Monday 27 June 2011

38 Weeks...

What Iman looks like --38 Weeks

Sayang buat ape tu???

              Harini dah genap 38 minggu...memang la org kate penantian tu suatu penyiksaan..tp mama rase mama nak lalui saat2 indah ni dengan tenang, sabar dan tawakal. Kadang2 tersentak juga bile Iman menggeliang geliut dan berputar. Tertanye2 jugak ape Iman buat ye sekarang smpai kdg2 buat tendangan sebelah rusuk kanan mama. Lagi2 kalau mama lepas mkn lg tambah energy Iman nk bergerak. Betul orang kate corak pergerakan baby dgn baby yg lain tak same. Sebabnye baby adelah individu yg berbeza so klau baby aktif atau kurang aktif terimalah hakikat. Asalkan pergerakan dia tak kurang dr 10 tendangan dlm jangkamasa 12 jam dah kira normal dah. Jadi, jangan bandingkan pergerakannya dgn baby dlm kandungan wanita lain yee...

             Pd minggu2 terakhir ni jugak kepala Iman  mama dpt rase mcm sebiji tembikai yg menekan kt lantai pelvis. Dah nak bersalin ke ni???rase mcm sakit period pun ade dan asik kuar masuk toilet je..Tapi mama etap masak jugak untuk papa balik keje pukul 3pm ni. Nk masak ape??ayam masak kicap jelaa k n sayur2 menghijau...masak simple2 je la sbb tak bley nak diri lame2. Sian papa kan balik dah penat.... kena lyn gak baby beso ni...hehehe...

Sedikit info pd minggu ke 38:

Bolehkah anda mengetahui samada mengandung bayi lelaki atau perempuan? Satu petunjuk ialah saiz bayi anda - lelaki selalunya lebih berat daripada perempuan. Bayi pada umur 39 minggu mempunyai berat badan sebanyak lebih kurang 6.8 hingga 7 paun / 3 hingga 3.2 kilogram dan dia terus menambahkan simpanan lemaknya yang akan membantunya mengaturtepatkan suhu badan selepas kelahiran. Sistem-sistem organ anak kecil anda sudah terbentuk dan bertempat sempurna, tetapi paru-paru adalah yang terakhir untuk mencapai kematangan. (Selepas bayi dilahirkan, dia memerlukan beberapa jam sebelum dapat memantapkan pola pernafasan yang normal.)

Adakah anda tertanya-tanya apakah warna mata bayi anda? Kebanyakan bayi Asia dan Afrika mempunyai mata hitam kelabu atau coklat semasa dilahirkan - mata hitam kelabu mereka akan menjadi betul-betul coklat atau hitam selepas enam bulan atau setahun. Kanak-kanak kacukan bangsa selalunya mempunyai warna mata yang betul-betul cantik. Bayi keturunan Eropah selalunya mempunyai mata berwarna biru gelap dan warna sebenar - coklat, hijau atau biru - mungkin tidak akan muncul untuk beberapa minggu atau bulan lagi. Warna mata bayi anda pada saat-saat selepas kelahiran tidak akan berkekalan - dedahan kepada cahaya akan menukar warna mata bayi yang asal.












2 comments:

  1. 38 bulan?? biar betul mama iman? aku doakan semoga semua slmt..xsbr nk tgok iman..

    ReplyDelete
  2. haha..ade plak cikgu yg check..sory typing error..terima kasih cikgu..cikgu pun take care yaa...

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...