Salam Sabtu...........Dah lama aku nak wat entry ni tapi baru berkesempatan google. So nak share ngan you alls tntg isu ni, yelah nak jadi ibu ni kena open minded sket n byk bertanya. Kalau malu2 kucing so google jelah kan...nak tau lebih lanjut tentang family planning ni boleh rujuk LPPKN ye...Pada pendapat aku di zaman yg penuh mencabar ni biarla anak kita bukan diukur dari segi kuantiti tapi kualitinya. So kenala merancang klau taknak accident..hehe
Kenapakah saya perlu mengambil berat mengenai perancang keluarga?
Merancang keluarga
bermaksud menentukan bilakah masa yang sesuai untuk mempunyai anak dan
berapakah bilangan yang di ingini oleh pasangan tersebut.
Masa yang sesuai untuk wanita mempunyai anak:
- Berumur diantara 20 dan 35 tahun
- Mempunyai anak kurang dari 2-3 orang
- Kelahiran anak terakhir 2-3 tahun lalu
- Tidak mempunyai penyakit yang menjejaskan kesihatan ibu dan bayi
- Pasangan ingin mempunyai anak
Ibu dan bayi adalah berisiko jika faktor-faktor diatas tidak di penuhi.
Dari itu wanita adalah digalakkan mengamalkan kaedah perancang keluarga.
Apakah kaedah-kaedah perancang keluarga yang ada?
- . Pil pencegahan kehamilan . Terdapat 3 jenis pil pencegah hamil:
(i) Pil pencegah hamil campuran
|
Pil Nordette |
- Pil pencegah hamil ini mengandungi estrogen
sintetik dan progestrogen (hormon yang berfungsi seperti progesteron).
|
- Ia menghalang ovulasi dan menyebabkan dinding
endometrium menjadi nipis supaya embrio tidak dapat menempel. Selain
itu, mukus di serviks juga menebal menyukarkan sperma untuk berenang
ke ruang dalam uterus.
|
- Ianya mungkin menyebabkan haid yang pendek dan
sedikit.
|
- Ianya mungkin menyebabkan sakit kepala, rasa
loya dan kenaikan berat badan pada awal penggunaannya.
|
- Ianya mesti diambil pada masa yang sama setiap
hari berterusan sehingga 21 hari diikuti 7 hari rehat (haid akan
keluar semasa tempoh rehat). Selepas 7 hari rehat, kitaran baru pil
dimulakan.
|
- Pil pencegah hamil ini boleh dibeli di
mana-mana farmasi atau klinik
|
- Contoh-contoh: Nordette, Microgynon,
Marvelon, Mercilon and Gynera.
|
- Peratus kegagalan: 0.1%
(ii) Pil progesteron sahaja (pil mini)
- Pil mini hanya mengandungi hormon progesteron
|
- Ia menjadikan dinding endometrium menipis dan
mukus di kawasan serviks menebal. Kadangkala ia juga berfungsi
mengawal ovulasi.
|
- Aliran haid akan menjadi sedikit dan pendek.
Kitaran haid juga menjadi tidak tetap. Ini menjadikan pil mini
kurang popular dikalangan pengguna pil pencegah hamil.
|
- Ia dianggap pil yang paling lemah dan kurang
kesan sampingan tetapi kurang berkesan jika dibandingkan dengan pil
campuran.
|
- Ia diambil sepanjang tahun berterusan tanpa
henti.
|
- Peratus kegagalan: 2%
|
(iii) Pil pencegah hamil kecemasan
- Pil pencegah hamil kecemasan digunakan untuk
menghalang kehamilan sekiranya melakukan hubungan kelamin tanpa
sebarang perlindungan, dirogol atau mengesyaki kegagalan kaedah
pencegah hamil contohnya kebocoran kondom.
|
- Ianya diambil 72 jam (3 hari) selepas melakukan
seks.
|
- Ianya tidak setanding pil pencegah kehamilan
lain.
|
- Tidak sepatutnya digunakan berterusan kerana
peratus kegagalan yang tinggi.
|
- Contoh: Postinor
|
- Peratus kegagalan: 5%
|
- Cara alternatif bagi pencegahan kehamilan
kecemasan adalah dengan memasukkan IUCD dalam masa 4 hari
selepas menjalankan hubungan.
|
2. Alat pencegah kehamilan di dalam rahim (IUCD)
-
IUCD adalah alat kecil (3cm panjang) yang diletakkan ke dalam
rahim untuk meransang tindakbalas keradangan di dinding
endometrium supaya penempelan embrio tidak berlaku.
-
Waktu paling sesuai memasukkan IUCD adalah sebaik sahaja
haid berhenti, pada masa yang sama menggugurkan kandungan atau
semasa pemeriksaan selepas bersalin (1 bulan selepas bersalin)
-
Terdapat 2 jenis IUCD
|
(i) IUCD
Kuprum
- Ia
mengandungi kuprum yang berfungsi menghalang sperma dari memasuki
tiub fallopio.
|
-
Ianya berkesan selama 3 tahun selepas dimasukkan.
|
-
Aliran haid akan menjadi banyak dan panjang selepas
dimasukkan.
|
-
Peratus kegagalan:< 1%
|
(ii) Progestogen IUCD (Intrauterine Contraceptive System)
- Ia
mengandungi Levonorgestel (hormon seperti progesteron) yang
menjadikan mukus di serviks menebal untuk menghalang sperma dari
memasuki rahim. |
-
Ianya boleh bertahan selama 5 tahun selepas dimasukkan. |
-
Kelebihan IUCD kuprum ialah, aliran haid tidak begitu banyak dan
tidak menyakitkan. |
-
Peratus kegagalan: 0.1% |
3. Implan pencegah kehamilan (Implanon)
-
Implanon adalah
alat seperti batang mancis, berwarna putih mengandungi
etonogerstel yang dimasukkan di bawah kulit di lengan.
-
Ianya dimasukkan
oleh doktor terlatih dan bius setempat akan diberikan.
-
Ianya menghalang
ovulasi, dinding endometrium menipis maka menyukarkan penempelan
embrio. Mukus di kawasan serviks juga menebal menyukarkan sperma
untuk berenang ke kawasan uterus.
-
Ianya boleh
bertahan selama 3 tahun. Selepas tamat tempoh 3 tahun, ianya mesti
diganti dengan yang baru.
-
Aliran haid
menjadi sedikit dan sakit ketika haid berkurang.
-
Boleh
menyebabkan kitaran yang tidak tetap atau tidak datang haid bagi
beberapa bulan.
-
Peratus kegagalan: < 1%
|
4. Suntikan pencegah kehamilan
-
Juga dikenali sebagai suntikan mengawal kelahiran.
-
Suntikan ini mengandungi hormon seperti
progesteron yang menghalang wanita dari ovulasi (membebaskan telur
yang matang).
-
Suntikan di berikan di punggung. Dos kedua diberi
selepas 2 bulan suntikan pertama diberikan dan dos seterusnya
diberikan setiap 3 bulan sekali.
-
Ia
menjadikan aliran haid sedikit dan boleh
menyebabkan haid yang tidak tetap atau tidak datang haid
bagi beberapa bulan. Ini antara punca perlu menghentikan penggunaannya.
-
Contoh: Depo Provera
-
Peratus kegagalan: 1%
|
-
Topi serviks adalah sejenis getah berbentuk seperti topi yang
secocok dengan serviks. Dengan ini, sperma akan di halang dari memasuki
serviks.
-
Biasanya ia digunakan bersama dengan spermisid (sejenis bahan yang
membunuh sperma) yang disapu pada topi serviks.
-
Ia
perlu dikeluarkan selkurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi dan
tidak sepatutnya berada dalam vagina melebihi 48 jam.
-
Ianya mesti dimasukkan oleh
doktor.
-
Boleh meningkatkan risiko jangkitan serviks.
-
Peratus kegagalan: 20%
|
-
Diafragma adalah getah berbentuk seperti kubah yang dimasukkan ke
dalam vagina supaya menutupi serviks. Oleh itu, sperma akan
dihalang dari memasuki serviks.
-
Ia
mesti digunakan bersama-sama spermisid (sejenis bahan yang
membunuh sperma) yang disapu pada diafragma.
-
Ia
mesti dipasang oleh doktor.
-
Ia
perlu dikeluarkan sekurang-kurangnya 6 jam selepas ejakulasi.
-
Peratus kegagalan: 20%
|
-
Ia
diperbuat daripada (polyurethane).
-
Ia
ditempatkan di dalam vagina supaya menghalang sperma dari
memasuki rahim.
-
Ia
juga berfungsi untuk menghalang penyakit bawaan seksual.
-
Lebih mahal berbanding kondom lelaki.
-
Peratus kegagalan: 20%
|
-
Diperbuat daripada getah, plastik (polyurethane) atau membran
semulajadi.
-
Ia
menghalang sperma dari memasuki vagina dan rahim.
-
Membantu menghalang penyakit bawaan seksual.
-
Peratus kegagalan: 4%-10%
|
-
Mengikat tiub dilakukan untuk menyumbat tiub fallopio supaya
sperma tidak boleh sampai kepada telur.
-
Ianya dilakukan dengan meletakkan cincin pada tiub atau memotong
sebahagian daripada tiub.
-
Prosedur ini mengambil masa satu hari dan insisi sepanjang 1cm
akan dibuat pada pusat.
-
Ia
tidak akan menjejaskan kebolehan atau keinginan seksual.
-
Ianya tidak boleh dipulihkan. Anda perlu pasti bahawa anda tidak
mahu anak di masa akan datang dan tidak akan berubah fikiran lagi.
-
Ianya dilakukan pada minggu pertama kitaran haid, 5 hari selepas
pembedahan atau semasa melakukan pembedahan untuk bersalin.
-
Peratus kegagalan: <1%
|
-
Pemotongan vas adalah pembedahan minor untuk menghalang vas deferens (tiub
yang membawa sperma dari testis ke urethra) dengan memotong atau
mengikat vas deferens.
-
Prosedur ini mengambil masa 1 hari dan pesakit akan diberi bius
setempat.
-
Pesakit mungkin akan merasa sedikit sakit atau tidak selesa di
kawasan skrotum selepas prosedur ini. Pemakaian seluar dalam yang
lembut dan longgar dapat membantu melegakan ketidakselesaan.
-
Walaubagaimanapun, anda masih perlu menggunakan kaedah pencegahan
kehamilan lain terlebih dahulu sehingga semen anda
benar-benar bebas dari sperma. Analisis semen akan dilakukan 3
bulan selepas prosedur untuk melihat keberkesanan prosedur yang
telah dilakukan.
-
Kaedah ini tidak menjejaskan keinginan dan kebolehan seksual.
Isipadu semen yang dikeluarkan mungkin berkurang.
-
Ianya lebih murah berbanding mengikat tiub fallopio kerana
komplikasinya lebih sedikit.
-
Ianya tidak boleh dipulihkan semula. Anda perlu pasti bahawa anda
sudah tidak berkeinginan untuk mempunyai anak sebelum menjalankan
prosedur ini.
-
eratus kegagalan: <1%
|
11. Kaedah berkala (Perancangan keluarga semulajadi)
-
Kaedah ini adalah berdasarkan teori bahawa telur
boleh disenyawakan dalam masa 24 jam selepas ovulasi
dan sperma boleh mensenyawakan telur dalam masa 3 hari
selepas memasuki vagina.
-
Kaedah ini sesuai diaplikasikan oleh wanita
berusia 28 hingga 30 tahun yang mempunyai kitaran haid yang tetap 28
hingga 30 hari.
-
Ovulasi (pembebasan telur yang matang) berlaku
antara hari ke 12 dan 16 bagi wanita yang mempunyai kitaran 28 hari.
Maka, kemungkinan waktu subur adalah hari ke-9 (12-3) dan hari ke-17
(16+1) kitaran. Dalam erti kata lain, anda perlu menghindari
persetubuhan dari hari ke-9 hingga hari ke-17 untuk mengelakkan
mengandung. (Hari pertama adalah hari pertama datang haid).
-
Semasa tempoh subur (hari ke 9 hingga 17) kondom
boleh digunakan semasa persetubuhan.
|
Ujian yang boleh ditentukan untuk menentukan
waktu ovulasi.
(i) Merekodkan suhu badan normal sebaik sahaja
bangun tidur setiap pagi. Kenaikan setengah darjah Fahrenheit
merupakan petanda ovulasi berlaku.
(ii) Melihat perubahan pada mukus serviks. Mukus
biasanya kurang melekit, lebih berair dan berbau semasa ovulasi
berlaku.
Peratus kegagalan: 20%
|
12. Pengunduran (Kaedah Azal)
-
Tekni ini memrlukan lelaki mengundurkan penis sebelum ejakulasi,
oleh kerana
lelaki berejakulasi di luar vagina maka, semen tidak memasuki
vagina.
-
Kaedah ini memerlukan kawalan yang baik oleh
lelaki.
-
Kegagalan boleh berlaku sekiranya lewat
mengundurkan penis kerana cecair pra ejakulasi juga mengandungi
sedikit sperma.
-
Sesetengah lelaki mungkin tidak menggemari kaedah
ini kerana berlaku gangguan sebelum mencapai klimaks.
-
Peratus kegagalan: 20%
|
-
Menyusukan bayi anda boleh mencegah kehamilan kerana ia
melambatkan ovulasi dan haid.
-
Ianya berkesan sekiranya anda menyusukan bayi
anda sepenuhmya (tanpa sebarang makanan tambahan kepada bayi anda)
untuk 6 bulan pertama selepas bersalin dan sebelum datang haid
kembali.
-
Ianya tidak berkesan selepas 6 bulan apabila bayi
anda sudah mula mengambil makanan pepejal.
P/S: Nak tau cas untuk setiap kaedah perancang keluarga di LPPKN sila rujuk SINI.
|
|
Hukum Menjarakkan anak dalam islam?
Fatwa
daripada Majlis Fatwa pada 1981 menetapkan bahawa kontrasepsi untuk
mengurangkan bilangan anak adalah haram kecuali atas sebab-sebab yang
mengharuskannya dan perlulah dilakukan dengan cara tidak kekal atau
tidak memandulkan.
Keadaan
yang diharuskan adalah isteri terlalu lemah atau sakit, pasangan ada
penyakit keturunan, isteri mengandung terlalu kerap atau masih menyusu
bayi dan kandungan menyebabkan gangguan mental terhadap ibu.
Merancang
keluarga adalah bersifat sementara, menjarakkan anak kerana kesihatan,
pelajaran dan kebahagiaan keluarga adalah harus.
No comments:
Post a Comment