Tengok mama..sy dah boleh panjat so bolehkan mamam.. |
Bulan depan Iman dah masuk 6 bulan. Tertanya2 jugak aku agak2 Iman dah sedia belum untuk diberi solid food? Mungkin isu ni agak sensitif untuk ibu2 lain sebab kebnyakan ibu yg aku tanya dah mula bagi anak mereka solid food atau susu dicampur nestum cair seawal umur 4 bulan atau ada yg kurang dari umur tu. Sebab yg paling utama ialah baby tak cukup susu dan kelihatan lapar. Entry ni bukan untuk menyalahkan ibu2 ni sbb aku pun kadang2 tergerak nk bagi Iman makan sbb nmpk dia lapar (terutama bila nmpak aku makan sampai keluar air liur) dan kesian kdg2 bila dia nak susu je. Ibu mana yg sampai hati kan?kalau boleh biar kita berlapar asalkan anak dapat makan? betultak?? tu sbb kdg2 aku balik keje walaupun penat mengharung jammed perkara pertama aku buat ialah susukan Iman sampai dia kenyang. Lepas tu baru aku uruskan benda2 lain. So untuk ibu2 diluar sana yg ada baby di bawah umur 6 bulan silalah kongsi info ni. Tak salah kita timba ilmu dan amalkan untuk kesihatan jangka masa panjang anak kita. Kadang2 pandangan orang tua dan kawan2 memang penting tapi kesannya nnti kita juga yg menanggung kan? So, berpeganglah pada prinsip anda sendiri. Info ni aku ambil dari http://www.mohdramli.com/kenapa-bayi-tidak-boleh-diberi-makan-sebelum-6-bulan/#ixzz1hV2LwUmQ. Selain daripada itu aku pun dah selidik dari sumber2 rujukan lain , memang baby TIDAK boleh diberi makan sebelum usia 6 bulan. SO, Iman sabar yeee...Jom tengok ape logiknya:
Kebiasaan bagi orang-orang yang lebih tua melazimkan bayi
sekecil sebulan umurnya agar diberi makanan berupa pisang lecek atau
bijirin bayi. Walaupun sudah tertera pada label bijirin tersebut ‘hanya
untuk 6 bulan ke atas sahaja’ tapi masih ramai yang mengamalkan
pemberian bijirin lebih awal. Malah, ada yang mencampurkan bijirin
tersebut di dalam botol susu agar mudah untuk diberikan kepada bayi.
WHO mencadangkan agar bayi diberi makan pada usia 6 bulan (tahun 2001), begitu juga dengan Jabatan Kesihatan United Kingdom, dan Polisi Penyusuan Susu Ibu Kebangsaan di bawah Kementerian Kesihatan
Malaysia menggalakkan ibu menyusukan anaknya secara eksklusif (tanpa
makanan lain, susu lain, mahupun air masak) selama 6 bulan.
Namun, masih ramai yang tidak mengikuti polisi dan recommendation di atas kerana beberapa sebab:
- Anggapan bahawa bayi kelihatan bersedia untuk makan dari mulutnya yang suka mencicip2.
- Anggapan bahawa bayi lapar.
- Anggapan bahawa perut bayi akan lebih kuat sekiranya diberi makan lebih awal.
- Anggapan bahawa bayi akan lebih kenyang dan tidur lebih lena jika diberi makan.
Sayangnya anggapan di atas salah sama sekali.
1. Sistem penghadaman yang belum matang
Sistem penghadaman bayi di bawah 6 bulan masih terlalu muda dan
belum bersedia untuk memecahkan kanji dan karbohidrat. Tubuh bayi masih
belum menghasilkan enzim yang mencukupi untuk proses ini. Enzim
amilase di dalam air liurnya belum cukup bagus untuk menjalankan proses
pencernaan pertama.
Tubuh bayi masih belum dapat memproses lemak. Manakala buah
pinggangnya masih belum bersedia untuk memproses protein yang tinggi
dari sumber telur, daging dan susu lembu (Protein di dalam susu ibu
adalah berbeza).
Tidakkah anda berasa kasihan dengan tubuh bayi semuda itu terpaksa
bekerja keras untuk menerima zat2 makanan yang masih belum sesuai
untuknya?
2. Masalah kesihatan jangka masa panjang
Pernahkah anda terjumpa seseorang dewasa yang kelihatan sihat,
menjaga pemakanan, rajin bersenam, tiba2 jatuh sakit atau meninggal
dunia akibat penyakit kronik, seperti sakit jantung, strok, kencing
manis, buah pinggang dan sebagainya?
Menurut kajian yang dibuat oleh University of Buffalo, salah satu
penyebab keadaan ini adalah akibat dari pemberian makanan terlalu awal.
Tidakkah anda menyayangi anak anda dan masa depannya?
3. Masalah dalam penyusuan
Bayi yang diberi makan terlalu awal, akan lebih kenyang dengan
makanan. Ini akan mengganggu penyusuan ibu kerana mungkin bayi sudah
tidak mahu menyusu lebih banyak.
Fikir-fikirkanlah tentang masa depan anak-anak kita. Ada sebabnya apabila satu riwayat diceritakan kepada kita bahawa Rasulullah
SAW cuma memercikkan air pada pakaian yang terkena kencing bayi
lak-laki di bawah usia 2 tahun yang hanya minum susu ibunya sahaja.
Ada mesej tersembunyi kenapa Rasulullah masih tinggal bersama
Halimatussaadiah, ibu susuannya meskipun usia Baginda sudah melepasi 2
tahun.
Sayangilah masa depan anaka-anak kita. Jangan terlalu ghairah untuk
melihat bayi kita ‘cepat besar’ dan memberinya sesuatu yang dia belum
bersedia untuknya. Ikutlah saranan yang telah digariskan, sebagai satu
usaha untuk memastikan anak-anak kita membesar dengan sihat dan terjaga
kesihatannya.
Source : http://mysuperkids.net