Wednesday 30 November 2011

"Pizza Of The Month"




Cheesy Bite...Sehingga menjilat jari..kata Iman




Dominos Pizza..semua jenis ade..


Budak ni saje nak interframe..



Bulan ni memang penuh dgn pizza. Kat ofis wat farewell party penuh dgn semua jenis Dominos pizza semeja. Bila jln2 kat BreadTalk pun ternampak mini pizza teringin pulak. Pastu minggu lps pegi jln2 kat Jusco Tebrau tekak terliur plak nak mencuba Pizza Hut baru 'Ultimate Cheesy Bites'. Bagi penggemar cheese memang suka la..gabungan 7 cheese Cheddar, Provolone, Montery Jack, Parmessan, Mozzarella, Romano dan Cream Cheese. Memmang lazat...sambil type entry ni pun boleh meleleh..hehe. Sebab aku memang suke pizza so saje nak wat entry pasal ni. Makan..makan jugak...tapi bape ramai tau asal usul pizza????

Asal Pizza

Asal kata “pizza” belum jelas, tapi pertama kali muncul tahun 997 dalam Bahasa Latin Pertengahan.
Pada waktu itu, pizza adalah alat tukang roti, sebuah adunan yang digunakan untuk menentukan temperature oven. Makanan para warga miskin, pizza dijual di jalanan dan belum dianggap sebagai resepi terkenal. Sebelum abad ke-17, pizza ditutupi sos putih. Kemudian diganti oleh minyak, keju, tomato atau ikan.
Tahun 1843, Alexandre Dumas, menambah perisa sebagai pelengkap pizza. Bulan Jun 1889, untuk menghormati Ratu Italia, Margherita dari Savoy, koki Neapolitan Raffaele Esposito menciptakan “Pizza Margherita”, sebuah pizza yang dipenuhi tomato, keju mozzarella dan basil, untuk menggambarkan warna bendera Itali.

 Sejarah Pizza Hut


Sejarah Pizza Hut bermula pada 1958, di Wichita, Kansas. Ketika itu dua pemuda bernama Dan Carney dan Frank Carney sedang berusaha mewujudkan impian mereka. Sebuah impian yang masih terdengar asing di telinga masyarakat Amerika saat itu, yakni mendirikan restoran pizza.

Dengan modal pinjaman sebesar 600 dolar saat itu diberi oleh ibu mereka, dua saudara kandung ini mulai merealisasikan impian mereka. Modal awal itu mereka gunakan untuk membeli peralatan second hand. Sebagian dolar lainnya dipakai untuk menyewa gedung kecil di persimpangan jalan yang sangat sibuk di kota mereka.

Hasilnya, sebuah restoran pizza pertama berdiri di Wichita, Kansas, pada 15 Juni 1958. Pada malam pembukaannya, Dan dan Frank memberikan pizza secara percuma. Langkah tersebut dilakukan untuk menarik minat para penggemar pizza di Amerika yang jumlahnya lumayan besar.

Sebenarnya restoran pizza pertama hadir di Amerika pada dekade 1930-an. Pada edisi November 1957, Saturday Evening Post menurunkan tulisan bahwa jumlah penggemar pizza mencapai 18 ribu orang. Penjualan pizza dalam seminggu dapat mencapai 200 hingga 1000 pizza.

Peluang besar tersebut yang berusaha diambil oleh Dan dan Frank. Keduanya lalu memberikan pizza percuma di malam pertama pembukaan restoran pizza mereka. Sayang, saat itu mereka belum memiliki nama yang tepat bagi restoran tersebut.

Pada saat mendekorasi gedung sewaan, Carney bersaudara hanya memiliki 25 kerusi. Gedung sewaan itu sendiri hanya memiliki papan nama yang hanya cukup memuat sembilan karakter huruf. Dari sembilan huruf tersebut, Dan dan Frank menginginkan nama 'pizza' termasuk yang dicantumkan pada papan nama.

Dengan demikian ruang pada papan nama tinggal tiga karakter huruf lagi. Dan dan Frank pun kebingungan untuk mengisi kekosongan ruang papan nama, hingga akhirnya sebuah ide terlontar dari salah seorang anggota keluarga mereka. Melihat restoran kreasi Dan dan Frank yang nampak hut, sang saudara itu mengusulkan kata hut untuk mengisi tiga karakter huruf pada papan nama.

Begitulah, nama Pizza Hut akhirnya lahir dari reaksi spontan seseorang setelah melihat bangunan restoran pizza yang hut tadi.

Kini Pizza Hut menjadi salah satu restoran terbesar dan terkenal di dunia. Di AS sendiri Pizza Hut tersebar merata di 7.200 lebih unit. Dan di 90 negara ada sebanyak 12 ribu gerai Pizza Hut dengan jumlah karyawan sebanyak 300 ribu orang.

Dalam setahun ada sekitar 4,2 mill pembelian pizza. Dalam hitungan minggu, ada sebanyak 11,5 juta pembelian pizza dengan puncak pembelian jatuh pada hari-hari Jumat dan Sabtu.


So, jom la makan pizza hut sambil menang hadiah. Cuma SMS je dan pastikan resit disimpan ye. Tak mcm aku lepas mkn terus luper resit campak mane. huhu melepas RM100,000.(Cheh mcm dapat...)


















Sunday 27 November 2011

Susu Kambing Bagus Ke?





Misi untuk pencarian susu kambing berjaya akhirnya melalui facebook http://www.facebook.com/powergoat keluaran AnaEdar. Sila "LIKE" fb diorang sebab jika bertuah dpt ar 2 sachet  free mcm mama dapat...hehe.



Selain itu mama ade beli susu kambing fresh Haji Nasir Goat Farm di Ulu Choh.Susu kambing fresh ni dibekalkan sampai kat Skudai.
HAJI NASIR GOAT FARM
pembekal susu kambing segar
pembekal kambing hidup untuk aqiqah dan korban
pembekal baaka kambing jenis seanaan
0197551270- nasir
lokasi- ulu choh
 Kenapa mama nak minum susu kambing?Setelah diamati byk rupanya khasiat susu ni..tambahan Iman plak jenis alah laktosa, so mama kena cari juga susu yg sesuai untuk keperluan mama salurkan ketika menyusukan Iman. Jom kita tengok ape bestnya susu kambing ni....layannn.....

SEJARAH SUSU KAMBING 

NABI ADAM
Bermulanya Human Civilization (tamadun manusia) Habil dan Qabil menternak kambing dan ianya merupakan ternakan binatang pertama di dunia.


NABI IBRAHIM
Merupakan penternak kambing yang agong.Terdapat 12,000 ekor anjing yang menjaga kambing- kambingnya.Berlaku peristiwa sedekah (kambing) yang terbesar dalam sejarah Islam.


NABI ISA
Juga menternak kambing. Wujudnya Bani Israel – bangsa Yahudi (satu bangsa yang dikenali cerdik). Mengamalkan minuman susu kambing sehingga ke hari ini.

NABI MUHAMMAD SAW
Diantara jenis minuman yang biasa diminum oleh Rasulullah saw adalah susu kambing segar, yakni langsung diminum sesudah diperah dari kambing (kisah Abdullah bin Mas’ud pada masa remaja, mengembala kambing milik Uqbah Mu’aith)
Dipetik dari Tulisan Dr. Indah Kristanti-Alhikmah.com.


Peristiwa Israk Mikraj
Nabi Muhammad s.a.w telah disediakan dengan tiga jenis minuman oleh Jibrail iaitu Arak , Madu dan Susu kambing. Baginda memilih susu kambing (“minuman yang terbaik di dunia selepas susu ibu”).

Susu kambing adalah satu pengeluaran biologikal yang unik. Khasiatnya memang tidak dapat nafikan. Sudah menjadi satu tanggapan umum di seluruh dunia bahawa masalah kesihatan manusia boleh dibantu dengan khasiat penghadaman dan pemulihan dari susu kambing yang luar biasa. Tokoh seperti Cleopatra dengan sejarah mandian susu kambing dan Mahatma Gandhi memulakan hari dengan segelas susu kambing yang segar diikuti dengan segelas sebelum masuk tidur.

Dinasti China
2,500 tahun dahulu puteri-puteri Maharaja China mengamalkan minum susu kambing dan berendam dalam susu kambing.

Hindu
Masyarakat India dan penganut agama Hindu juga mengamalkan minum susu kambing bertujuan:
-Meningkatkan Daya Ingatan
-Ketahanan Badan 

KELEBIHAN SUSU KAMBING

- Paling hampir dengan susu ibu (minuman terbaik di dunia selepas susu ibu)
- Para Nabi meminum susu kambing dan membela kambing (membela dan meminum susu kambing adalah sunnah)
- Tiada dijangkiti penyakit kambing gila (yang ada penyakit lembu gila)
- Kurang dijangkiti penyakit kuku dan mulut berbanding lembu
- Kambing mempunyai sistem pertahanan tubuh yang kuat
- Kambing betina beranak 2 kali setahun, 1 hingga 4 ekor berbanding lembu setahun sekali dan hanya seekor
- Lembu hanya mempunyai nafsu mengawan sekali dalam satu tahun berbanding kambing, setiap hari
- Susu kambing lebih mudah dihadam kerana ia hanya memerlukan 20 minit berbanding susu lembu memerlukan 2 jam

KHASIAT SUSU KAMBING


Susu kambing paling berkesan dan lebih berkhasiat jika dibandingkan dengan susu lembu dalam menyembuh serta mencegah penyakit "dalaman" antara lain:

- Penyakit deman kuning
- Penyakit lemah jantung
- Penyakit darah tinggi
- Penyakit migrane/kerap merasa pening kepala
- Penyakit sendi, sakit urat saraf dan buah pinggang
- Penyakit batuk kering atau TB
- Penyakit yang menyerang jantung, limpa dan hati seperti hipertitis
- Penyakit saraf dan tulang belakang yang dialami bila usia semakin lanjut
- Cukup bermanfaat bagi mereka yang mengalami lemah tenaga batin
- Sesuai diminum diwaktu pagi (sebelum bersarapan) dan malam (sebelum tidur). Jangan guna air panas kerana boleh merosakkan khasiatnya. Bancuh dengan air suam sahaja

Manfaat untuk Ibu Mengandung: Pemakanan yang berkhasiat boleh menyumbang kepada pembentukan dan perkembangan bayi semasa dalam kandungan kerana apa sahaja yang anda makan dan minum merupakan sumber utama nutrien bagi bayi anda. Susu kambing sangat sesuai untuk ibu mengandung kerana  ia kaya dengan protein, enzim-enzim dan Vitamin A yang penting untuk kesihatan. Pemakanan yang sihat bermula dari awal kehamilan dapat membantu proses tumbesaran bayi yang sihat, cergas dan pintar. Semasa mengandung, anda bukan sahaja perlu meningkatkan jumlah pemakanan anda, tetapi yang lebih penting ialah apa yang anda makan. 

Manfaat Untuk Ibu Menyusu: Ibu yang menyusu perlu menjaga pemakanan yang sihat agar dapat menyusui bayi dengan sempurna. Memang tidak dinafikan bahawa susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuk bayi namun kebanyakan ibu-ibu terpaksa menghentikan penyususan ibu kerana aliran susu semakin perlahan sedangkan bayi memerlukan susu yang lebih apabila semakin membesar. Amalan meminum susu kambing dapat meningkatkan pengaliran susu badan. Apa yang menarik, selain menambahkan susu ibu, susu kambing juga boleh diberikan kepada bayi menggantikan susu lembu.

 Manfaat untuk Bayi dan Kanak2: Kandungan kalsium yang tinggi dalam susu sangat baik untuk pembentukan tulang dan gigi kanak-kanak. Keunggulan lain susu kambing adalah susu kambing lebih mudah dicerna. Susu kambing mempunyai molekul protin & lemak yang sangat halus, lembut, serta mudah hadam berbanding susu lembu. Jadi ia sangat baik untuk diet bayi.



 Kandungan potassium & calcium yg tinggi serta kandungan sodium yang rendah.
Dapat membentuk tekanan darah yang normal dan mengawal fungsi hati yang normal.



Mengandungi bahan riboflavin
Untuk tenaga dan juga boleh merawat simpton penyakit asma, eczema, colic, insomnia dan demam kuning.



Kandungan silicon dan fluorine yang tinggi
Dapat mencegah penyakit diabetes (kencing manis).



Mengandungi faktor anti barah.
Kandungan mineral Selenium yang kaya dalam susu kambing bertindak sebagai bahan bagi membantu sistem ketahanan sel badan manusia dan bahan anti oksida. Selain itu ianya melawan virus secara semulajadi dan mencegahnya dari membiak.



Kandungan PH beralkali
Maka ianya tidak menjana acid dalam darah atau usus. Ianya bertindak meneutralkan acid dalam badan.Kandungan acid berlebihan dalam badan menyebabkan kepada penyakit sakit kepala, sakit badan & otot, penurunan berat badan, kandungan gula dalam badan yg tidak seimbang, keletihan dan tekanan darah tinggi.


Susu Kambing Adalah Yang Terbaik Selepas Susu Ibu

- Membantu dan menguatkan sistem imunisasi tubuh
- Bersifat alkali bukan asidik
- Sesuai untuk semua peringkat umur, dari bayi dalam kandungan sampailah kepada orang tua
- Meningkatkan daya kepekaan, penumpuan dan ingatan
- Mengimbangi kadar kolesterol dan kandungan gula dalam darah
- Mudah dicerna (menyerap dalam tubuh badan) dan tidak menyebabkan alahan
- Membantu melancarkan sistem penghadaman dan permasalahan usus
- Merawat dan menyembuhkan penyakit kanser, demam kuning, gastrik, ulser, buasir, asthma (lelah), migrain (sakit kepala), penyakit kulit, insomia (sukar tidur), senggugut, darah tinggi, lemah jantung, kencing manis, batuk kering dan gout
- Menguatkan jisim tubuh yang sihat (tulang, gigi, otot, sendi, kulit dan tisu saraf
- Memulihkan tenaga batin dan awet muda


Salam Maal Hijrah 1433H




 Assalamualaikum dan salam Hijrah 1433H kepada rakan-rakan saudara seIslam. Saat ini kita telah melangkah ke Tahun Baru Hijrah 1433H yang mungkin ramai yang tidak merasakan tahun baru ini sesuatu yang besar dalam harian mereka berbanding tahun baru masihi nanti 2012.Awal Muharram atau Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam iaitu memperingati penghijrahan Nabi Muhammad SAW dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa bersejarah itu berlaku pada 12 Rabiul Awal tahun baru bagi Takwim Hijrah. Namun Tahun Hijrah Rasulullah SAW dari Mekah ke Madinah itu diambil sebagai permulaan kiraan bagi kalendar Hijrah.[


Doa Akhir Tahun
 
Seperti yang telah dinyatakan, Doa Akhir Tahun Hijrah diatas dibaca pada akhir solat Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah  pada tanggal 29 atau 30 Dzulhijah dengan jumlah ulangan sebanyak 3 kali. Dikatakan fadhilatnya bahawa sesiapa yang membaca doa ini, syaitan akan berkata: "Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun".


Doa Akhir Tahun


Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW,beserta para keluarga dan sahabatnya. Ya Allah, segala yang telah ku kerjakan selama tahun ini dari apa yang menjadi larangan-Mu, sedang kami belum bertaubat, padahal Engkau tidak melupakannya dan Engkau bersabar (dengan kasih sayang-Mu), yang sesungguhnya Engkau berkuasa memberikan siksa untuk saya, dan Engkau telah mengajak saya untuk bertaubat sesudah melakukan maksiat. Karena itu ya Allah, saya mohon ampunan-Mu dan berilah ampunan kepada saya dengan kemurahan-Mu.
Segala apa yang telah saya kerjakan, selama tahun ini, berupa amal perbuatan yang Engkau ridhai dan Engkau janjikan akan membalasnya dengan pahala, saya mohon kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah, wahai Dzat Yang Mempunyai Kebesaran dan Kemuliaan, semoga berkenan menerima amal kami dan semoga Engkau tidak memutuskan harapan kami kepada-Mu, wahai Dzat Yang Maha Pemurah.
Dan semoga Allah memberikan rahmat dan kesejahteraan atas penghulu kami Muhammad, Nabi yang Ummi dan ke atas keluarga dan sahabatnya.

Doa Awal Tahun
Manakala Doa Awal Tahun Hijrah pula dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram. Dikatakan fadhilatnya bahawa sesiapa yang membaca doa ini, syaitan akan berkata: "Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Doa Awal Tahun
Artinya:
Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, beserta keluarga dan sahabatnya.
Ya Allah Engkaulah Yang Abadi, Dahulu, lagi Awal. Dan hanya kepada anugerah-Mu yang Agung dan Kedermawanan-Mu tempat bergantung.
Dan ini tahun baru benar-benar telah datang. Kami memohon kepada-Mu perlindungan dalam tahun ini dari (godaan) setan, kekasih-kekasihnya dan bala tentaranya. Dan kami memohon pertolongan untuk mengalahkan hawa nafsu amarah yang mengajak pada kejahatan,agar kami sibuk melakukan amal yang dapat mendekatkan diri kami kepada-Mu wahai Dzat yang memiliki Keagungan dan Kemuliaan. Semoga Allah senantiasa melimpahkan rahmat dan keselamatan kepada junjungan kami Nabi Muhammad SAW, Nabi yang ummi dan ke atas para keluarga dan sahabatnya.

Monday 21 November 2011

Harimau Muda Baham Garuda...





Setinggi-tinggi tahniah diucapkan khas buat pasukan Harimau Malaya Muda yang berjaya membaham pasukan garuda sekaligus membuktikan mereka layak bergelar gergasi asia. Kejayaan Indonesia menembusi gawang gol Malaysia di awal permainan iaitu pada minit ke 5, sedikit pun tidak menggugat perasaan pemain Malaysia malah menjadikan pasuan Malaysia lebih bersemangat untuk bermain.
Skuad Malaysia hampir dengan menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke 35 hasil tandukan rendah yang dilakukan oleh Asraruddin. Beliau yang diletakkan oleh Ong Kim Swee di posisi yang berlainan dari kebiasaannya membuktikan beliau seorang pemain yang serba boleh.
Sehingga tamat masa permainan Malaysia terikat dengan Indonesia 1-1. Masa tambahan sebanyak 30 minit yang diberikan tetapi hampa kerana tiada jaringan yang dilakukan oleh kedua-dua pasukan.
Kemenangan menerusi sepakan penalti telah memberi kemenangan berturut-turut selama 2 tahun kepada pasukan Malaysia dalam Sukan Sea ini. 4-3 keputusan menerusi penalti menjadikan mata sebenar 5-4 dan kemenangan berpihak secara mutlak kepada pasukan Harimau Malaya!!
Nazmi Faiz bintang baru yang mula menyerlah di Sukan Sea ini dibawa turun  menggantikan Gurusamy yang turut menjadi pemain penting dalam sukan sea kali ini. Terlalu sukar untuk menentukan siapakah sebenarnya man of the match dalam sukan ini.
Pasukan Malaysia  terus dibawa pulang ke Malaysia selepas kerajaan bersetuju menempah penerbangan khas buat mereka supaya dapat merehatkan diri secukupnya sebelum bertemu Syria pada rabu akan datang.
p/s: semoga pasukan Malaysia akan berjaya dalam pertemuan bersama Syria Rabu akan datang ini.

Semalam Mama, papa n Iman sama2 tengok bola jugak dari awal sampai abes. Iman mulut riuh betul skarang ye... tengok aksi Iman main bola mainan betul2 mcm dah pro dah..hehe..semoga Iman nnti aktif main bola ye jgn duk dpn tv je tgk bola..hehehe...

ini mohd iman haikal aka wan zach haikal (player Harimau Muda)

Sunday 20 November 2011

Nak Tido Dengan Mama....










Berita buruk untuk golongan lelaki yang bergelar Bapa...nasihat kontroversi ini adalah dari pakar kanak-kanak, dilaporkan bahawa bayi anda sepatutnya tidur di sisi ibu mereka sehingga berumur sekurang-kurangnya tiga tahun. Pakar mendakwa bayi yang berusia dua hari jika diletakkan di atas katil tidur sendirian mendapati bayi berkenaan kurang tidur berbanding bayi-bayi yang terlena di sisi ibu atau atas dada ibu.

Seperti yang dipetik sari Dailymail, pakar tersebut juga menyatakan bahawa jantung bayi berada di bawah tekanan sebanyak tiga kali ganda apabila bayi itu tidur di atas katil sendirian tanpa ibu di sisinya. Tidur berjauhan dikhuatiri menjadikannya lebih sukar untuk ibu dan bayi menjalin hubungan kasih sayang malah boleh merosakkan perkembangan otak, dan membawa kepada kelakuan buruk apabila bayi itu membesar. Dr Nils Bergman, University of Cape Town, Afrika Selatan, mengatakan bahawa untuk pembangunan optimum, bayi yang baru lahir sihat perlu tidur di atas dada ibu mereka untuk beberapa minggu pertama. Selepas itu, mereka harus tidur bersama ibu sehingga mereka berusia tiga atau empat tahun.


Iman skrang memang hari2 pun nk tido kat katil mama. Tujuannya senang nk ngempeng. Mama dah blajar cara nak menyusukan smbil baring. Tp memang tak selesa ar. Masalh tidur Iman masih tak selesai lagi. Memang susah nk tidur lagi2 klau musim panas. Takpelah asalkan Iman cukup tido waktu siang mama dah syukur dah.

Wednesday 16 November 2011

Iman At 4 Months...




arini sy dah 4 bulan tau....
 

Harini Iman dah 4 bulan...........alhamdulillah....maknanya dah 4 bulan juga Iman fully breastfeed. Thank u sayang sbb jadikan susu mama pilihan utama. Sampai skrg nak minum susu pakai botol pun kdg2 masih problem gak.Huhu manja betul anak mama ni kan..anyway mama n papa love u sooooo  muchhhh....Jom tengok perkembangan Iman n kwn2 Iman pada usia 4 bulan k....


Bakat baru pusing meniarap dan menelentang

Apabila bayi anda dibaringkan atas perutnya, dia akan mengangkatkan kepala dan bahunya seberapa tinggi dan menggunakan lengannya untuk mengampu dan menahan. Tekan tubi mininya ini membantu bayi mengukuhkan otot-otot dan dia juga akan mendapat pandangan yang baik tentang perkara-perkara yang sedang berlaku di sekitarnya. Dia mungkin juga mengangumkan anda (dan diri sendiri!) dengan berpusing dari baring telungkup kepada telentang, atau sebaliknya. Anda boleh menggalakkan ini melalui mainan: goyang-goyangkan patung mainan di tempat ke mana dia akan pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila dia melakukan ini; dia memerlukan sokongan anda sebab perbuatan-perbuatan barunya ini agak menakutkan baginya.

Masa ini untuk makanan pepejal?

Bagi empat ke enam bulan pertama dalam hidupnya, bayi anda memperolehi semua nutrien yang diperlukan dari susu badan atau susu formula. Namun begitu, didapati bahawa ibubapa sudah mahu mula memberi makanan pepejal. Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mencuba pepejal. Anda boleh mulakan dengan memberinya sedikit pepejal (iaitu makanan lembik seperti makanan bayi yang dipuri atau bijirin bayi) memandangkan saluran pencernaannya sudah agak matang dan refleks menjolok lidah keluar semakin lenyap. Walau bagaimanapun, kebanyakan doktor menggalakkan ibubapa agar menunggu sampai bayi berusia enam bulan. Dengan tidak memberikan pepejal terlalu awal, anda boleh mengurangkan reaksi alergik dan menjaminkan yang susu ibu dan formula dalam diet bayi anda tidak dikurangkan.


Selimut pun nk mkn..

Memanjangkan tangan dan memasukkan objek ke dalam mulut

Bayi anda sekarang sudah boleh memanjangkan tangannya dan merampas sesuatu objek, walaupun lazimnya pertama kali dia mencuba dia terlepas sasarnya. Apabila dia dapat memegang sesuatu, dia akan mengkajinya untuk seketika dan kemudian cuba memasukkannya ke dalam mulut. Anda juga akan memerhatikan air liur banyak meleleh sekarang. Setengah bayi sudah mula tumbuh gigi ada seawal usia empat bulan, tetapi gigi pertama bayi selalunya tidak keluar sebelum usia lima atau enam bulan.

Galakkan bayi anda mencuba dan bermain dengan pelbagai jenis objek. Umpamanya, lampin kain yang bersih boleh mengasyikkan bayi untuk beberapa minit. Perhatikan dia menghisap sesuatu objek, memegangnya, dan ketahuilah apa yang akan berlaku apabila dia merenyukkannya. Berikan dia kelentong ringan dan perhatikan betapa seronoknya dia mendengar kelentong itu berbunyi jika digoncang. Menyediakan tempat aktiviti bayi atau gim buaian adalah baik di peringkat ini, iaitu di ketika bayi anda mempelajari tentang sebab dan akibat - umpamanya, dia mendapati bahawa apabila dia mengerakkan tuil atau butang, dia mendengar loceng berbunyi.

mouse benda yg paling iman suka...

Kini mampu bermain sendiri

Pada masa ini, bayi anda sudah pandai bermain dengan tangan dan kakinya untuk beberapa minit setiap kali. Sungguh ajaib! Pada satu ketika, anda tiba-tiba sedar bahawa tiada kedengaran apa-apa dari dalam bilik, jadi, anda jengok ke dalam dan melihat bayi anda yang sebelum ini memerlukan perhatian dan jagaan anda hampir setiap detik dia berjaga, sekarang boleh bermain dengan sendiri. Mungkin sekarang anda boleh kembali membaca surat akhbar seperti dulu kala.

Mula memahami peranan bahasa

Para penyelidik percaya bahawa menjelang usia empat bulan, bayi anda sudah boleh memahami semua bunyi-bunyi asas dalam bahasa ibundanya. Antara usia empat dan enam bulan, dia menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti “ma-ma” atau “da-da.” Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu dengan ibu atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru bunyi – anda sebut “boo”, dan dia akan cuba menyebutnya juga. Anda boleh mengembangkan kebolehan komunikasinya dengan meniru ekspresi muka dan bunyi yang disebutnya – dalam kata lain, men”cermin”kan perlakuan dia. Oleh sebab anda memberi reaksi terhadap sesuatu bunyi yang disebut olehnya dan bereaksi apabila dia cuba menyatakan sesuatu, bayi anda mula mempelajari tentang kepentingan bahasa dan mula memahami konsep sebab dan akibat. Dia mula sedar bahawa apa yang diperkatakan olehnya akan membawa kesan tertentu.

Memahami rampaisari warna yang pelbagai

Bayi boleh mengecam warna dari dia mula lahir, tetapi mempunyai kesukaran menbezakan nada terang-gelap dan corak warna seperti oren dan merah. Sebab itu, mereka lebih gemar hitam dan putih atau warna yang berkontras tinggi. Antara usia dua dan empat bulan, perbezaan warna menjadi lebih jelas, dan bayi anda mula dapat membezakan nada dan corak yang berlainan bagi sesuatu warna. Bayi anda akan menunjukkan kegemaran bagi warna primer yang terang. Dia akan tertarik kepada mobil tergantung yang berwarna cerah (digantung supaya tak dapat dicapainya), poster-poster terang dan buku-buku keras yang berwarna menarik.

Lebih memilih orang

Menjelang empat bulan, bayi anda mungkin sudah boleh menunjukkan respon terhadap kehadiran anda, suara anda dan juga ekspresi muka anda dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya.

Sekitar masa ini juga, bayi anda, yang setakat ini cenderung memberi senyuman kepada semua orang yang dijumpainya, mula memilih orang-orang yang dia mahu berdekat dengannya. Jika dia berada dalam kumpulan ramai atau dengan orang yang tidak dikenalinya, dia mungkin memerlukan sedikit masa untuk menjadi selesa. Sediakan sedikit masa untuk bayi membuat transisi apabila berjumpa dengan orang yang tak dikenalinya atau apabila bayi ditinggalkan dengan penjaga. Anda akan juga mendapati bahawa apabila dia berada dalam dukungan anda, dia lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain – terutama sekali kanak-kanak yang lebih tua yang bising dan riang riuh.



Senyuman ni untuk peminat saya je ye...





Sunday 13 November 2011

Rahsia Senjakala......






Larangan anak2 keluar waktu senja......

Pernah tak dengar mak2 kita dulu marah klau time maghrib kita masih berkeliaran di luar rumah???Alasannya takut terpijak anak syaitan atau takut gangguan jin. Hehe.Betul ke tidak? Terbaca dalam Al-Islam keluaran November 2011 yang ade mengupas tentang tajuk ni. So aku tertarik gak nak kongsi bersama.

"Dari Jabir bin Abdullah r.a katanya Rasulullah s.a.w bersabda, "Bila hari telah senja, laranglah anak2 keluar rumah kerana ketika itu syaitan berkeliaran. Satu jam sesudah itu bila telah malam biarkanlah mereka. Kuncilah pintu dan sebutlah nama Allah, kerana syaitan tidak dapat membuka pintu yang terkunci (dengan nama Allah). Tutup tempayanmu dengan menyebut nama Allah. Tutup semua benjanamu dengan menyebut nama Allah, sekalipun dengan membentangkan sesuatu di atasnya dan padamkan lampu (ketika hendak tidur)"

Maknanya larangan ibubapa kita itu ade asasnya sebab kanak2 terutama yang belum mumaiyiz memiliki hati yg bersih drpd dosa dan tiada hijab. Keadaan itu memungkinkan mereka dpt melihat makhluk2 halus dan rasa tindakan makluk tersebut. Itula penyebab kdg2 ada bayi yang menangis tiba2 waktu senja atau tengah malam kerana diganggu oleh makluk2 ini.Kebolehan jin syaitan dan iblis memasuki tubuh manusia melalui salur darah juga telah diketahui oleh Rasulullah kerana sifat mereka yang halus dan boleh berubah mengikut keadaan. Oleh itu Rasulullah juga sarankan tutup makanan yg terdedah supaya makhluk2 halus ini yang berupa virus yang berbahaya tak masuk dlm makanan.

Kenapa syaitan memilih waktu senja?
               Antara tabiat syaitan ialah mereka suka berada di antara 2 situasi aiatu dua keadaan. Contohnya antara siang dan malam, antara teduh dan panas terik, antara sejuk dan panas dan antara hujan dan panas. Oleh itu Rasulullah ada melarang kita duduk di antara kwsn teduh dan kwsn yg disinari cahaya matahari dan juga ketika hujan panas. Syaitan juga suka duduk di antara seorg lelaki dan perempuan (yg bukan mahram). Lautan yg terletak di pertembungan dua arus juga menjadi pilihan syitan membina singgahsananya seperti di Segitiga Bermuda. Pergerakan syitan pd mlm hari adalah lebih hebat berbanding siang sbb kegelapan mlm memberi kekuatan kpd mereka. Selain drpd itu, wrna hitam juga mereka suka dan Rasulullah ada menyuruh untuk membunuh anjing hitam yg mempunyai titik putih di atas matanya kerana itu adalh syaitan.

Jangan tidur waktu senja..........
Disebabkan syaitan suka duduk diantara dua keadaan , maka tidur pd waktu senja adalah waktu yg paling mudah untuk dimasuki syaitan. kerana jasad dlm keadaan separuh sedar pd saat syiatn sdg berkeliaran. Ada ulama berpendapat, sekiranya tido 40 hari berturut2 boleh menyebabkan kegilaan. menurut Ibn Qaiyim tidur di siang hari ( matahari terbit) atau tidur di dia akhir siang hari (selepas asar) adalah waktu yg dikeji kerana ia akan mewarisi penyakit kebengkakan( muka kelihatan sembap dan tidak bercahaya), malapetaka, merosakkan warna kulit, menimbulakan penyakit radang limpa, melemahkan urat saraf, dan melemahkan syahwat. 

Keluar senja kena tutup kepala.....

Saranan org tua ini ade logiknya kerana para ulama bersepakat bahawa itak manusia antara sasaran utama syaitan kerana ia adalah pusat kawalan segala aktiviti anggota tubuh. Oleh itu. tutup kepala terutama ubun2 untuk mengelakkan syaitan masuk melaluinya dan meracuni pemikiran kita.
Jika Terpaksa keluar waktu senja....

Rasulullah telah meninggalkan amalan2 yg baik sebagai pendinding kpd diri kita dan boleh diamalkan jika ingin mengelakkan gangguan syaitan:
  • Membaca surah Al-Ikhlas, An-Nas dan Al-Falaq beserta ayat Qursi.
  • Pastikan diri dlm keadaan berwuduk
  • Hati dan fikiran sentiasa berzikir mengingati Allh
  • Tidak keluar sendirian kecuali dgn muhrim
  • Menjauhi diri dr kwsn maksiat 
  • Menutup Aurat



 

Friday 11 November 2011

11.11.11




Cantiknya tarikh ni....bagi orang yang prihatin tarikh ni pilihan untuk buat sesuatu yang bermakna pd diri diorg. Tp bagi aku tarikh ni same je dgn tarikh2 yg lain cuma sbb ia jatuh hari Jumaat" Penghulu Segala Hari" maka ia lebih berkat untuk kita berdoa kan?? Bagi masyarakat Tionghua pula yang percaya kepada fengshui menganggap tahun ni tahun yang tidak terlalu baik tapi orang yang tidak mempercayainya tetap menganggap tarikh ini unik dan senang diingat sebagai tarikh kelahiran dan perkahwinan. Menurut fengshui, 1 itu adalah simbol kekerasan dan tahun 2011 memiliki simbol logam, oleh itu 11.11.11 ade 6 kali simbol kekerasan yang menunjukkan pasangan yg berkahwin pd tarikh ini akan sering bergaduh, susah mencari wang dan mudah jatuh miskin. Bagi anak yang dilahirkan pada tarikh ini pula memiliki sifat keras kepala, tapi bersemangat tinggi. Tapi ramai juga masyarakat cina menganggap tarikh ini bertuah kepada kehidupan mereka.Tp sebagai Islam ape kita kisah kan???asalkan hari jumaat memang hari yang baik untuk memulakan sesuatu. So..jom kita tengok peristiwa2 yg berlaku pada tarikh ni k..

Peristiwa Yang Berlaku  Tanggal 11 – 11- 2011

  • Pembukaan Sea Games XXVI di Palembang tahun 2011
  • Ramai pasangan muda ramai-ramai mendaftarkan diri di pejabat agama untuk melangsungkan pernikahan. berdasarkan semakan rekod dalam sistem e-Munakahat milik Jawi, jumlah permohonan pernikahan bagi tarikh 11 November 2011 di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya adalah seperti berikut iaitu daerah Damansara sebanyak 20 permohonan , Kuala Lumpur (36), Setapak (42), Sungai Besi, (71), Kepong (40) dan Putrajaya ( 25). Jumlah keseluruhan permohonan yang diterima ialah 234 permohonan sehingga 8 November 2011

    •  SONGKHLA (Thailand): Hasrat kira-kira 10 pasangan yang mahu mengabadikan tarikh 11.11.11 dengan bernikah di sempadan semalam, musnah apabila pejabat Majlis Agama Islam Songkhla di sini, ditutup seminggu sempena cuti Aidiladha.

     
  • Ramai pasangan suami isteri yang sedang menunggu kelahiran anaknya juga beramai-ramai mendaftar untuk melahirkan secara ceasarian.Di hospital Ampang shj terdapat 19 org bayi dilahirkan http://mynewshub.my/2011/11/11/19-bayi-lahir-tarikh-11-11-11-di-hospital-pantai-ampang/ manakala 10 bayi perempuan dan enam lelaki di Hospital Kuala Lumpur (HKL) sehingga 12 tengah hari.
  •  Satu acara larian merentas gurun Sahara bakal dicatatkan oleh Suwaibah Muhammad Nasir pada tarikh 11.11.11.Bekas Anggota Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ini sedang sibuk mempersiapkan diri bagi merealisasikan hasratnya menawan Gurun Sahara dengan membuat larian solo sejauh 1,111 kilometer merentas gurun tersebut yang akan bermula hari ini. 
  •  36 pelajar dan empat guru Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Air Merah, Kulim, Kedah,  melalui tragedi mengerikan apabila bas rombongan yang dinaiki terbalik, sebelum dirempuh sebuah treler di Lebuhraya Utara Selatan menyebabkan empat orang terkorban.

Peristiwa Penting Dunia Tanggal 11 – 11 Tahun-tahun sebelumnya

  • 1675 – Gottfried Leibniz menunjukkan kalkulus integral untuk pertama kalinya untuk mencari luas di bawah grafik sebuah fungsi y = f(x) dengan menggunakan antiderivatif.
  • 1743 – Ditandatanganinya Perjanjian Paku Buwono II antara Kesultanan Mataram dengan VOC; Surabaya dikuasai sepenuhnya oleh VOC.
  • 1918 – Polandia merdeka untuk kedua kalinya setelah Jerman menyerah dalam Perang Dunia I.
  • 1946 – Berawalnya Perundingan Linggarjati.
  • 1975 – Angola merdeka dari Portugal.
  • 1978 – Maumoon Abdul Gayoom memulai masa bakti pertamanya sebagai Presiden Maladewa.

Kelahiran Tokoh Dunia tanggal 11 – 11

  • 1724 – Willem Alting, Gubernur-Jendral Hindia-Belanda ke-32 (w. 1800)
  • 1785 – Diponegoro, pahlawan Indonesia (w. 1855)
  • 1864 – Alfred Hermann Fried, aktivis perdamaian, penerima Penghargaan perdamaian Nobel (w. 1921)
  • 1937 – Prof. Pantur Silaban PhD., fisikawan Indonesia
  • 1945 – Daniel Ortega, Presiden Nikaragua
  • 1955 – Jigme Singye Wangchuk, Raja Bhutan
  • 1962 – Demi Moore, aktris Amerika Serikat
  • 1974 – Leonardo DiCaprio, aktor Amerika Serikat
  • 1981 – Natalie Glebova, Miss Universe 2005 kelahiran Rusia
  • 1982 – Asafa Powell, pelari Jamaika, pemegang rekor dunia lari 100m

Peristiwa Meninggal Tokoh Dunia tanggal 11 – 11

  • 1675 – Guru Tegh Bahadur, Guru Sikh ke-9 (l. 1621)
  • 1973 – Artturi Ilmari Virtanen, kimiawan Finlandia, penerima Penghargaan Nobel (l. 1895)
  • 2004 – Yasser Arafat, pemimpin Palestina (l. 1929)

Thursday 10 November 2011

E-certificate from MPPS and WABA







Ni dia sijil e-eletronik daripada MMPS (Mother to Mother Peer Support) Penang dan WABA (World Alliance for Breastfeeding Action) bagi ibu2 yang join One Minute Simultaneous Breastfeeding 9 October lalu (entry). Congrats kepada semua ibu2 yg menjayakan program ni. Hanya kita je yang tau cabaran untuk menyusukan baby ni kan..Insyallah tahun dpn kita join lagi k.

Tetiba rindu..............



Anak mama yang manje....rindunyaaaa

Jam  menunjukkan pukul 5pm...lambatnya nak balik..tak tau nak tulis pasal ape...yg penting emosi time ni tgh rindu ngan Iman..Iman tgh watpe? abiske susu yg dibekalkan mama?meragam ke dia? ingat tak dia kat mama dia ni?huhu..macam2 pikir...macamni rupenya perasaan seorang ibu ye?(hehe..bermonolog plak ptg ni..sapelah nak dengar kan...). Ok..yang penting aku nak balikkkkkkkkkkkkkkkk..........lambatnya pukul 6.15pm...

Thursday 3 November 2011

Testimonial Trial Pack Set E : Shaklee Pilihan Saya...

   

TRIAL SET E (Credit foto dari nursalwa.blogspot.com)


    Sape kate makan vitamin ni tak perlu?adakah kita boleh jamin setiap hari kita makan makanan yg seimbang.??Rasenya klau ikut piramid kesihatan tu paling banyak yg kita consume adela makanan yg di atas puncak skali iaitu gula, minyak atau makanan berlemak. Lagi2 ibu yg bekerja mcm aku ni makan ikut ape perut aku nak.hehe...korang pun same kan??Oleh itu, untuk seimbangkannya makanlah vitamin. Dulu2 aku pun slalu ambil vitamin tapi kesannya sgtla minima, smpai nk makan pun tak lalu dah...tapi bila try vitamin Shaklee lain kesannya. Mase berpantang aku dah cuba trial Set B so aku dapat kumpul EBM dekat 50 pack storage bags. So bila naik keje aku dah selesa dah nk fully bfeed sbb tak rase tension sgt nk kumpul stok. Tapi aku stop kejap consume vitamin ni sbb keadaan x mengizinkan mase tu, tapi aku beli balik Trial Set E ( tambah Ostematrix)lebih kurang 2 minggu lepas dgn nursalwa distributor Shaklee di jb dekat dgn rumah aku. Dengan izin Allah, tak lame aku consume Shaklee banyak juga perubahan. Antaranya ialah: 
  •  Iman dah boleh tido malam. Ini ialah perubahan yang paling ketara. Sebelum ni aku memang payah nak dapat tido yg nyenyak dan kdg2 langsung tak tido melayankan Iman. Perubahan ni cuma 2 hari je lepas aku mkn vitamin ni.Mungkin dia tido kekenyangan bila susu yg diminum bertambah pekat dan byk khasiat kot. 
Iman boleh tertido sendiri tak payah buai atau dodoikan..

  •  Ruam2 bdn Iman (mungkin disebabkan eczema) bertambah baik. Takde lagi ruam2 di muka dan leher yang buat Iman tergaru2 satu badan.Tengok entry tentang ruam panas ni.
Dah takde ruam merah2 kat badan lagi
  • Perubahan pada diri aku plak lebih ketara bila susu yg diperah lebih byk dr biasa dan dapat dlm 6oz sebelah kanan dan 3 oz sebelah kiri  kalau aku mengepam di ofis walaupun tempoh mengepam 10 minit je. Sebelum ni sebelah kiri langsung tak nak kluar dan aku harus mengepam 20 minit untuk penuhkan satu botol. Nanti aku wat entry tentang ni.
  • Tumit kaki aku pun tak rase sakit bile berdiri lame mungkin sbb aku ambil oste 4 biji sebelum tido. 
  • Sekarang nak bangun malam mengepam pun dah boleh, sbb tak rase ngantuk sgt dan rase rajin sket nak mengepam. Tapi dengan syarat aku kena tido awal la. hehe..

Perubahan2 yang lain mungkin aku tak perasan. Nak tanya suami pun dia mesti tak mau cakap punye...biaselaa ego lelaki kan...hehe..tapi yang pasti hubungan menjadi lebih intim kot..haha..

Oklah kepada sesape yang nak dapatkan Set E ni boleh la beli dari nursalwa k siap ade contest lucky draw lagi untuk customer bertuah. Dan aku adalah slah seorang yang dah dapat habuannya. Yeyyyy...free sebotol Vita-Lea yang berharga RM71. Thanks Salwa.. 

free gift menang lucky draw


So klau berminat call la dia di 012-7111260 atau email di honeywawa85@gmail.com Testimonial ni bukan tujuan nak mengampu atau nak menang contest ye. Tengokla ayat pun lebih dari 150 patah perkataan.Hehe. Ini adalah ikhlas dr pengguna Shaklee dan nak berkongsi keistimewaannya dengan ibu2 lain diluar sana. Sesungguhnya setiap penyakit adalah dugaan daripada Allah dan kesihatan adalah nikmat yang terbaik yang diberikan olehNya. Jadi hargailah hidup anda semasa sihat ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...