsia Senjakala......






Larangan anak2 keluar waktu senja......

Pernah tak dengar mak2 kita dulu marah klau time maghrib kita masih berkeliaran di luar rumah???Alasannya takut terpijak anak syaitan atau takut gangguan jin. Hehe.Betul ke tidak? Terbaca dalam Al-Islam keluaran November 2011 yang ade mengupas tentang tajuk ni. So aku tertarik gak nak kongsi bersama.

"Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Bila hari telah senja, laranglah anak2 keluar rumah kerana ketika itu syaitan berkeliaran. Satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka. Kuncilah pintu dan sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang terkunci (dengan nama Allah). Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua benjanamu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya dan padamkan lampu (ketika hendak tidur)"

Maknanya larangan ibubapa kita itu ade asasnya sebab kanak2 terutama yang belum mumaiyiz memiliki hati yg bersih drpd dosa dan tiada hijab. Keadaan itu memungkinkan mereka dpt melihat makhluk2 halus dan rasa tindakan makluk tersebut. Itula penyebab kdg2 ada bayi yang menangis tiba2 waktu senja atau tengah malam kerana diganggu oleh makluk2 ini.Kebolehan jin syaitan dan iblis memasuki tubuh manusia melalui salur darah juga telah diketahui oleh Rasulullah kerana sifat mereka yang halus dan boleh berubah mengikut keadaan. Oleh itu Rasulullah juga sarankan tutup makanan yg terdedah supaya makhluk2 halus ini yang berupa virus yang berbahaya tak masuk dlm makanan.

Kenapa syaitan memilih waktu senja?
               Antara tabiat syaitan ialah mereka suka berada di antara 2 situasi aiatu dua keadaan. Contohnya antara siang dan malam, antara teduh dan panas terik, antara sejuk dan panas dan antara hujan dan panas. Oleh itu Rasulullah ada melarang kita duduk di antara kwsn teduh dan kwsn yg disinari cahaya matahari dan juga ketika hujan panas. Syaitan juga suka duduk di antara seorg lelaki dan perempuan (yg bukan mahram). Lautan yg terletak di pertembungan dua arus juga menjadi pilihan syitan membina singgahsananya seperti di Segitiga Bermuda. Pergerakan syitan pd mlm hari adalah lebih hebat berbanding siang sbb kegelapan mlm memberi kekuatan kpd mereka. Selain drpd itu, wrna hitam juga mereka suka dan Rasulullah ada menyuruh untuk membunuh anjing hitam yg mempunyai titik putih di atas matanya kerana itu adalh syaitan.

Jangan tidur waktu senja..........
Disebabkan syaitan suka duduk diantara dua keadaan , maka tidur pd waktu senja adalah waktu yg paling mudah untuk dimasuki syaitan. kerana jasad dlm keadaan separuh sedar pd saat syiatn sdg berkeliaran. Ada ulama berpendapat, sekiranya tido 40 hari berturut2 boleh menyebabkan kegilaan. menurut Ibn Qaiyim tidur di siang hari ( matahari terbit) atau tidur di dia akhir siang hari (selepas asar) adalah waktu yg dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakan( muka kelihatan sembap dan tidak bercahaya), malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulakan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf, dan melemahkan syahwat. 

Keluar senja kena tutup kepala.....

Saranan org tua ini ade logiknya kerana para ulama bersepakat bahawa itak manusia antara sasaran utama syaitan kerana ia adalah pusat kawalan segala aktiviti anggota tubuh. Oleh itu. tutup kepala terutama ubun2 untuk mengelakkan syaitan masuk melaluinya dan meracuni pemikiran kita.
Jika Terpaksa keluar waktu senja....

Rasulullah telah meninggalkan amalan2 yg baik sebagai pendinding kpd diri kita dan boleh diamalkan jika ingin mengelakkan gangguan syaitan:
  • Membaca surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq beserta ayat Qursi.
  • Pastikan diri dlm keadaan berwuduk
  • Hati dan fikiran sentiasa berzikir mengingati Allh
  • Tidak keluar sendirian kecuali dgn muhrim
  • Menjauhi diri dr kwsn maksiat 
  • Menutup Aurat



 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...