![]() |
Iman pada usia 37 minggu |
Berat bayi anda hampir 6.5 paun / 2.8 kilogram dan panjangnya lebih kurang 20 inci / 50 sentimeter dari kepala ke jari kaki. Kepala bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki dan punggung bayi yang semakin membesar.
Kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan sepintal rambutnya adalah antara 1 inci / 2.5 sentimeter panjang. Sebenarnya, sesetengah bayi tidak mempunyai rambut langsung.
Bercakap tentang rambut, hampir semua bulu lanugo yang menyaluti bayi anda dari masa dia 26 minggu sudah hilang, begitu juga sebahagian besar verniks kaseosa, iaitu bahan yang putih yang membalutnya. Bayi anda akan menelan lanugo itu bersama bahan pembalut, dan sekresi-sekresi lain dan menyimpan semua ini dalam ususnya.
Ini semua akan menjadi buangan najis pertama bayi, iaitu bahan kehitaman yang bergelar mekonium.
Sekitar masa ini ramai wanita bimbang samada mereka akan sedar apabila proses bersalin sudah bermula bagi mereka.
aper nie...pakaian model nie x sesuai la...kene pakai apron la kalu nak masak.ok topi tu dah betul dah sbb tutup rambut..kenapa model perut buncit tu..terlebih makan ke atau ketumbuhan..kurus kan sikit perut tu..harap tahun depan badan kurus ea..
ReplyDelete