Saya nak cepat beso.... |
I'm 2 months oledi....
Alhamdulillah...Iman dah 2 bulan dah 15hb ni...Ini bermakna 2 bulan jgk my breastfeed journey...Semoga Allah mudahkan rezeki Iman untuk teruskan bfeed dan semoga anak mama sihat, ceria dan jd anak yg soleh k...Insyaallah.Pagi2 lg mama dah bangun sbb arini nk gi klinik anta Iman cucuk.Appoinment pukul 10 am tp kena gi awal sbb klinik mmg ramai ari jumaat ni. Bacaan timbang Iman dah naik byk jugak berbanding mase satu bulan 4.4kg now 5.7kg..alhamdulillah berkat susu mama ya syg..Iman skarang dah pandai balas senyum dgn mama n papa, dah pandai nk tegakkan kepala dan suka mintak papa dukung. Yela mama ni kurus x kuat nk dukung iman lame2.hehe.
Meh tgk perkembangan baby menurut kata pakar (rujukan http://www.babycenter.com.my )
Senyuman awalan yang sebenar
Pada bulan ini, kesemua usaha anda akan
dibalas dalam bentuk senyuman yang berseri-seri, namun tiada bergigi.
Senyuman pertama yang sebenar adalah satu-satu pencapaian bayi yang
menyeronokkan hati ibubapa. Dari satu segi, ini merupakan ganjaran yang
wajar. Anda sudah lama menukar lampin, menyusukan, memandikan,
mencium dan memeluknya tanpa mendapat sebarang respon dari bayi anda
yang sebelum ini dikatakan bungkusan kecil yang menggembirakan. Namun,
suatu hari, ianya terjadi. Bayi anda senyum, dan anda pasti itu senyuman
sebenar, bukan ekspresi melepaskan angin. Ini akan menggembirakan anda
walaupun malam sebelumnya anda tak berapa dapat tidur.
Bagi Rob, senyum pertama dari anak perempuannya yang berumur enam minggu menyebabkan air matanya bergenang. “Hari itu banyak masalah di tempat kerja,” dia mengimbas kembali. “Saya tak cukup tidur dan keadaan di jalanraya amat teruk. Apabila saya sampai ke rumah dan isteri saya menghulurkan bayi, bayi saya memandang terus kepada saya dan memberi senyuman yang hebat, menampakkan semua gusinya, dan terlintas di fikiran saya, ‘Dia mengenali aku' – dan semua yang telah berlalu tidak lagi penting.”
Bagi Rob, senyum pertama dari anak perempuannya yang berumur enam minggu menyebabkan air matanya bergenang. “Hari itu banyak masalah di tempat kerja,” dia mengimbas kembali. “Saya tak cukup tidur dan keadaan di jalanraya amat teruk. Apabila saya sampai ke rumah dan isteri saya menghulurkan bayi, bayi saya memandang terus kepada saya dan memberi senyuman yang hebat, menampakkan semua gusinya, dan terlintas di fikiran saya, ‘Dia mengenali aku' – dan semua yang telah berlalu tidak lagi penting.”
Minat berkembang terhadap desain yang kompleks
Menjelang usia dua bulan, bayi mula
mengubah kegemarannya terhadap objek dwi-warna kepada yang lebih rumit
dan halus dari segi desain, warna dan bentuk. Biarkan bayi anda melihat
dan menyentuh objek yang lebih bervariasi – pilihan yang baik ialah
mainan lembut dan bola gebu.
Tidur bagi tempoh yang lebih panjang
Jika bayi anda kini sudah mula tidur sepanjang malam,
anda merupakan antara bilangan kecil yang bernasib baik. Kebanyakan
bayi pada usia dua bulan masih mahukan penyusuan di tengah malam, atau
mungkin dua penyusuan. Tapi apa yang merupakan berita baik ialah, dia
sudah boleh tidur untuk jangka masa yang lebih panjang dan berjaga bagi
masa yang panjang juga. Kebanyakan bayi berusia dua bulan tidur antara
dua hingga empat kali sehari dan berjaga untuk sejumlah 10 jam sehari.
No comments:
Post a Comment