Tuesday 18 October 2011

Berape Sukatan EBM (Expressed Breast Milk) Baby Perlukan?






 

       Ramai ibu yang tertanya2 berape byk EBM yg baby perlukan sepanjang ibu tinggalkan baby waktu bekerja? Aku pun tertanya2 gak sampai ar terjumpa artikel di http://www.kellymom.com/bf/pumping/milkcalc.html ni barulah aku paham dan boleh ar wat pengiraan brape keperluan Iman menyusu dlm sehari. Meh aku terjemahkan serba sedikit ape yg aku baca k..

        Menurut Kellymom, baby yg exclusive BF ni, keperluan susu meningkat dgn cepat pd minggu2 awal kelahiran, kemudian lebih kurang sama diantara 1 hingga 6 bulan (walaupun ia akan meningkat dlm jangka masa pendek semasa Growth Spurt). Penyelidikan mengenai BF yg terkini tidak menyatakan keperluan susu ibu berubah mengikut usia baby atau beratnya selama 1-6 bulan. Malah selepas 6 bulan, keperluan susu ibu akan sama atau menurun bergantung kepada pengmbilan makanan solid.
Kajian mendapati baby mengambil purata 25oz (750ml) setiap hari diantara 1-6 bulan. Lain baby berlainan keperluan susunya tetapi kebanyakannya mengambil 19-30oz setiap hari (570-900ml ).
Kita boleh menggunakn informasi ini untuk menganggarkan keperluan susu yg baby perlukan:
  • Anggarkan berapa kali baby menyusu sehari (24 jam)
  • Kemudian 25oz dibahagikan dgn jumlah berapa kali baby menyusu.
  • Ini menunjukkan berapa byk keperluan atau sukatan EBM dalam satu susuan.
Contohnya: Jika baby menyusu hanya 8 kali sehari, kita dapat anggaran baby memerlukan about 3oz setiap susuan bila ibunya keluar bekerja. (25/8 = 3.1). Sila rujuk kepada "Milk Calculator" dalam link ini http://www.fourfriends.com/cgi-bin/milk.pl


Bagaimana Jika Baby Telah Makan Solid Food?

Kadangkala diantara 6 bulan sehingga setahun (Solid food sudah dikenalkan kepada baby), keperluan susu baby akan berkurang, tp susu ibu tetap merupakan nutrisi yg diperlukan oleh baby sepanjang tahun pertama. Oleh kerana jumlah solid food yg diberi kepada baby semasa 6 bulan adalah pelbagai,jadi keperluan susu pun berubah. Satu kajian mendapati purata pengambilan susu ketika baby 7 bulan ialah 30 oz sehari (875ml sehari; 93% daripada jumlah pengambilan) , manakala 11-16 bulan mengambil 19oz sehari (550ml sehari; 50%drpd jumlah pengambilan). Beberapa kajian juga mendapati baby diantara 12-24 bulan ialah 14-19oz sehari (400-550ml sehari). Manakala baby berusia 24-36 bulan hanya 10-12oz sehari(300-360ml sehari).

Adakah Baby Minum Terlalu Sedikit atau Terlalu Banyak EBM?

Perlu diingatkan baby takkan minum jumlah yg sama pd setiap penyusuan. Sekiranya baby minum lebih dr purata pengambilan susu yg biasa mungkin baby terlebih diberi susu sepanjang ibu tiada. Perkara2 yang menyumbang kepada terlebih susu:
  • Puting botol terlalu besar. Pastikan baby diberi puting yg paling kecil dan sesuai supaya ia selesa untuk menghisap.
  • Menggunakan botol untuk memujuk atau menenangkan baby.Cuba pujuk baby sebelum beri susu. Kemungkinan baby hanya ingi didukung, tukar lampin atau terlampau sejuk atau panas.
  • Baby suka menghisap. Oleh itu biarkan ia menghisap jari atau berikan puting jika perlu untuk megelakkan ia sentisa mahukan susu.
Perkara2 yg menyumbangkan kepada terkurang susu pula ialah disebabkan " Reverse-cycling" di mana baby hanya minum susu sekadar mengisi perut dan akan minum dgn banyak bila ibu telah pulang dari bekerja. Kadangkala ibu sendiri yang menggalakkan reverse cycling supaya tidak perlu mereka mengepam susu dgn byk. Reverse cycling normal untuk baby yg bfeed terutama jika baby baru mula belajar minum melalui botol.
Sekiranya baby anda mengalami Reverse Cycling, ikuti tips ini:
  • Bersabar. Jgn rasa tertekan dan anggap anda bertuah kerana baby memilih anda drpd minum susu melalui botol.
  • Letak jumlah EBM yg sedikit pd setiap botol supaya tidak membazir.
  • Jika anda masih bimbang baby minum tak banyak masa anda bekerja , perlu diingtkan sesetengah baby tidur sepanjang malam selama 8 jam tanpa minum. Cuma perhatikan lampinnya agar tidak terlalu basah, perkembangan berat baby normal dan baby tidak mengalami tanda kurang susu. 
  • Pastikan peruntukan masa untuk menyusukan baby secara direct feeding.

    Selalu Iman mama bekalkan 5 botol 2.5oz setiap satu. Biasenya Iman minum 4 botol je tapi bila
    mama datang ambil Iman mesti Iman x sabar2 nk susu badan time tu jugak. Itu yg disebut reverse cycling tu.. malam kuat nyusu badan tetapi waktu siang minum sikit je sbb pakai botol kot..huhu..anak mama ni memang bijak dapat beza dan kenal bau mak dia dengan botol Mam dia..hehe.














1 comment:

  1. artikel bagus , mencari2 bab ini. Hari ini baby 28 hari minim sekali gus 5oz, terkejut..lapar sangat ker.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...