Thursday 27 October 2011

Bolehke Baby Diajar Membaca??



               

         Tengokla video tu..comelkan...Ini next target aku nk ajar Iman membaca seawal yg mungkin. Mustahilke??tak kot tapi kena spent time dgn baby kita setiap hari ajar dia membaca. Tapi aku taknak paksa pun, ikutla kemampuan dia takat mana cuma kalau kita tak cuba tak tau kan?Pedulila ape org nk ckp klau nmpak kita ajar baby yg berusia bwh setahun membaca. All mum wants the best for their children. So... ade aku kesah???hehe.
Aku tertarik bile terbaca website ni http://www.brillbaby.com.  Ramai org kate "you should let babies be babies". 
                Memang betul pendapat tu tapi dari awal kelahiran sehingga 3 tahun adelalah tempoh kritikal untuk perkembangan otak kanak2. Ini kerana neurologikal for intellectual berkembang pada otak dengan cepat berbanding sel lain dlm bdn baby dalam tempoh ini.Semasa bayi perkembangan otak bayi berkembang 25% dari otak org dewasa, pada umur setahun 50%, umur 2 tahun 75% dan umur 3 tahun 90% dan akan menurun semula apabila umur nya makin meningkat.
Sebenarnya baby seawal 3 bulan dah boleh diperkenalkan kepada bhn2 bacaan yang colourful dan menarik. Syaratnya, perkataan hendaklah  BESAR, TERANG DAN DIULANG2. So untuk baby berusia bwh setahun ade 4 stimulasi yang boleh dilakukan untuk perkembangn otaknya:

Baca yee..lps ni mama nak soal iman..hehe

Auditory Stimulation
  • Mainkan Musik. Boleh juga minkan CD berbahasa asing seperti English dari mase ke semasa Baby akan mendengar dan menyimpan bahasa tersebut dlm ingtannya. Oleh itu mereka akan berlatih mendengar dgn tepat,dan menyebut perkataan tersebut bile pandai bercakap.

  • Bercakap dan menyanyi sebanyak mungkin dgn baby anda. Apabila bercakap, tanya soalan dan biarkan baby bercakap.
  • Bacakan baby buku sebnyak yg mungkin dan pointing pada setipa perkataan yg dibaca.
Visual Stimulation
  • Gunakan Flash cards dgn warna kontra seperti hitam dan putih.Biarkan mata baby melihat pattern2 yg  berlainan dlm setiap kad.. Click here to download free infant stimulation cards.

  • Hiaskan persekitaran anak dgn gmbar yg boleh merangsang perkembangan otaknya. 
Tactical Stimulation
  • Selalu urut badan baby anda.

  • Beri peluang baby merasa tekstur yg berbeza seperti kasar dan licin, lembut dan keras dan juga suhu 

Physical Stimulation
  • Perkembangan fizikal dan intelektual baby adalh berkaitan. Contohnya, Merangkak akan meluaskan penglihatan baby dan memberi kesan kepada kemampuannya untuk mudah membaca dan menulis.

  • Galakkan baby meniarap pada temph2 tertentu. Apabila besar, beri kebebasan untuk dia merangkak dan berjalan dikawasan yang tidak terhalang contohnya dlm playpen tetapi mesti dalam pengawasan ibubapa 
  •  
  • Rock and swing baby anda untuk menguatkan sistem imbangan mereka.
Salah satu hadith Rasulullah SAW yang amat popular ialah galakan dalam menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahad". Perkataan al-mahdi (buaian) sebenarnya diterjemahkan sebagai rahim ibu. Maknanya proses pembelajaran bermula sejak seseorang itu dilahirkan di dunia.Ibu2 yang hamil menjaga percakapan dan perangai dan selalu membelai anak di dalm rahimnya bertujuan untuk mendidik bayi tersebut menjadi anak yang baik dan soleh apabila dilahirkan kelak. Jadi pendidikan haruslah bermula dari alam rahim lagi.

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...