Monday 21 November 2011

Harimau Muda Baham Garuda...





Setinggi-tinggi tahniah diucapkan khas buat pasukan Harimau Malaya Muda yang berjaya membaham pasukan garuda sekaligus membuktikan mereka layak bergelar gergasi asia. Kejayaan Indonesia menembusi gawang gol Malaysia di awal permainan iaitu pada minit ke 5, sedikit pun tidak menggugat perasaan pemain Malaysia malah menjadikan pasuan Malaysia lebih bersemangat untuk bermain.
Skuad Malaysia hampir dengan menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 35 hasil tandukan rendah yang dilakukan oleh Asraruddin. Beliau yang diletakkan oleh Ong Kim Swee di posisi yang berlainan dari kebiasaannya membuktikan beliau seorang pemain yang serba boleh.
Sehingga tamat masa permainan Malaysia terikat dengan Indonesia 1-1. Masa tambahan sebanyak 30 minit yang diberikan tetapi hampa kerana tiada jaringan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan.
Kemenangan menerusi sepakan penalti telah memberi kemenangan berturut-turut selama 2 tahun kepada pasukan Malaysia dalam Sukan Sea ini. 4-3 keputusan menerusi penalti menjadikan mata sebenar 5-4 dan kemenangan berpihak secara mutlak kepada pasukan Harimau Malaya!!
Nazmi Faiz bintang baru yang mula menyerlah di Sukan Sea ini dibawa turun  menggantikan Gurusamy yang turut menjadi pemain penting dalam sukan sea kali ini. Terlalu sukar untuk menentukan siapakah sebenarnya man of the match dalam sukan ini.
Pasukan Malaysia  terus dibawa pulang ke Malaysia selepas kerajaan bersetuju menempah penerbangan khas buat mereka supaya dapat merehatkan diri secukupnya sebelum bertemu Syria pada rabu akan datang.
p/s: semoga pasukan Malaysia akan berjaya dalam pertemuan bersama Syria Rabu akan datang ini.

Semalam Mama, papa n Iman sama2 tengok bola jugak dari awal sampai abes. Iman mulut riuh betul skarang ye... tengok aksi Iman main bola mainan betul2 mcm dah pro dah..hehe..semoga Iman nnti aktif main bola ye jgn duk dpn tv je tgk bola..hehehe...

ini mohd iman haikal aka wan zach haikal (player Harimau Muda)

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...