Barang mama barang Iman jugak... |
Hello..... I am now 6 months old. At this age, saya dah plan nak belajar merangkak tapi belum boleh lagi la...I have to put every effort and try harder la so i can move easily without my mama's help...kan chumel...Haritu sy pergi klinik untuk injection dan timbang berat.. Kalini tiada lagi salah kiraan timbang mcm last time sehingga memaksa my mama pakai penimbang kat klinik swasta. Hehe. My weight is just nice 7 kg...patutla mama sy dukung skrg 10 minit pun dah tak tahan mesti cari tempat nak landing atau passing kat abah. Mama kena put on weight jugak la lps ni ye.. takpayah la jaga badan sbb abah pun lebih kurang chumel2 badannya mcm sy..hahaha..dush.. Skarang saya suka apa sahaja yg mama sy pegang sy pun nak jugak. Especially medela harmony mama memang sy aim je sbb sy suka tgk susu sy ade kat dlm. Hohoho. Oklah mama thanks for fully breastfeed me until now...kira mama dah dpt diploma untuk breastfeeding but we have 18 months to go (2 years) for graduates. I know mama can do it because she is super duper mommy tapi klau dah penat tumbang jugak...hehehehe....dun worry mama i can eat solid food now. So i know you will prepare the best meal for me kan....sayang mama n abah very much...muahhh...
Jom tengok perkembangan sy dan kawan2 sy at 6 months..
Menjelajahi dengan menggunakan tangan
Apabila bayi anda berusia kira-kira enam bulan (kadangkala lebih lambat dari ini), kemahiran mengawal gerak tangan
bagi bayi anda telah berkembang secukupnya untuk membolehkan dia
menarik objek kepadanya. Apabila bayi anda sudah pandai meragut alat
mainan, dia akan mula mengasahkan kemahiran memindahkan alat mainan dari
satu tangan ke tangan yang lain secara berulang-ulang kali. Juga, bayi
anda akan mendapati bahawa melepas dan menjatuhkan sesuatu objek sama
seronok dengan mengutipnya kembali. Apabila bayi anda memahami konsep
sebab dan akibat, dunia bayi anda menjadi lebih menarik baginya… dan
dunia anda akan menjadi semakin semak dan tidak teratur.
Fasih dengan tangan kiri (kidal) atau kanan?
Masih terlalu awal untuk mengatakan sama
ada bayi anda akan lebih gemar menggunakan tangan kanan atau kiri
(kidal). Pada tahap ini, kebanyakan bayi kelihatan gemar menggunakan
sebelah tangannya dahulu dan kemudian bertukar menggunakan tangan yang
lagi satu. Kecenderungan menggunakan tangan kiri atau kanan sebenarnya
tidak boleh ditentukan sehingga dia berumur dua atau tiga tahun.
Belajar bergolek
Pada usia ini, kebanyakan bayi telah belajar bergolek
ke setiap arah, dan ini adalah satu pencapaian dalam perkembangnya yang
mungkin menghiburkan anda dan juga bayi anda. Walaupun bayi anda amat
seronok untuk bergolek, ianya boleh menyebabkan kebimbangan bagi diri
anda. Letakkan tangan atas badan bayi anda semasa menukar lampinnya, dan
jangan sekali-kali meninggalkan bayi anda berseorangan atas katil atau
mana-mana tempat tinggi. Jika anda menggunakan meja untuk menyalin
pakaian bayi selama ini, sekarang ini adalah lebih baik bagi anda
menyalin pakaiannya di atas lantai saja.
Bayi anda walaupun kecil suka bersosial
Pada usia ini, bayi anda bukan hanya
membenarkan perhatian daripada orang lain, malah, mereka juga akan
selalu menggalakkannya. Walaupun tidak lama lagi anda mungkin menyedari
bahawa bayi anda sudah mula menunjukkan sifat takutkan orang yang tidak dikenali,
namun, bayi berusia enam bulan masih lagi bersikap tidak memilih:
sesiapa sahaja yang mendekati bayi anda dengan muka mesra atau tersenyum
akan menggembirakan bayi anda dan akan terus menjadi kawannya. Tetapi,
janganlah bimbang – dia masih memerlukan dan mendambakan perhatian penuh
daripada anda.
Bayi anda juga akan menyedari bahawa semua kelakuannya, sama ada yang disukai anda, maupun yang tidak disukai, semuanya diperhatikan oleh anda, jadi bermula dari sekarang (dan bagi tahun-tahun yang akan datang) bayi anda akan melakukan apa sahaja untuk mendapatkan perhatian anda. Pada masa ini, segala yang dilakukan oleh bayi anda semuanya menimbulkan keseronokan bagi anda, tetapi semakin dia membesar, semakin nakallah perangainya semata-mata untuk mendapat reaksi daripada anda. Cuma, jangan lupa untuk memberi reaksi yang hebat apabila dia melakukan sesuatu yang sesuai dan digemari anda.
Ada satu perkara yang menjadi semakin jelas: bayi anda akan mula mempelbagaikan taktiknya untuk mendapatkan perhatian, selain dari menangis. Jadi, janganlah hairan jika bayi anda berusaha seberapa boleh untuk mendapatkan perhatian anda, sama ada menggeliat-geliatkan badan, membuat pelbagai bunyi-bunyian atau yang lain. Dalam masa tiga bulan yang akan datang, bayi anda akan memperoleh cara yang tersendiri dan unik untuk memberitahu anda apa yang dia sedang fikirkan, mahukan dan perlukan.

Main mainan jenis bergilir-gilir
Bayi berusia enam bulan gemar bermain
mainan bergilir-gilir, terutamanya yang melibatkan bunyi dan bahasa.
Sekali-sekala, biarkan bayi anda mengambil giliran dahulu dalam mainan,
dan tirulah sebutan yang dibuat olehnya. Bila tiba giliran anda
memulakan mainan, cara terbaik untuk mengajar anak anda – dan membuat
dia ketawa pada masa yang sama – adalah dengan membuat bunyi-bunyi
haiwan ("kuek-kuek," "bow-wow" dan sebagainya).
Bayi anda yang suka membebel
Apabila bayi anda berusia enam bulan, dia
akan melihat dan mendengar apa yang ada dalam persekitarannya hampir
sama sebagaimana anda mengalaminya. Kebolehan komunikasinya juga
berkembang dengan pantas, meliputi jeritan keriangan, bunyi-bunyi
keseronokan, bunyi seperti opera mengubah oktaf dan mengagah. Pada usia
ini, lebih kurang separuh daripada bayi akan mengagah, dengan mengulangi
satu suku kata seperti "ba," "ma," "ga," atau mengulangi beberapa
gabungan konsonan dan vokal. Ada juga bayi yang menambah satu atau dua
suku kata yang lain, menjadikan bunyinya lebih kompleks. Anda boleh
memberikan galakan kepada bayi anda dengan mengagah bersama-sama
dengannya dan membuatkan ini satu permainan ("Biri-biri berbunyi,
'baaa,'" atau "Kambing berbunyi, 'maaa,'" dan sebagainya) atau memberi
perhatian rapi kepada apa yang diperkatakan seakan-akan anda faham semua
yang dikatakannya dan mendapati semuanya amat menarik. Bayi anda boleh
juga mengenalpasti nada dan suara yang berbeza dan sekarang mungkin akan
menangis apabila anda bercakap kasar dengannya.
Satu cara yang pasti membuatkan bayi anda gembira adalah dengan mengisi gelas tiga suku penuh dan menggunakan straw untuk meniup-niup buih. Bukan saja bunyi tetapi gambaran itu juga akan membuatkan dia ketawa.

Merangsang derianya
Bayi anda menggunakan semua derianya
untuk mengeksplorasi dan mempelajari tentang dunianya. Pastikan dia
mempunyai banyak barang-barang yang selamat di sekitarnya untuk
disentuh, dimain-main dengan mulut dan dimanipulasikan. Dia akan gembira
memicit bola getah lembut, menepuk kepingan bulu tiruan, menggigit
gegelang gigi yang dingin dan mendengar bunyi loceng dalam anak patung
lembut berbentuk haiwan.
No comments:
Post a Comment