Pejam celik pejam celik dah 39 minggu Iman arini...maknanya lagi 9 hari Mama akan berjumpa dengan Iman klau Iman taknak kluar sendiri ar..hehe.. Syok sgt duk dlm perut mama ye sampai takde tanda2 Iman nk kuar sampai ke arini. Takpela Mama sabar menunggu asalkan Iman sihat k.. Memang mencabar kdg2 rase mcm dah berat sgt nak berjalan tp Mama tetap mcm biasa kehulu kehilir ngan Papa ari2 wat exercise..hehe..Mcmni la agaknye nenek bwk mama dulu lg2 dulu mama menelentang dlm perut lagilaa sakit kan..."terima kasih mak sbb sabar dulu melahirkan anakmu ini".
Panjang bayi biasa adalah antara lebih kurang 20.5 inci / 51 sentimeter
dari kepala ke jari kaki dan beratnya lebih kurang 7.5 paun / 3.4
kilogram semasa lahir; namun begitu berat 5 paun 11.5 auns hingga 8 paun
5.75 auns / 2.5 hingga 3.8 kilogram adalah lingkungan yang sihat bagi
bayi baru lahir.
Cecair amnion anda, dahulunya jernih, sekarang berwarna pucat seakan
susu akibat penanggalan verniks kaseosa bayi anda. Lapisan atas kulit
juga menanggal apabila kulit baru timbul.
Lazimnya, dalam program TV, sakit bersalin dan melahirkan
selalunya bermula dengan pemecahan ketuban air – lazimnya berlaku di
tengah bilik yang penuh dengan orang, dan kontraksi akan terus bermula.
Jika anda bimbang yang senario ini akan berlaku kepada anda, hentikan
sajalah. Ruptur membran berlaku bagi kurang dari 15 peratus kehamilan
dan bila ia berlaku, kepala bayi bertindak sebagai penyumbat di
pembukaan uterus. (Tetapi, jika anda berbaring, anda akan sedar ada
cecair yang meleleh.) Anda seharusnya bertenang - kontraksi pertama
hanya akan berlaku dalam beberapa jam lagi - dan hubungilah doktor anda
dengan serta merta. Badan anda akan mengeluarkan lebih banyak lagi
cecair amnion sehingga bayi dilahirkan, jadi penjaga-penjaga anda
mungkin mencadangkan supaya anda duduk di rumah sehingga kontraksi
bermula secara mantap atau mungkin mencadangkan pencetusan.
Apa pula halnya jika minggu ini berlalu dan bayi masih belum muncul?
Jangan panik - hanya 5 peratus bayi dilahirkan pada tarikh yang
dijangkakan. Kebanyakan doktor akan menunggu dua minggu lagi sebelum
memperakui yang kehamilan itu sudah terlewat.
No comments:
Post a Comment