Thursday 29 September 2011

Mengepam di Tempat Kerja



Dapat gak 5 oz. Alhamdulillah..

    Harini dah hampir 2 minggu aku naik keje. Nak menyesuaikan diri dgn suasana kerja baru, nak atur mase untuk mengemas rumah dan melayan anak dan suami(chewah..) memang penat tp seronok gak at least hidup skrg ni dah ade matlamat. Bukan aku kate dulu xde matlamat cuma lebih nmpk skrg  aku keje untuk future anak aku. Bila dia membesar dpn mate hasil dr titik peluh n susu kita, segala penat lelah tu berbaloi2. Terima kasih jugak pd suami yg amat2 memahami dan membantu wat keje rumah.
       Kalau ditanya jadual harian aku dan jadual mengepam..rasenya masih tak teratur lagi ar. Cuma aku berjaya mendisiplinkan diri bgun awal 5am setiap ari. nak maintain 8 kali mengepam satu ari belum tercapai lg ar...kat ofis pun pyh nak maintain 3 kali pam ni. Mula2 aku mengepam kat surau tp setelah rase selesa sket aku pam kat meja aku je. Payahnye ade 2 org budak lelaki duk sebelah aku ni. Terima kasih ar kpd Mr. Spectra 3 sbb bunyi motor nya yg senyap so aku bley curi2 mengepam tanpa org lain perasan pun. Jadual mengepam aku kat pejabat 10am, 12.30tghri dan 5pm. Biasenya pagi dan tghri aku bley dpt byk gak bergantung pd emosi aku mase tu..hehe..
      Ni aku senaraikan masalah2 yg aku hadapi nak mengepam di pejabat ni. Setakat ni aku jumpe care mengatasinya tapi nak kena kuat semangat gak dan perkataan "M for Malas"  mesti kena buang jauh2..hehe

1)  Peti sejuk takde disediakan di pejabat - Arghhhhh...inilah cabaran yg wat aku gelabah kejap. Nasib baikla ade Coleman dan Ice Brite kat pejabat hubby bley pinjam wat sementara waktu sementara aku ade bajet nak beli ice pack yg bley thn sampai 12 jam. Cooler bag dan ice pack spectra 3 yg aku beli harap mahal je..tp tahan 3 jam je.so aku target stylo mama n cooler beg dia. Setakat ni aku pegi keje dari 7am dan sampai rumah pukul 7.30 mlm susu yg disimpan masih sejuk dan ice pack pun tahan tak cair sepenuhnya.

2) Mengepam di meja sendiri secara semunyi2 - Hari pertama aku cuba mmg susu tak kuar langsung sbb aku takut member lelaki nampak, takut bos lalu dan corong pam susah nak letak di breast. Tapi masuk minggu kedua ni aku dah semakin mahir. Cuma kena pakai baju yg longgar dan senang diselak dan tutup ar badan dgn coat yg aku  biasa pakai. Terima kasih gak pada spectra3 sbb mmg bunyi dia slow sgt dan suction yg agak bagus. Setakat ni aku rase mmg xde org yg persan aku mengepam smbil wat keje...hehe. Kalau ade bajet lebih nak beli nursing wear ar...

3) Nak dapatkan "letdown reflex" - Bile time rehat bley ar lame2 nak tunggu "rase" ni tapi klau mengepam waktu tgh keje klau bley cepat2 nak dptkan let down reflex sbb time ni ar susu mencurah2 kuar dan sure time tu 5 oz bley dpt. Mula2 rase letdown reflex tu tak bape kuat tp lame2 aku dah tau care nk wat dia kuat dan cepat..hehe. Mungkin bunyi mcm kelakar tp mmg care ni berkesan iaitu stimulate our nipple.Tapi kena bygkan mcm baby tgh menyusu ar dan time tu ar.

4) Nak maintain 3 kali pam di ofis - Yang ni sebenarnya tak susah tapi kena semngat dan kecekalan ar nak melawan rase malas dan x sempat. Kadang2 time petang ar dah pukul 5pm aku ingat nak balik je..mane nk semyg asar lagi nak pam lagi mmg terkejar gak ar...Lagi satu klau tghri plak mengantuk sgt nak mengepam lps mkn tghri..hehe. Pagi plak time tu ar share market tgh up atau down so bz sket ar.

5) Susu tak cukup untuk wat stok EBM. - Iman minum 10oz spnjgaku tingglkan kat BS  so aku kena pam lebih 10oz untuk maintain stok dan untuk bagi susu fresh pd iman keesokan harinya. Setiap kali pam maknenya aku kena dpt 5 oz atau 4 oz supaya stok aku tak putus. Korang ingt senang ke??hehehe..mungkin senang kot bg org lain tp agak mencabar bg aku yg ade single pump je ni...nnti ade bajet nk beli lg satu corong pam spectra ar. Mane tau bley dapat 20 oz satu ari..insyallah.



Saturday 24 September 2011

Senangnye Beraya Kalau Sekampung...




Raya pertama bersama bapa dan mak mertua beserta ipar duai

Raye tahun ni giliran beraya di rumah mak mertuaku...tapi tak terasa sgt pun sebab kami berdua org johor dan masing2 asal orang pontian gak. So mlm raye tu wat BBQ sebab ni first time semua ipar duai dpt berkumpul beraya bersama2. Raye pertama bergambar beramai2 dan aku menunggu mak dtg beraya rumah besannya ni. Wat pertama kali dalam sejarah aku raye pertama tak kemana2. Tengahari hujan lebat dan Iman pun bantai tido je dgn baju rayenya. Bila nenek dia dtg pun x mau bukak mate. Ptg tu amik gambar studio dgn family aku dan gambar bertiga dgn Iman dan papa.

Iman tido lagik..mane nk nmpk baju raye tu...

Raye kedua plak mmg beraya sakan smpai ke malam. Memang penat tp amat berbaloi sbb dpt beraya belah kg suamiku dan kampungku skali. Haa..kan senang klau sekampung..takde gado2kan...hehe..Pagi tu dapat beraya 3 rumah belah suami dan ptg tu dpt 4 rumah belah sedaraku. pastu pegi semula kampung belah suami di parit pinang dan open house belah malam. Hmm...yg bagusnya Iman tak meragam dan tido je...senang sgt2 nk berjalan..

ayah dan mak @ atuk dan nenek iman mase open house rumah

Raye ketiga dah nk balik jb semula sbb papa dah start keje. Raya ke-4 balik penawar open house rumah mak dan raye ke5 balik jb semula. Sabtu lepas plak kawan2 plak dtg rumah dan masing2 bawak baby dan ade yg nak kawin dec ni. Tahniah ar korang ye..teringat plak time dolu2 beraya masing2 single lagik kan..



mase ni  tahun 2009 geng2 dtg beraya kat penawar..semua single mingle lagik..hehe

Friday 16 September 2011

Iman at 2 months...

Saya nak cepat beso....

I'm 2 months oledi....

Alhamdulillah...Iman dah 2 bulan dah 15hb ni...Ini bermakna 2 bulan jgk my breastfeed journey...Semoga Allah mudahkan rezeki Iman untuk teruskan bfeed dan semoga anak mama sihat, ceria dan jd anak yg soleh k...Insyaallah.Pagi2 lg mama dah bangun sbb arini nk gi klinik anta Iman cucuk.Appoinment pukul 10 am tp kena gi awal sbb klinik mmg ramai ari jumaat ni. Bacaan timbang Iman dah naik byk jugak berbanding mase satu bulan 4.4kg now 5.7kg..alhamdulillah berkat susu mama ya syg..Iman skarang dah pandai balas senyum dgn mama n papa, dah pandai nk tegakkan kepala dan suka mintak papa dukung. Yela mama ni kurus x kuat nk dukung iman lame2.hehe.

Meh tgk perkembangan baby menurut kata pakar (rujukan http://www.babycenter.com.my )

Senyuman awalan yang sebenar

Pada bulan ini, kesemua usaha anda akan dibalas dalam bentuk senyuman yang berseri-seri, namun tiada bergigi. Senyuman pertama yang sebenar adalah satu-satu pencapaian bayi yang menyeronokkan hati ibubapa. Dari satu segi, ini merupakan ganjaran yang wajar. Anda sudah lama menukar lampin, menyusukan, memandikan, mencium dan memeluknya tanpa mendapat sebarang respon dari bayi anda yang sebelum ini dikatakan bungkusan kecil yang menggembirakan. Namun, suatu hari, ianya terjadi. Bayi anda senyum, dan anda pasti itu senyuman sebenar, bukan ekspresi melepaskan angin. Ini akan menggembirakan anda walaupun malam sebelumnya anda tak berapa dapat tidur.

Bagi Rob, senyum pertama dari anak perempuannya yang berumur enam minggu menyebabkan air matanya bergenang. “Hari itu banyak masalah di tempat kerja,” dia mengimbas kembali. “Saya tak cukup tidur dan keadaan di jalanraya amat teruk. Apabila saya sampai ke rumah dan isteri saya menghulurkan bayi, bayi saya memandang terus kepada saya dan memberi senyuman yang hebat, menampakkan semua gusinya, dan terlintas di fikiran saya, ‘Dia mengenali aku' – dan semua yang telah berlalu tidak lagi penting.”

Minat berkembang terhadap desain yang kompleks

Menjelang usia dua bulan, bayi mula mengubah kegemarannya terhadap objek dwi-warna kepada yang lebih rumit dan halus dari segi desain, warna dan bentuk. Biarkan bayi anda melihat dan menyentuh objek yang lebih bervariasi – pilihan yang baik ialah mainan lembut dan bola gebu.


Tidur bagi tempoh yang lebih panjang

Jika bayi anda kini sudah mula tidur sepanjang malam, anda merupakan antara bilangan kecil yang bernasib baik. Kebanyakan bayi pada usia dua bulan masih mahukan penyusuan di tengah malam, atau mungkin dua penyusuan. Tapi apa yang merupakan berita baik ialah, dia sudah boleh tidur untuk jangka masa yang lebih panjang dan berjaga bagi masa yang panjang juga. Kebanyakan bayi berusia dua bulan tidur antara dua hingga empat kali sehari dan berjaga untuk sejumlah 10 jam sehari.

Pergerakan yang kurang janggal

Dia kini sudah boleh mengawal pergerakannya dengan lebih baik. Anda akan dapat melihat pergerakan lengan dan kaki bayi yang tersangkut-sangkut semasa dia bayi baru lahir kini sudah menjadi lebih lancar, dan lebih membulat. Bayi dua bulan anda kini juga sudah boleh menyambar objek dengan sedar, walaupun melepaskan objek itu belum lagi dipelajari. Semasa hari-hari awal dahulu, bayi menyambar dengan didorongkan oleh naluri.

Monday 12 September 2011

Jarang-jarang..Kadang-kadang???

 


Mama saya nak yakyak..
  
      Mula2 tak tau juga kenapala Iman ni jarang2 n kadang2 je berak. paling lame penah 4 ari tak berak tetapi kencing memang kerap. Tapi once dia berak, menyembur dan najisnya kuning mcm kunyit dan agak cair. So mama tanye ar pakcik google n jumpe info ni yg mengatakan memang normal baby yang HANYA minum susu ibu sepenuhnya tak berak beberapa hari. Ini disebabkan susu bdn mengandungi semua nutrisi yg diperlukan oleh baby, so ia akan menyerap sepenuhnya nutrisi tersebut. Ade kes baby yg fully BF tak berak  sebulan tapi masih sihat dan aktif. So selagi baby ceria tak meragam maknenya dia ok dan takde pape perlu dibimbangkan...Ape yang perlu diberi perhatian dan rujuk dengan paed jike perlu ialah:
a) Baby tak kencing setiap hari seperti biasa.
b) Perut tak kembung atau keras
c) Baby aktif, ceria dan tak kerap menangis (Menangis ni mungkin sbb lampin basah, nak susu atau nak dodoi)
d) Baby tak dapat cukup susu. Hanya foremilk (susu awal yang cair) berbanding hindmilk (susu yg pekat dan lemak). So kena kerapkan penyusuan dan berhenti bila baby lepaskan puting.
e) Baby kerap muntah (Kadang2 disebabkan kembung atau susu tak masuk di saluran usus dan memenuhi perut.
f) Najis keras dan sembelit.

      Tapi ade juga ibu2 yang berusaha supaya babynya berak dgn memasukkan ubat / pam di dubur baby. Malah ade paed yg menasihatkan supaya gunakan putik kipas dan godek2 di lubang montot baby.Hehe. Ntahlah mama pikr tak perlu semua tu. Yang penting Ibu kena kekalkan diet yg seimbang dlm makanan dan pastikan makan serat (Roti, bijirin ) dan buah2an (limau sunkist, anggur hijau) dgn berpatutan.






Thursday 8 September 2011

My First Cloth Diapers...


apela yg mama pakaikan Iman ni..???


Comeinya Bum Bum dia...

Minggu dpn Iman dah 2 bulan...so lg satu mama nk kenalkan penggunaan CD (Cloth Diapers)ni...Tapi belum diperkenalkan kat baby sitter lg sbb nk suh BS biasakan diri dulu dgn pemberian susu perahan pd Iman..Alhamdulillah dah seminggu ni nmpak BS dah selesa dan Iman pun dah bley guna botol untuk minum susu yg mama bekalkan.Alhamdulillah..entry tentang ni akan ma wat di lain mase. Mama cuma guna CD ni time Iman kat rumah je especially waktu mlm...Kalau waktu siang mama guna satu insert dan waktu mlm guna 2 insert.Satu insert bley tahan dlm 3-4 jam. So klau mlm pkai 2 insert tak perlu la mama nk ganti pampers Iman sbb 2 insert bley kekal kering sampai 8 jam.

Mula2 Mama adjust button dia kepada S sebab atas skali sbb Iman masih kecil lg kan...
Kemudian masukkan insert dalam pocket cd tu...tarik bhgn ujung CD spya insert tak bergulung di dlm....
Lepastu adjust button dia ke size S (butang atas skali)..dan kemaskan bhgian pinggang samada dgn ketapkan button bg CD jenis button atau kemaskan guna velcro tap bg CD jenis velcro spt pic di sebelah..


masukkan insert dlm pocket CD

Kalau nk basuh pun senang bg org yg rajin..hehe..jiruskan/ sembur  je poo dan pee pd insert guna paip getah. gosokkan dgn tgn pd poo yg melekat dgn sabun. pastu ltk dlm laundry beg dan campak dlm mesin. Biarla mesin yg basuh..kan mudah....pastu sidai ar mesti ilang warna2 poo yg melekat td..Cd ni pun mmg cpt sgt kering wpun sidai kt dlm rumah guna kipas je..
Ini je CD dan insert iman yg ade...
So...gunalah CD untukm penjimatan dan perlindungan alam sekitar dr bhn2 kimia oleh pampers biasa. Mmg jimat sgt2 sbb x pyh pening2 beli pampers cuma kena rajinle sket. Baby pun selesa dan masalah ruam lampin pun selesai...kan Iman...


ye mama..i likeee..




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...