Thursday 27 October 2011

Bolehke Baby Diajar Membaca??



               

         Tengokla video tu..comelkan...Ini next target aku nk ajar Iman membaca seawal yg mungkin. Mustahilke??tak kot tapi kena spent time dgn baby kita setiap hari ajar dia membaca. Tapi aku taknak paksa pun, ikutla kemampuan dia takat mana cuma kalau kita tak cuba tak tau kan?Pedulila ape org nk ckp klau nmpak kita ajar baby yg berusia bwh setahun membaca. All mum wants the best for their children. So... ade aku kesah???hehe.
Aku tertarik bile terbaca website ni http://www.brillbaby.com.  Ramai org kate "you should let babies be babies". 
                Memang betul pendapat tu tapi dari awal kelahiran sehingga 3 tahun adelalah tempoh kritikal untuk perkembangan otak kanak2. Ini kerana neurologikal for intellectual berkembang pada otak dengan cepat berbanding sel lain dlm bdn baby dalam tempoh ini.Semasa bayi perkembangan otak bayi berkembang 25% dari otak org dewasa, pada umur setahun 50%, umur 2 tahun 75% dan umur 3 tahun 90% dan akan menurun semula apabila umur nya makin meningkat.
Sebenarnya baby seawal 3 bulan dah boleh diperkenalkan kepada bhn2 bacaan yang colourful dan menarik. Syaratnya, perkataan hendaklah  BESAR, TERANG DAN DIULANG2. So untuk baby berusia bwh setahun ade 4 stimulasi yang boleh dilakukan untuk perkembangn otaknya:

Baca yee..lps ni mama nak soal iman..hehe

Auditory Stimulation
  • Mainkan Musik. Boleh juga minkan CD berbahasa asing seperti English dari mase ke semasa Baby akan mendengar dan menyimpan bahasa tersebut dlm ingtannya. Oleh itu mereka akan berlatih mendengar dgn tepat,dan menyebut perkataan tersebut bile pandai bercakap.

  • Bercakap dan menyanyi sebanyak mungkin dgn baby anda. Apabila bercakap, tanya soalan dan biarkan baby bercakap.
  • Bacakan baby buku sebnyak yg mungkin dan pointing pada setipa perkataan yg dibaca.
Visual Stimulation
  • Gunakan Flash cards dgn warna kontra seperti hitam dan putih.Biarkan mata baby melihat pattern2 yg  berlainan dlm setiap kad.. Click here to download free infant stimulation cards.

  • Hiaskan persekitaran anak dgn gmbar yg boleh merangsang perkembangan otaknya. 
Tactical Stimulation
  • Selalu urut badan baby anda.

  • Beri peluang baby merasa tekstur yg berbeza seperti kasar dan licin, lembut dan keras dan juga suhu 

Physical Stimulation
  • Perkembangan fizikal dan intelektual baby adalh berkaitan. Contohnya, Merangkak akan meluaskan penglihatan baby dan memberi kesan kepada kemampuannya untuk mudah membaca dan menulis.

  • Galakkan baby meniarap pada temph2 tertentu. Apabila besar, beri kebebasan untuk dia merangkak dan berjalan dikawasan yang tidak terhalang contohnya dlm playpen tetapi mesti dalam pengawasan ibubapa 
  •  
  • Rock and swing baby anda untuk menguatkan sistem imbangan mereka.
Salah satu hadith Rasulullah SAW yang amat popular ialah galakan dalam menuntut ilmu. Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud : " Tuntutlah ilmu sejak dari buaian hingga ke liang lahad". Perkataan al-mahdi (buaian) sebenarnya diterjemahkan sebagai rahim ibu. Maknanya proses pembelajaran bermula sejak seseorang itu dilahirkan di dunia.Ibu2 yang hamil menjaga percakapan dan perangai dan selalu membelai anak di dalm rahimnya bertujuan untuk mendidik bayi tersebut menjadi anak yang baik dan soleh apabila dilahirkan kelak. Jadi pendidikan haruslah bermula dari alam rahim lagi.

Wednesday 26 October 2011

Mr Medela vs Mr Spectra







                  Hmmm....apekah anda akan buat kalau tau ade kedai baby wat sale atau ade expo brg2 baby di tempat anda??Hehe...bagi first time mother mcm aku ni mmg ni lah mase yg paling aku suke..mcm rase release tension tgk brg2 baby lg2 klau dah gaji time ni la semua brg pun nmpk comel dan perlu kan?...hehe. So bile FabulousMom wat clearanse sales selama 5 hari aku pun dptkan la brg2 yg aku mmg dah aim bape lame dah. Antaranya 2nd pump yg aku idam2kan. Walaupun pada mulanya aku nk beli Avent Isis Manual Pump tapi akhirnya aku terbeli plak Medela Harmony Manual Pump ni  sbb dapat harga RM220 iaitu potongan 15% dr harga asal. Sebab ape aku perlukan pump ni kerana nak wat backup andaikata ade problem ngan Mr Spectra aku tu dan pump manual cuma pakai tangan je tak pyh pakai eletrik. Maklumla aritu tempat duduk aku ditukar dan tempat yg baru aku duduk ni takde socket untuk nak guna pam spectra ni. Hmmm ade je halangan nk mengepam ni ye...

          Selain tu, aku dpt gak beli Sling Bag Jingle Jungle untuk isi Mr Spectra pd harga runtuh dari RM119.00 dijual RM20 je. Aku pun beli cooler beg Jingle Jungle gak rm19.00 dan autumnz ice pack rm23.00. Sebelum ni aku dah beli cooler beg spectra tapi ice pack dia tahan sampai 5 jam je dah cair. So beg tu guna hanta susu iman kat BS jela.. Cooler beg Jingle Jungle ni aku bwk ke ofis dan ia mmg fit untuk masukkan dlm beg pump tu skali. Botol2 Jingle Jungle pun aku beli gak pd harga RM 19.90 dpt 6 botol. Mmg puas ati betulla sbb brg2 yg aku mmg nak semua ade diskaun. Ok cukup2 la tu kan..makin byk hari wat sales makin berlubang ar kocek aku nnti..hehe...



Tuesday 18 October 2011

Berape Sukatan EBM (Expressed Breast Milk) Baby Perlukan?






 

       Ramai ibu yang tertanya2 berape byk EBM yg baby perlukan sepanjang ibu tinggalkan baby waktu bekerja? Aku pun tertanya2 gak sampai ar terjumpa artikel di http://www.kellymom.com/bf/pumping/milkcalc.html ni barulah aku paham dan boleh ar wat pengiraan brape keperluan Iman menyusu dlm sehari. Meh aku terjemahkan serba sedikit ape yg aku baca k..

        Menurut Kellymom, baby yg exclusive BF ni, keperluan susu meningkat dgn cepat pd minggu2 awal kelahiran, kemudian lebih kurang sama diantara 1 hingga 6 bulan (walaupun ia akan meningkat dlm jangka masa pendek semasa Growth Spurt). Penyelidikan mengenai BF yg terkini tidak menyatakan keperluan susu ibu berubah mengikut usia baby atau beratnya selama 1-6 bulan. Malah selepas 6 bulan, keperluan susu ibu akan sama atau menurun bergantung kepada pengmbilan makanan solid.
Kajian mendapati baby mengambil purata 25oz (750ml) setiap hari diantara 1-6 bulan. Lain baby berlainan keperluan susunya tetapi kebanyakannya mengambil 19-30oz setiap hari (570-900ml ).
Kita boleh menggunakn informasi ini untuk menganggarkan keperluan susu yg baby perlukan:
  • Anggarkan berapa kali baby menyusu sehari (24 jam)
  • Kemudian 25oz dibahagikan dgn jumlah berapa kali baby menyusu.
  • Ini menunjukkan berapa byk keperluan atau sukatan EBM dalam satu susuan.
Contohnya: Jika baby menyusu hanya 8 kali sehari, kita dapat anggaran baby memerlukan about 3oz setiap susuan bila ibunya keluar bekerja. (25/8 = 3.1). Sila rujuk kepada "Milk Calculator" dalam link ini http://www.fourfriends.com/cgi-bin/milk.pl


Bagaimana Jika Baby Telah Makan Solid Food?

Kadangkala diantara 6 bulan sehingga setahun (Solid food sudah dikenalkan kepada baby), keperluan susu baby akan berkurang, tp susu ibu tetap merupakan nutrisi yg diperlukan oleh baby sepanjang tahun pertama. Oleh kerana jumlah solid food yg diberi kepada baby semasa 6 bulan adalah pelbagai,jadi keperluan susu pun berubah. Satu kajian mendapati purata pengambilan susu ketika baby 7 bulan ialah 30 oz sehari (875ml sehari; 93% daripada jumlah pengambilan) , manakala 11-16 bulan mengambil 19oz sehari (550ml sehari; 50%drpd jumlah pengambilan). Beberapa kajian juga mendapati baby diantara 12-24 bulan ialah 14-19oz sehari (400-550ml sehari). Manakala baby berusia 24-36 bulan hanya 10-12oz sehari(300-360ml sehari).

Adakah Baby Minum Terlalu Sedikit atau Terlalu Banyak EBM?

Perlu diingatkan baby takkan minum jumlah yg sama pd setiap penyusuan. Sekiranya baby minum lebih dr purata pengambilan susu yg biasa mungkin baby terlebih diberi susu sepanjang ibu tiada. Perkara2 yang menyumbang kepada terlebih susu:
  • Puting botol terlalu besar. Pastikan baby diberi puting yg paling kecil dan sesuai supaya ia selesa untuk menghisap.
  • Menggunakan botol untuk memujuk atau menenangkan baby.Cuba pujuk baby sebelum beri susu. Kemungkinan baby hanya ingi didukung, tukar lampin atau terlampau sejuk atau panas.
  • Baby suka menghisap. Oleh itu biarkan ia menghisap jari atau berikan puting jika perlu untuk megelakkan ia sentisa mahukan susu.
Perkara2 yg menyumbangkan kepada terkurang susu pula ialah disebabkan " Reverse-cycling" di mana baby hanya minum susu sekadar mengisi perut dan akan minum dgn banyak bila ibu telah pulang dari bekerja. Kadangkala ibu sendiri yang menggalakkan reverse cycling supaya tidak perlu mereka mengepam susu dgn byk. Reverse cycling normal untuk baby yg bfeed terutama jika baby baru mula belajar minum melalui botol.
Sekiranya baby anda mengalami Reverse Cycling, ikuti tips ini:
  • Bersabar. Jgn rasa tertekan dan anggap anda bertuah kerana baby memilih anda drpd minum susu melalui botol.
  • Letak jumlah EBM yg sedikit pd setiap botol supaya tidak membazir.
  • Jika anda masih bimbang baby minum tak banyak masa anda bekerja , perlu diingtkan sesetengah baby tidur sepanjang malam selama 8 jam tanpa minum. Cuma perhatikan lampinnya agar tidak terlalu basah, perkembangan berat baby normal dan baby tidak mengalami tanda kurang susu. 
  • Pastikan peruntukan masa untuk menyusukan baby secara direct feeding.

    Selalu Iman mama bekalkan 5 botol 2.5oz setiap satu. Biasenya Iman minum 4 botol je tapi bila
    mama datang ambil Iman mesti Iman x sabar2 nk susu badan time tu jugak. Itu yg disebut reverse cycling tu.. malam kuat nyusu badan tetapi waktu siang minum sikit je sbb pakai botol kot..huhu..anak mama ni memang bijak dapat beza dan kenal bau mak dia dengan botol Mam dia..hehe.














Sunday 16 October 2011

Iman At 3 Months

        

Ini gambo yg dah edit..gamba asal seksi sgt ar..hehe


  Alhamdulillah...Iman akan genap 3 bulan 16 Oct ni. So mama wish Iman always be my lil hero yg ceria, sihat dan semoga membesar jd anak yg soleh k.Mama very proud of u. Perkembangan Iman paling ketara bile nak bertukar bulan ni atau disebut 'Growth Spurts' ialah trend tido Iman bertukar mcm mase dlm hari dulu. Iman akan tido sepanjang siang dan berjaga sampai pagi.Huhu...betul2 mencabar ni. So, mama ngan papa decide wat sistem giliran mcm anggota Rela berjaga malam.Papa jaga dr pukul 10pm-2am dan mama sambung dari 2am-5am. Hehe nmpknya care ni berkesan sehari je k sbb kebanyakan masa papa dah pengsan dulu.hahaha.
            Hari rabu dah pegi checkup dan injection kat Klinik Taman Sri Orkid. Iman mmg hero mama yg kuat la. Tak nangis pun kena inject. Kalini papa yg pegang Iman dan mama cuma tgk je..Tapi yg mama risau berat Iman tak naik plak..same je mase 2 bulan aritu 5.7kg. Hmm..nanti mama google nape berat iman x naik k.Mama syukur sgt2 niat nak menyusukan Iman sepenuhnya pun dah genap 3 bulan arini. Alhamdulillah...

Macam ni la mata Iman bila berjaga pukul 2am sampai 5am..huhu..
Jom kita tengok perkembangan baby 3 bulan yee...


Menegakkan kepala dengan stabil

Pada bulan ini, bayi anda mungkin sudah boleh mengangkatkan kepalanya semasa berbaring dan menegakkannya untuk beberapa minit. Jika diampu untuk duduk, dia mungkin boleh menegakkan kepalanya secara mantap dan lurus. Ketika dia meniarap, anda akan memerhatikan dia mengangkatkan kepala dan dada seakan-akan membuat tekan tubi ringan. Duduklah di hadapannya dan hayunkan mainan untuk menggalaknya.

Koordinasi lengan, kaki dan tangan lebih baik

Bayi anda sekarang boleh melambai-melambai tangan dan menendang kakinya. Sendi paha dan lututnya menjadi lebih lentur menyebabkan tendangannya menjadi lebih kuat. Dan jika anda mendirikannya dengan kaki terletak di lantai, dia akan menolak badannya turun dengan menggunakan kakinya. Dia boleh merapatkan kedua tangan dan membuka jari-jarinya, tapi dia akan menggunakan tangan yang digenggam rapi untuk memukul barang yang tergantung. (Harap maklum bahawa usaha memukul mainan atau sesuatu objek merupakan satu pencapaian yang penting!) Galakkan perkembangan kemahiran tangannya dengan menghulurkan mainan dan perhatikan sama ada dia mengambilnya.

Pola tidur lebih terkawal

Mulai dari sekarang, ibubapa yang dahulu-nya tidak dapat tidur dengan sempurna, mula merasa lega sedikit. Menjelang tiga atau empat bulan, pola tidur anak anda mula menjadi stabil. Kebanyakan bayi pada usia ini tidak lagi bangun malam untuk menyusu, walaupun sekali sekala mereka bangun juga dan mahukan makan. Ada juga kanak-kanak yang tidak tidur terus sepanjang malam untuk tempoh tiga atau enam bulan (bagi tahun pertama, ini bermakna mereka boleh tidur terus hanya selama enam jam setiap kali), jadi, usahlah bimbang jika anak anda masih menyebabkan anda berjaga di waktu malam.

Jelas mengenali emak dan ayah

Menjelang tiga bulan, dan kadangkala lebih awal, bayi anda sudah menjalin hubungan rapat dengan anda dan mengenali muka anda. Dia masih suka bersenyum dengan orang yang tidak dikenali, terutama sekali jika orang itu bertentang mata dengannya dan bersuara mesra atau bercakap dengannya. Namun begitu, dia sudah mula mengetahui siapakah orang-orang dalam hidupnya dan sudah boleh menentukan siapa yang lebih disukainya antara mereka.

Lobus parietal, bahagian otak yang mengawal koordinasi tangan-mata serta membolehkan seseorang itu mengenali objek, kini mula berkembang dengan pantas.

Dan lobus temporal, yang membolehkan pendengaran, bahasa dan bau-bauan, juga lebih responsif dan aktif. Oleh itu, apabila bayi mendengar suara anda, dia akan memandang terus kepada anda dan mula bersuara gembira atau cuba bercakap dengan anda.

Mulalah membaca kepada dia sekarang

Membaca kepada anak, tidak kira usia muda, akan mendatangkan hasil. Ia membantu anak anda menguasai kemahiran mendengar lagu naik turun bahasa – sebenarnya, adalah baik jika anda selalu mengubah nada suara anda, menggunakan loghat berlainan, menanyi, dan menyuarakan apa yang anda sedang lakukan ketika itu supaya hubungan suara dan bunyi antara anda dan bayi menjadi sesuatu yang menarik baginya. Jangan bimbang jika dia melihat ke arah lain atau hilang perhatian – dapatkan semula perhatiannya dengan mencuba sesuatu yang lain, atau berikan dia masa untuk berehat. Sesuaikan interaksi anda dengan respon dan minatnya.

Terdapat banyak buku-buku yang baik untuk dibacakan kepada bayi. Pilihlah buku yang mempunyai gambar-gambar yang besar dan berwarna-warni dengan perkataan-perkataan yang mudah -- atau buku tanpa teks yang mempunyai gambar untuk anda menceritakan.

Sebenarnya, buat masa ini anda tidak perlu berpegang ketat kepada panduan menyesuaikan buku dengan usia tertentu. Buku yang dikhaskan untuk kanak-kanak yang lebih tua jika mempunyai imej yang jelas dan kemas, dan warna-warna terang boleh memikat bayi. Selain itu, anda juga boleh membaca puisi yang disasarkan telinga orang dewasa. Bahan bacaan yang tidak difahami bayi masih boleh menyeronokkan dia jika nada dan aspek musiknya menarik (dan anda juga akan terhibur).

Perkembangan awal bahasa

Ini merupakan masa yang sensitif di mana rangsangan lisan adalah amat penting untuk bayi anda. Ambillah kesempatan ini untuk mendedahkan dia kepada pelbagai variasi perkataan dan bunyian. Penyelidikan terbaru mengaitkan tahap kepintaran yang tinggi kepada berapa banyak perkataan seorang kanak-kanak itu mendengar pada tahun pertama hidupnya. Inilah masanya unuk menubuhkan asas yang kukuh. Berjalan ke pasar malam pun memberi peluang untuk merangsang kanak-kanak anda – semasa berjalan, tunjukkan dia objek-objek dan berikan nama barang-barang itu. Bayi anda belum boleh mengulang perkataan-perkataan itu lagi, tetapi dia sedia menyimpan semua informasi ke dalam memorinya yang kian ini berkembang pantas.

Bayi dalam keluarga dwi-bahasa akan memperoleh latihan bahasa yang berganda jika dia sering mendengar kedua-dua bahasa dituturkan. Jika anda mahukan dia belajar kedua-dua bahasa, pastikan ibu dan bapa bercakap dengannya dalam bahasa yang berlainan.

Sentuhan menjadi lebih sensitif

Hidupkan deria sentuhan bayi dengan bahan seperti kain bulu, tisu, kain felt, dan kain tuala atau carilah buku yang boleh membantu membuatkan sentuhan sebagai sebahagian daripada pengalaman membaca bersama. Menyentuh, mendukung dan mengurut bayi, sama dengan mengangkatnya melalui dan merentasi udara sekeliling adalah cara-cara yang berkesan untuk menenangkan dia dan mungkin dapat meningkatkan kepekaannya dan memanjangkan tempoh konsentrasiya.

Mula berinteraksi dengan orang lain

Anak anda diprogram untuk “menerima”, serta membuat kesimpulan tentang dunia kelilingnya. Kini, dia mungkin dapat memberi respon kepada bayangnya sendiri dalam cermin dengan senyuman (bayi gemar melihat diri sendiri), dan dia mungkin berhenti menghisap jari atau botol untuk mendengar suara anda. Dengan bersuara mesra dan membuat bunyi-bunyian, dan dengan berceritakan tentang tugas rumah remeh yang sedang diuruskan, anda bukan saja menjalin hubungan dengannya, tetapi juga mengalakkannya melahirkan perasaan sendiri.

Tuesday 11 October 2011

Bajet 2012: Dimana Cacat Celanya...

         

Pembentangan bajet 2012 pada 7 OCT 2012


                   Sekali pandang pembentangan bajet 2012 ni ramai gak yang berpuashati, tak kurang jugak yang tercari2 dimana peruntukan untuk mereka terutama pekerja2 sektor swasta.(Seperti akulaa..hehe). Tapi klau diimbas balik ada suara2 kebimbangan bila bajet yang dibentangkan menyebabkan kedudukan kewangan negara kekal defisit malah bertambah setiap tahun. Tahun lalu defisit adalah sebanyak 5.4 peratus manakala  unjuran hasil kerajaan pada tahun 2012 hanyalah RM 186.9 billion dan ini bermakna kerajaan perlu membuat hutang dalam negara yang baru sebanyak RM 45.9 billion. Menurut Laporan Bank Negara Malaysia yang terkini bertarikh 30 September 2011, berdasarkan angka hutang negara setakat suku kedua 2011 menunjukkan jumlah hutang negara telah pun mencecah RM437 bilion dan meningkat 11.9 peratus kepada RM455.75 billion  bagi hujung tahun ini.

Aku tertarik dengan "Pandangan Ilmuan Islam  Berkenaan Bajet 2012" yang dipetik drpd http://saifulislam.com/?p=10432. Pandangan mereka dibuat tidak berdasarkan ideologi politik dan tanpa sebarang prejudis. Ikuti pandangan mereka:

  1. Belanjawan defisit berterusan melebihi 5 tahun bukanlah sesuatu yang sihat. Defisit menyebabkan keperluan kerjaaan untuk meminjam dengan faedah riba, apabila setiap tahun pinjaman bertambah maka jumlah hutang-hutang sebelum ini yang ‘outstanding’ pasti akan semakin menyesakkan. Bajet kali ini masih tidak menjelaskan plan kerajaan untuk menaikkan hasil dan pendapatan bagi mengelakkan belanjawan defisit.
  2. Tiada sama sekali peruntukan untuk pembangunan urusan hal ehwal Islam sebagai agama rasmi melalui agensi-agensi kerajaan. Ini patut dikaji segera oleh kerajaan kerana bajet sepatutnya memberi perhatian dan sokongan kepada resolusi yang dicapai dalam Kongres Majlis Agama Islam Negeri Seluruh Malaysia bagi membangunkan pengurusan hal ehwal Islam.
  3. Peruntukan bagi sekolah-sekolah agama rakyat tiada disebut dan diabaikan.
  4. Peruntukan untuk mengatasi gejala sosial yang semakin meruncing juga tiada diberikan perhatian sama sekali. Peruntukan patut disediakan sama ada melalui sekolah, agensi kerajaan terbabit, NGO dan yang layak.
  5. Pemberian konsesi dan kontrak kepada beberapa pengendali lebuh raya yang akan dibuat sebagaimana diumum di dalam bajet mestilah diurus dengan penuh integriti agar tidak lagi klausa perjanjian yang merugikan rakyat akibat menjamin kenaikan wajib setiap tahun.
  6. Di dalam keadaan defisit dan pemotongan pelbagai cukai terhadap pelbagai perkara, kerajaan sangat wajar mengenakan kembali ‘import tax’ untuk barang mewah yang pernah dihapuskan sebelum ini.
  7. Terlalu banyak agihan perlu sampai segera kepada masyarakat yang mengharap dari bajet ini, tanpa sikap efisyen tinggi dan tiada badan khas yang dipertanggungjawab, ia mungkin hanya tinggal pengumuman sahaja. Justeru, kami mencadangkan bagi membuktikan ketelusan dan keikhlasan bukan sekadar pilihanraya, kerajaan mewujudkan badan pemantau khas dianggotai wakil kementerian, NGO & ahli politik untuk mencatat setiap agihan yang diumumkan di dalam bajet, lalu melaporkannya secara suku tahunan (quarterly) kepada parlimen bagi pengetahuan rakyat.
  8. Pengecualian cukai bagi projek dan syarikat-syarikat KLIFD yang diberikan sehingga 10 tahun adalah terlalu panjang yang merugikan Negara khususnya apabila kewangan negara berada di dalam kedaaan defisit, justeru kami mencadangkan ia dikaji semula dan diubah kepada lima tahun sahaja.
  9. Sekuriti dan isu keselamatan rakyat tidak diperuntukan dengan peruntukan yang mencukupi, walaupun ada bajet untuk polis namun kita perlukan peruntukan khusus untuk sistem tekonologi sekuriti lebih baik seperti CCTV dan lain-lain sistem bagi memudahkan polis membantu keselamatan rakyat jelata.
  10. ‘Green tax’ sekali lagi ingin kami highlightkan, pengecualian cukai bagi syarikat mampu mengurangkan pencemaran dan kenakan cukai bagi yang membuat pencemaran diperlukan.
  11. Bagi mengelak spekulasi di dalam pemilikan perumahan, kami berharap kerajaan mampu mengkaji lagi sistem yang telah diperkenalan sebelum ini iaitu pembelian rumah ketiga dan seterusnya, institusi kewangan diminta untuk memberi pinjman sehingga 70 % sahaja, namun bagi merendahkan terus peluang spekulasi yang menyebabkan harga rumah meningkat sehingga menyukarkan pembeli rumah pertama dan pembeli untuk tujuan penginapan (bukan pelaburan), kami meminta pembiayaan dan pinjaman untuk pembelian rumah ketiga dan ke atas dihadkan kepada 50 % sahaja berbanding 70 % sebelum ini.
  12. Peruntukan bagi mengemaskan dan menaiktaraf sistem pengangkutan dalam bandar tidak disebut di dalam bajet kali ini.
  13. Selain memberikan tumpuan kepada hospital baru, naik taraf hospital swasta dan klinik, perlu juga perlu juga mengkaji khidmat di hospital swasta yang kian meningkat kos khidmat mereka.
  14. Transformasi sepatutnya tidak hanya terhad kepada plan agihan yang baik tetapi plan kerajaan untuk tingkatkan integriti, kesungguhan dan keazaman mengelak ketirisan yang mengakibatkan perbelanjaan mengembang.
  15. Tidak disebut kali ini berkenaan cukai barangan ‘dosa’ ke atas rokok, arak, judi dan sepertinya. Ini diperlukan bagi memperolehi pendapatan Negara dalam keadaan defisit dan mengecilkan jumlah mereka yang ingin terjebak di dalam masalah terbabit.
  16. Kedai 1Malaysia (KRIM) adalah baik namun perlu disedari peruncit kecil terpaksa bersaing dengan harga barangan jualan KRIM yang 40% lebih rendah dari harga pasaran, jika tidak dikawal lokasinya boleh ‘membunuh’ kedai-kedai runcit milik peniaga kecil dan sederhana, justeru kami mencadangkan agar kedai ini benar-benar ditempatkan lebih banyak di kawasan luar bandar atau di kawasan yang dikenalpasti didiami kumpulan pendapatan rendah seperti PPRT di kawasan bandar atau universiti.
  17. Kadar keuntungan cukai harta tanah, di dalam lampiran bajet 2012 disebutkan niat kerajaan adalah untuk mengekang spekulator hartanah dari berleluasa lalu cukai ke atas keuntungan jualan harta tanah dinaikkan dari 5 % ke 10 % bagi pelupusan dalam tempoh kurang dari 2 tahun, kami mencadangkan agar kerajaan mengembalikannya kepda jadual cukai asal iaitu 30% secara berperingkat dwi tahunan agar masalah ini dapat dibendung dengan lebih efektif. Selain itu, jualan harta tanah setelah 5-10 tahun pula dicadangkan agar tidak dihapuskan terus, maka boleh diletakkan cukai minima sekitar 1 peratus, ia dijangka penting untuk menjana pendapatan kerajaan.
Oleh itu kita sebagai rakyat jgn menerima sesuatu itu terlalu mudah dan hendaklah berhemat dlm perbelanjaan. Jangan mudah digula2kan dan sentiasa beringat ape yang diberi biarlah setimpal dengan ganjarannya. Jangan tanya ape kerajaan dapat beri kepada kita, tapi ape yang kita dapat sumbangkan kepada kerajaan dan bangsa kita.Fikir2 kanlah....


Monday 10 October 2011

The Faceblog

ELAMAT DATANG DIUCAPKAN KEPADA SEMUA YANG SUDI HADIR KE THE FACEBLOG. TUJUAN FACEBLOG DIWUJUD IALAH ATAS DASAR UNTUK MENGUMPUL DAN MEMBINA SATU KOMUNITI BLOGGER KHUSUSNYA DI SELURUH MALAYSIA DAN DUNIA AMNYA. MARILAH KITA BERSATU DAN BERKERJASAMA DALAM MEMBANTU RAKAN-RAKAN BLOGGER KITA DI SELURUH MALAYSIA. SEPERTIFACEBOOK, KAMI JUGA MEMPUNYAI TUJUAN YANG SAMA IAITU MENJALINKAN HUBUNGAN YANG LEBIH ERAT ANTARA PARA BLOGGER DI SELURUH MALAYSIA SELARAS DENGAN TEMA YANG KAMI GUNAKAN IAITU SEAKAN-AKAN TEMAFACEBOOK. SERTAILAH KAMI DAN BERSAMA KITA MEMERIAHKAN DUNIA BLOG MALAYSIA.
TERIMA KASIH


Edit

Sunday 9 October 2011

We Support 1 Minute Simultaneous Breastfeeding (Make Penang Breastfeeding Friendly)



seminit mane cukup mama...
                Alhamdulillah....First time mama dan Iman dpt join menjayakan hari breastfeeding ni di mana semua ibu2 di Malaysia sama2 menyusukan anak tepat pukul 4pm pada 9 Oct 2011 selama seminit. Ia adalah anjuran Penang Mother- to-Mother Peer Support (MMPS). https://www.facebook.com/event.php?eid=153372448089881.
                Hari ahad tu mama dah hampir2 lupe nasib baik dh tinggalkan reminder dlm handphone. So balik dari jln2 kat Tesco Bukit Indah, mama pun siap sedia nk bfeed Iman. Tapi Iman tido plak. Paksela mama kejutkan. Tepat jam 4pm mama susukan Iman n amik gambar skali. Nanti kita tunggu e-certificate yg akan dihantar oleh pihak penganjur k. Nampaknya Iman tak cukup seminit menyusu...setengah jam pun bley..hehe. Next time klau ade event camni pun bagus sbb menaikkan semula semangat ibu2 yg menyusu secara exclusive dan menyedarkan bahawa ramai ibu2 malaysia juga berkongsi matlamat yg sama.

Blackout!!!!!!!

Frozen EBM dibungkus dlm plastik

Sampai lesung pun keluar..hehe
Gerammmnyee....gara2 notis TNB la penyebabnya...Hari rabu lepas notis TNB mengatakan kwsn perumahan rumah aku akan ade gangguan bekalan eletrik hari sabtu dr pukul 12pm-7pm. Aku dan hubby dah risau dah camne nk simpan frozen EBM tu supaya kekal beku. Nak balik kg malas plak sbb aku dah 2 kali sabtu asik ade kursus je, jd ingatkan nk berehat2 kat rumah minggu ni. So berpandukan pengalaman yg dicedok dr internet, kitorang pun mulakan project menyimpan susu2 tu dlm coleman seawal jam 11.30am lg. Bahan2 yg diperlukan garam kasar,air batu(bergantung byk mane stok yg nk disimpan) dan coleman.

1) Bungkus susu2 dlm satu plastik besar.
2) Taburkan ais sedikit di bahagian dasar coleman.
3) Letak susu2 dlm plastik besar tu dan taburkan semua ais sehingga padat coleman tersebut.
4) Taburkan garam kasar.
5) Lapikkan kain di bahagian atas dan tutup coleman ketat2. Simpan di tempat yg teduh.

Setelah hubby berhempas-pulas menyelamatkan EBM tu , usaha mcm sia2 je sbb eletrik tetap ade smpai ke mlm. Mungkin sbb faktor ujan lebat so keje2 pembaikan tergendala. Siap call TNB tnye nape tak blackout pun, tp panggilan x dijawab pun. Hangin tul. Jgn esok aku dah keje baru sibuk nk blackout...tp bagus gak at least aku dan hubby dah berlatih camne nk handle EBM time blackout. Hehe..ayat pujuk diri sendri..

Heat Rash @ Ruam Panas

         

Antibacterial Bath Emollient
Tengokla heat rash tu..gatalnyee...sian Iman..


            Kesiannya anak mama bila tergaru2. Ape sebabnya Iman kena ruam ni pun mama x pasti. tapi mungkin sbb mama sapu baby oil kat bdn Iman dan ianya tak sesuai ngan kulit Iman kot. Yang pelik ruam tu hanya di tepi telinga, perut, dan peha Iman je,so bukan nappy rash. Lagi skali bawa Iman ke klinik Dr. Chum nak bertanya sbb musabab terkena ruam ni. Dr. Chum kate kemungkinan sbb cuaca panas atau mama salah makan pape menyebabkan Iman yg menyusu badan allergik. So dr nasihatkan benti guna ape juga produk spt baby bath, baby oil atau talcum dan guna "Oilatum" baby bath dan cream. Papa pun akan belikan Iman baju lubang2 je pasni..Iman kuat panas ar..nak kena pasang aircon kat rumah kot..hehe...OK..seminggu ni tengok perkembangan Iman ok ke tak guna produk yg doc suggest tu. Klau tak ok mama ingat nk beli Sebamed ar. Mama search kat http://www.babycenter.com.my/malay/baby/health/ruam-panas/ dan jumpe artikel ni.

Apa itu ruam panas?

Jika badan si kecil dengan tiba-tiba diserang oleh ruam merah terang dan berbintik di leher, bawah lengan atau di tepi lampin atau seluar dalam, jangan panik; ianya mungkin hanya ruam panas. Ruam panas, juga dikenali sebagai ruam mencucuk atau ruam gatal (miliria), adalah erupsi kulit yang boleh timbul apabila bayi anda terlalu panas dalam cuaca panas dan lembap.

Ruam timbul di kelipat-kelipat kulit atau di tempat-tempat pakaian bayi rapi, termasuk di sebelah atas dada, leher, kelangkang dan ketiak. Jika anak anda memakai topi, ruam itu akan merebak ke kulit kepala atau dahi.

Adakah ruam panas serius?

Tidak, tapi ia adalah petanda yang anak anda terlalu panas. Jika anda tidak mengambil langkah untuk menyejukkan dia, dia mungkin mendapat kondisi yang lebih serius, seperti kelesuan haba atau strok haba.

Jika ini berlaku, anak anda tidak akan dapat mengawal suhu badannya; suhu badan mungkin naik lebih tinggi dari normal dan dia boleh mengalami nyahhidrat.

Apakah yang menyebabkan ruam panas?

Apabila panas dan lembap di luar, anak anda akan berpeluh untuk menyejukkan badannya. Jika dia berpeluh terlalu banyak sehinggakan pori kulit menjadi tersumbat dan peluh tidak dapat keluar, ruam panas akan timbul. Bayi dan kanak-kanak kecil lebih cenderung mendapat ruam panas sebab kelenjar peluh mereka belum lagi matang sepenuhnya.

Pakaian ketat atau tebal akan menakung peluh juga, menyebabkan iritasi menjadi lebih teruk.

Kanak-kanak boleh mendapat ruam panas dari apa saja yang menyebabkan dia banyak berpeluh, seperti suhu tinggi atau dia berlari-lari main di persekitaran yang panas.

Adakah ruam panas itu menyakitkan anak saya?

Tidak, ianya tidak sakit, tetapi kadangkala terasa tersangat gatal dan menjengkelkan, dan sensasi yang mencucuk hebat atau perit itu mungkin akan mengganggu anak anda. Setengah daripada bintik itu juga mungkin terasa pedih jika disentuh.

Bagaimana saya harus merawat ruam panas?

Kebanyakan ruam panas akan hilang dalam beberapa hari kelak, tetapi, sambil menunggu, ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan untuk melegakan gatal dan ketidakselesaan anak anda.

• Elakkan persekitaran panas dan lembap
Beralihlah ke bilik yang berangin atau ruang yang teduh jika anak anda main berlari-lari, dan galakkan masa-masa dia berdiam untuk mengurangkan jumlah dia berpeluh. Cuba gunakan kipas mini apabila anda keluar berjalan-jalan atau semasa cuaca panas. Jika cuaca kekal panas walaupun di malam hari, letakkan kipas berdekatan katil anak anda.

• Tanggalkan pakaiannya atau pakaikan baju kain benang
Elakkan fabrik sintetik, seperti poliester atau nilon yang memerangkap panas; pilihlah fabrik natural. Seberapa boleh, longgarkan atau tanggal bajunya dan biarkan dia tidak memakai lampin seberapa kerap yang boleh.

• Pastikan badannya sentiasa sejuk
Sejukkan kawasan kulit yang sudah terjejas dengan menggunakan tuala sejuk basah, atau mandikan bayi anda dalam air suam tab atau hujan. Biar kulitnya kering dalam udara biasa dan seberapa yang boleh jangan gunakan tuala; memberi masa lebih untuk dia bertelanjang boleh membantu memulihkan ruam.

• Gunakan losyen kalamin
Sapukan secara banyak (kecuali dekat kawasan mata) terutama sekali jika bayi anda kelihatan resah dan menangis apabila anda menyentuh kulitnya.

• Gunakan krim hidrokortison (1/2 peratus)
... atas nasihat doktor atau ahli farmasi jika ruam itu tersangat teruk.

Elakkan salap dan losyen lain sebab ianya akan membuat ruam menjadi lebih teruk sebab memerangkap kelembapan dalam kulit.

Rujuk kepada doktor jika anak anda mendapat suhu tinggi. Dia mungkin akan mengesyorkan supaya bayi diberi larutan parasetamol untuk meringankan ketidakselesaannya dan menurunkan suhu badan. (Jangan sekali-kali memberi anak kecil aspirin sebab, ada kalanya, walaupun amat jarang, ianya boleh menyebabkan kondisi yang mengancam nyawa dikenali sebagai sindrom Reye.)

Awasi anak anda pada masa ini: sebab apabila suhunya turun, badannya boleh menjadi sejuk dan perlu dipanaskan semula.

Bagaimanakah saya dapat mengelakkan ruam panas?

Pastikan anak anda sejuk selesa dengan memakaikannya pakaian benang yang ringan, terutama sekali semasa cuaca panas.

Jika anda kurang pasti samada dia terlalu panas, sentuh kulitnya. Jika kulit dia panas dan lembap itu adalah petanda yang dia terlalu panas. Semasa cuaca panas, jangan biarkan anak anda keluar rumah atau carikan dia tempat yang sejuk, teduh atau berangin untuk dia duduk dan bermain ketika di luar. Pastikan anak anda minum banyak cecair supaya dia tidak menjadi nyahhidrat.

Patutkah saya bawa anak saya berjumpa doktor bagi ruam panas?

Pergi jumpa doktor jika:
  • anak anda mempunyai suhu tinggi (lebih dari 39 darjah C / 102 darjah F) yang tidak reda apabila diberi ubat;
  • ruam tidak hilang selepas tiga atau empat hari;
  • ruam menjadi lebih teruk.



Friday 7 October 2011

Iman pandai ape dah??

Buku Favorite Iman..
bunyi ape tuu??


               Hehe ni ayat yg paling klise aku dpt bile jumpe org terutama makcik pakcik atau kwn2 mak aku. Iman pada aku setakat ni baby yang agak penyabar tapi bley cepat naik angin kalau keinginan dia aku x paham,suka bfeed, suka main dgn mama terutama pukul 12am ke atas, telinga tikus (telinga sensitif senang terjaga)  , suka baca buku, suka dukung tp posisi duduk, suka isap jari, suka menggeliat. Minggu dpn Iman 3 bulan, harap2 ade lagi perkembangan terbaru Iman pasni. Ma nak tgk Iman meniarap plak k..hehe..anak mama bolehhh...

Rutin Harian....Untuk hari ni, esok dan bile2




Inilah hari2 barang yg aku masukkan dlm keta.. yg dlm bakul tu paling aku sayang...hehe

Macamna jadual harian korang sbg wanita bekerjaya??? Jadual aku agak sama je keluar rumah bila matahari naik dan balik rumah bila matahari tenggelam...huhu. Jadualku bermula seawal pukul:

5.00am     : Bangun tido dan pumping session atau susukan iman dan tukar lampin dia klau dia dah bangun atau tak tido...huhu.
6.00am     : Mandi, smyg subuh, sediakan bekalan susu n baju Iman, gosok baju, basuh baju n Cloth Diapers.
7.00am     : Bfast mknan org pantang ( ni jadual baru makan nasi yg dimasak oleh hubby supaya susu byk..tenkiu yee...)
7.10am     : Anta Iman rumah BS
7.20am     : Gi keje kat taman molek, johor jaya (20km dari rumah atau 20 min jarak perjalanan)
7.45am     : Sampai ofis (lepak paking jap atau gi 7E)
8.00am     : Masuk ofis dan sedia untuk morning briefing
10.00am   : Pumping session
12.30pm   : Lunch
1.30pm     : Semyg zuhur n pumping session
5.00pm     : Semyg asar n pumping session
6.15pm     : Yeyyy..balik jumpe Iman.
7.10pm     : Sampai rumah BS n amik Iman
7.30pm     : Sampai rumah dan wat keje rumah n layan Iman
12.00am   : Tidokan Iman n pumping session
12-5 am    : Tido2 ayam atau tak tido langsung..hehe

Jadual ni akan berulang2 esoknya selagi tak cuti. hehe..itulah pengorbanan klau dah jd isteri dan ibu.





Monday 3 October 2011

Akhirnya Mama Mengalah...

Sedapnye tido...mimpi ape la syg mama ni...



Akhirnya aku mengalah jugak ngan Iman..hehe..dia nak buai plak kalini....sebelum tu baik je dia tido kat bouncing net tu..Aku dah set dah dulu malas nk ajar dia berbuai sbb nnti susah nk jalan2 bwk buai.tetiba bile makcik aku yg jaga dia masukkan dlm buai mule la dia suka plak berbuai..alahai..anak mama ni cepat tul blaja benda2 baru ni. Tapi bagus gak senang aku wat keje lain sbb iman lebih nyenyak tido dlm buai..Tapi bila dah time tido aku pindahkan kat katil dia. Oklah Iman...Iman menang kalini....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...